Pagi ini kita dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berusia 5 bulan, Adam Rayqal yang sebelum ini dilaporkan hilang di rumah pengasuh selepas didakwa diambil seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu, kira-kira jam 11 malam tadi.

Katanya, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Rentetan kes penemuan mayat bayi tidak berdosa itu ramai yang berasa marah dan sedih dengan sikap manusia sekarang yang semakin gila dan tidak berperikemanusiaan.

Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi, Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkongsikan penulisan yang wajar diberi perhatian oleh semua ibu bapa bila hendak memilih pengasuh untuk anak.

Mayat Bayi 5 Bulan Ditemui Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh, Doktor Pesan 10 Perkara Sebelum Ambil Pengasuh!

Kejutan Yang Menyedihkan 

ALERT! Sekali lagi kita digemparkan dengan insiden menyayat hati melibatkan bayi yang dihantar kepada pengasuh. Jika tak lama dulu kes patah tulang peha, awal pagi ini pula bayi yang didakwa diculik di rumah pengasuh rupa-rupanya ditemui mati di sana. Innalillah.

Sekarang ni saya perasan iklan mencari anak asuhan bersepah-sepah bukan sahaja dalam media sosial tetapi juga di tiang-tiang tepi jalan. Betullah itu usaha untuk jana pendapatan sambil membantu ibubapa yang ada anak, tapi kalau jiwa puan-puan dan suami puan-puan tak suka budak-budak atau baran berapi, tolong sedar diri untuk tidak berbisnes mengasuh kanak-kanak. Jadi punching bag pulak anak-anak syurga tu.

Tapi itu bukan apa yang saya nak cerita sebenarnya. Orang kalau dah terdesak nak sara hidup, pasti ada juga yang akan degil nak mengasuh budak-budak walaupun dialah makhluk paling buas kepada kanak-kanak. Jadi, poin saya dalam status ini ialah untuk ibubapa di luar sana, terutamanya yang dua-dua orang kerja dan ada anak.

Dilema biasa, siapa nak jaga anak kita kalau dua-dua kerja? Ah, kang ada la tu yang kata si ibu pentingkan diri sanggup kerja daripada jaga anak. Aduhai. Tu saya tak nak panjang cerita sebab ada banyak sebab untuk mereka kena kerja. Kalau dua-dua doktor, pastu anda desak yang perempuan tak perlu kerja, nanti anda juga yang bising kalau semua doktor pun lelaki je di hospital dan klinik nanti.

Ibubapa sekalian.

Buat SEMUA 10 PERKARA ini sebelum ambil pengasuh ye!

1. Carilah saudara mara terdekat dahulu. Kalau takde, cari saudara mara kepada kawan-kawan terdekat. Kalau takde, cari pengasuh yang jaga anak-anak kawan-kawan terdekat anda.

IKLAN

Jangan main ambil je merata-rata daripada media sosial lebih-lebih lagi yang asyik-asyik muka dia iklankan kat situ. Lagi bahaya kalau harini dia iklan, esok dia kata dah penuh. Minggu depan iklan lagi, pastu penuh. Tu mungkin sebab orang yang dah hantar kat situ terpaksa cancelkan sebab tak puas hati. Omputih cakap ‘high turnover rate’.

Kalau terpaksa minta ibubapa anda untuk jaga, tebalkan muka untuk minta mereka jaga SEMENTARA. Sementara, bukan selamanya. Contohnya 1 minggu sambil anda usaha cari pengasuh sampai jumpa.

2. Google dulu. Ini ramai tak buat, kan? Konfem ada nombor telefon pada iklan, so Google taip nombor telefon tu. Ini info yang mungkin boleh anda dapat dari google:

– nama
– side bisnes contoh baking, dropshipping, scammer
– side story lama
– laman sosial peribadi – boleh stalk dulu
– iklan-iklan serupa di internet (kalau banyak sangat bersepah-sepah, itu tanda pengasuh terlalu terdesak untuk hard selling, jadi kena hati-hati sikit)

3. Semak latar belakang calon pengasuh

Kalau malas nak jumpa berdepan, tapis dulu guna call atau mesej.
– nama penuh
– alamat
– bilangan anak kandung
– bilangan anak asuhan sedia ada
– had maksimum anak asuhan

Dah dapat? Good. Bandingkan maklumat yang anda dapat dari pengasuh tu sendiri dengan maklumat yang anda perolehi daripada google. Kalau ada unsur penipuan, cari lain.

Jangan terlalu fokus pada yuran jagaan sangat. Memang penting tapi itu bukan perkara utama.

4. Jumpa berdepan

IKLAN

Kalau puas hati dengan info awal, JUMPA BERSEMUKA sebab banyak maklumat lagi kena korek. Mula-mula tengok penampilan pengasuh, gaya bercakap, personaliti, gerak geri, dan lain-lain yang boleh anda perhati dalam keadaan natural. Ok pandai-pandai la usya masa jumpa.

