Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Menyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Ini Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
Ads
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Cara Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Dan Ruang Sejuk Beku:
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Ads
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.
Ads
Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Kredit: Suzana Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila nak memasak menu yang menggunakan daging pasti mak-mak akan berada di dapur lebih lama. Iyalah nak pastikan daging betul-betul lembut memerlukan masa yang lama untuk merebusnya. Kadang-kadang dah hampir 2 jam daging di masak tapi masih lagi kenyal dan susah untuk dikunyah.
Bagi mak-mak yang ada anak kecil tentu sekali risau anak-anak tak dapat nak mengunyah daging dengan baik. Ini akan menyebabkan si kecil mudah terkecik ataupun makanan yang ditelan tidak dapat dihadam dengan baik.
Ada beberapa tip yang boleh anda semua gunakan ketika memasak daging agar daging menjadi lembut. Ikuti perkongsian daripada Awatif Osman.
Tips ni saya dapat dari orang dulu-dulu. Sebab saya dengar ramai juga yang sakit kepala nak lembutkan daging. Ada juga chef yang bagi petua.
Ada yang guna no 1 tak jadi, dia guna no 2. Ikut mana yang kita selesa ye.
1. Potong daging lawan urat.
Bila potong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging. Kita potong lawan arah. Supaya urat tu terputus. Senang daging nak empuk. Ni petua zaman berzaman kan? Memang proven.
2. Rebus daging sambil tutup periuk.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, ditutup dulu dengan tudung periuk. Dan diletak lesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tak keluar. Syarat penting, jangan letak garam. Garam masuk last sekali.
3. Rebus bersama kurma
Ada yang kata biji kurma sahaja. Ada yang kata kurma. Tapi, bila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik jadi manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.
4. Rebus bersama nenas
Nenas kan ‘tajam?’ Maka, fungsi nenas ni melembutkan daging dan buat rasa daging pun lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup 1 atau 2 hirisan nenas. Terlebih nanti jadi pajeri nenas pulak kan? Hihi.
5. Rendam bersama soda bikarbonat.
Saya sendiri pernah cuba. Saya sapu daging dengan soda bikarbonat. Tak terlalu lama nak tunggu daging lembut. Mudah. Tapi, bila dah agak lembut. Boleh basuh dulu daging sebelum masak.
Ada juga bagi petua masukkan sudu besi sewaktu merebus. Atau gula-gula hacks. Hihi. Boleh juga cuba. Mana tau jadi, kan?
Silakan #share. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Sebut sahaja sambal sardin pasti terkenangkan keenakan dan paling penting kepantasan memasaknya yang cukup membantu mak-mak di dapur. Bagi persediaan memasuki bulan puasa tidak lama lagi, stok sardin pastinya menjadi juadah sahur kita.
Selain membeli sardin dalam tin, apa kata kali ini kita cabar diri hasilkan sardin tin sendiri. Lagi sedap dan yang penting lama selamat!
Macam mana nak buatnya? Jom cuba resipinya.
SARDIN HOMEMADE BAHAN-BAHAN:
1 kilo ikan sardin
4 biji bawang besar
4 ulas bawang merah kecik
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia -tak payah letak banyak
3 sudi besar cili kering blender
Sebiji tomato dadu
5 biji cili belah 2
4 sudu besar cili sos & sedikit sos tomato
1/2 tin tomato puree
Garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar sos tiram
2 cawan air -ikut kepekatan
Limau nipis 2 biji -untuk perap
Ikan dipotong ekor dan kepala. Bersihkan, lepas tu perap 10 minit dengan 1/2 sb garam dan 2 biji limau nipis atau kasturi.
Dah perap basuh semula dan toskan air. Ketepikan.
Blender semua bawang dan halia dan sepotong dua tomato. Tumis hingga wangi dalam minyak yang banyak sikit lebih kurang suku cawan.
Dah garing dan wangi masukkan cili blender dan tumis hingga betul-betul garing dan pecah minyak.
Masukkan pati kiub, sos tiram, tomato puree, tomato potong dan bahan lain kecuali air. Kacau lagi bagi sebati rasa masin manis dan masamnya.
Kalau dah ok tambah 2 cawan air. Tak payah banyak-banyak sangat. Kacau sebati dan masuk ikan.
Tutup periuk tekanan dan setkan masa dalam 80 minit lebih kurang. Tulang dah agak lembut.
Bila dah cukup masa, lepaskan wap tekanan. Ikut arahan pressure cooker masing-masing la ye. Kak Non guna periuk ajaib tu je, stir fry sikit dalam 2 minit bagi kuah pekat. Sedia di hidangkan.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Salah satu biskut wajib ada ketika hari raya nanti pastinya biskut Samperit atau Dahlia yang menjadi biskut legend sepanjang zaman. Namun ada waktunya, bunga kuih samperit yang dibakar jatuh dan tidak cantik buat mood untuk menyediakan biskut ini semakin berkurangan.
Namun resipi perkongsian Pn Norliza Jaja ini anda wajib cuba. Ada tip yang dikongsikan olehnya agar adunan tidak terlalu kembang dan penggunaan bahan yang boleh dielakkan untuk membuatkan bunga kuih samperit kekal cantik walaupun selepas di bakar. Jom cuba!
Alhamdulillah. Siap satu lagi biskut kegemaran ramai. Kali ni akak try resepi dari Surianti kitchen. Alhamdulillah dua kali buat memang menjadi.
Semperit Dahlia Klasik
Bahan A:
1/2 cawan gula pasir (dikisar halus) saya tak guna gula aising sebab banyak campuran tepung jagung yang mengakibatkan bunga kita jatuh selepas dibakar)
250 gram marjerin
Esen vanila
1 biji kuning telur B
Campurkan semua bahan A dan gaul hingga sebati. Jangan gaul lama-lama sebab kita tak nak adunan mengembang ye.
Masukkan tepung jagung dan tepung kastad terlebih dahulu kemudian masukkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hingga jadi doh yang lembut. Kalau dah jadi doh lembut tak perlu habiskan tepung gandum tadi.
Tutup doh dan rehatkan dalam 15 minit. Kemudian boleh diterapkan ikut acuan yang disukai.
Kemudian rehatkan terapan dalam 30 minit kemudian dibakar pada suhu 160°-170° selama 25-30 minit atau hingga masak, mengikut kesesuaian oven masing-masing ye.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang mungkin tak pernah terfikir, tapi sebenarnya kurma yang kita beli tu memang patut dicuci dulu sebelum makan! Kenapa? Sebab banyak kurma yang...