Berita

Ayat-Ayat Cinta, Wanita Rugi RM260,000 Kena Tipu Kekasih

Share

Seorang wanita terpaksa menelan kekecewaan apabila mengalami kerugian lebih RM260,000 akibat terpedaya dengan sindiket ‘Love Scam’, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.

Menurut Harian Metro, mangsa berusia 32 tahun itu mula berkenalan dengan seorang lelaki asing yang mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan di media sosial. Lelaki tersebut kemudian meminta wang kononnya untuk menyelamatkan perniagaannya yang dikatakan menghadapi masalah kewangan.

Katanya lagi, mangsa yang terpedaya telah membuat 14 kali transaksi kepada empat akaun berbeza bermula 14 Okt hingga Ahad lepas sebelum suspek mendiamkan diri dan wanita itu akhirnya menyedari dirinya telah ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita itu telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

INFO TAMBAHAN

Kalau kita tengok makin ramai yang terjerat dengan ‘Love Scam’ ni, sebab biasanya scammer ni pandai guna psikologi. Mereka akan guna ayat-ayat manis, cerita sedih, dan tunjuk konon simpati untuk buat mangsa rasa yakin.

Nasihat penting untuk elak ‘Love Scam’ ni:

Jangan Terlalu Percaya Cepat – Kalau baru kenal, jangan terus buka hati atau kongsi maklumat peribadi, lagi-lagi kalau tak pernah jumpa muka.

Berhati-hati Kalau Diminta Duit – Kalau dia mula minta duit untuk ‘perniagaan’, ‘masalah kewangan’, atau apa saja alasan, terus alert. Orang yang betul-betul ikhlas takkan senang-senang minta duit dari kita.

Periksa Identiti – Gunakan internet untuk semak gambar atau nama yang dia bagi. Kadang-kadang scammer guna gambar orang lain dan buat akaun palsu. Boleh guna ‘reverse image search’ untuk pastikan gambar dia tak digunakan di tempat lain.

Rujuk Pada Kawan atau Keluarga – Kadang-kadang bila dah ‘jatuh cinta’, susah nak nampak tanda-tanda penipuan. Jadi, elok juga minta pandangan kawan atau keluarga yang boleh nasihat dari perspektif luar.
Laporkan Jika Rasa Curiga – Kalau rasa ada yang tak kena, lapor pada pihak berkuasa atau badan yang boleh bantu seperti CyberSecurity Malaysia. Mereka boleh bantu dan nasihatkan langkah seterusnya.

Berhati-hati ye, sebab scammers ni memang licik, dan mereka target orang yang mudah simpati atau mencari perhatian.

Published by
Nor Yusoff