Korek info lanjut:

– kenapa dia buat job mengasuh
– pengalaman mengasuh (baca nombor 5)
– sijil latihan mengasuh
– apa aktiviti rutin anak-anak semasa dalam asuhan (dari pagi hingga balik)
– apa makanan biasa yang diberi dan jadual makan
– apa gaya asuhan dia yang biasa
– ha tambah-tambah kat ruang komen kalau ada

5. Minta testimoni (PENTING!)

Jangan minta testimoni daripada pengasuh sebab ramai yang ‘masuk bakul angkat sendiri’. Bisnes kan, konfem la cerita yang indah-indah je.

So, berbalik kepada soalan pengalaman mengasuh, ini soalan perangkap sebenarnya, konfem pengasuh biasanya akan cakap dia berpengalaman mengasuh budak-budak. Kadang-kadang ada yang exaggerate dah tengok sampai beratus anak asuhan. So, minta no handphone ibubapa bekas anak asuhan. Jangan minta satu je tau sebab dia mungkin boleh berpakat, dan untuk rlak dia tau ibubapa mana yang mungkin bagi testimoni negatif. At least 3 orang kot supaya kalau ada cerita buruk, dia tak boleh teka siapa yang kata. Kalau boleh, anda pilih sendiri secara random ibubapa mana yang anda nak hubungi.

Kalau dia enggan bagi, sila bina rasa syak wasangka. Kalau dia bagi, telefon ibubapa tersebut dan minta testimoni. Jangan cakap depan pengasuh sebab taknak la kantoikan ibubapa tu pulak.

6. Lawatan tapak

Jangan malas! Tengok sendiri tempat yang anak-anak anda bakal tinggal semasa anda bekerja. Periksa bilik, tandas, dapur, dan luar.

IKLAN

Pastikan rumah itu selamat dan sukar dicerobohi contoh pintu pagar sentiasa ditutup dan pintu gril sentiasa terkunci. Tengok kebersihan dapur sebab anak-anak anda akan makan makanan dari dapur situ. Check freezer atau peti ais jika ada hantar stok EBM.

Tangga kena ada pagar. Budak-budak terutamanya yang merangkak ni berisiko untuk jatuh lalu cedera atau mati. Bilik pun kalau boleh kena ada pagar keselamatan. Tandas kena bersih, tak licin sampai ada risiko kanak-kanak tergelincir jatuh.

Susunan perabot pun kena sesuai dan selamat. Kalau ada tv plasma 4K hingga ada risiko anak-anak anda jatuhkannya, baik jangan hantar. Kalau jatuh pecah, kena ganti. Tu takpe lagi, tapi kalau jatuh hempap anak sampai mati, nak salahkan siapa nanti? Ibubapa salahkan pengasuh letak TV merata-rata tak gantung dan tak jaga budak-budak, dan pengasuh pula salahkan ibubapa sebab tak ajar adab.

7. Tanya jiran

Sangat penting tapi ramai tak buat! Tau tak makcik-makcik bawang sebelah rumah ni la yang kadang-kadang boleh ceritakan kisah benar. Kot-kot mereka selalu dengar anakanak meraung didera, atau haru biru anak-anak menangis kelaparan. Atau nampak pengasuh keluar shopping tinggalkan anak-anak asuhan dijaga oleh anak kandung pengasuh yang masih sekolah rendah.

8. Tanya hati naluri

Well, kalau hati rasa berat dan ragu-ragu untuk percaya pengasuh tersebut, jangan ambil. Cari lain terus. Percaya pada hati walau mungkin naluri salah. Gunakan panduan 1-7 untuk guide hati.

9. Istikharah

Tanya pada Tuhan apa yang terbaik kerana hanya Allah yang maha mengetahui.

10. Testing

Cuba hantar 2 minggu lebih awal dari tarikh lapor tugas. Kalau ada tanda-tanda anak ketakutan semasa dihantar dan berubah sikap bila balik, sila suspek sesuatu. Anggap anak-anak tak suka dan cari lain yang lebih sesuai.

Terlalu cerewet? Ya, memang kena cerewet kalau sayang anak. Sedangkan duit, emas dan harta yang takde nyawa dan jiwa pun kita simpan kat tempat selamat, inikan pula anak-anak yang bernyawa dan ada jiwa. Takkan nak campak merata je bagi stranger jaga anak-anak kita tanpa kita usaha pastikan mereka boleh dipercaya? Fikirlah sikit!

Saya pun ada anak, dan anak saya pun pernah saya hantar untuk orang lain jaga. Jadi, saya cakap ikut pengalaman dan pengetahuan. Siapa lagi nak taip-taip panjang-panjang bagi orang ibubapa lain baca? Taip takde orang baca tak guna juga. Kalau baca, tolong share.

Mohd Fadhli Mohd Fauzi
04 Julai 2018
4.30 am

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI