Sepanjang membesarkan anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana mungkin kita tak perasan kelemahan dari tutur katanya atau perbuatan.
Apa yang kita nampak, marah anak itu sebenarnya untuk mengajar anak sejak kecil. Tetapi dalam masa yang sama, cara komunikasi kita itu yang akan merendahkan diri anak tu sendiri apabila besar.
Menurut Kaunselor dan Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Maznah Ibrahim, dalam tak sedar ada je ayat yang ibu bapa rasa tak salah pun tetapi hakikatnya dalam diam anak pendam sehingga menjejaskan emosi.
5 KESILAPAN BIASA IBU BAPA BILA ANAK BUAT SALAH
ELAKKAN ( X ):
1. Kritik / kondem anak: “Ha tu lah berlagak lagi, kata pandai sangat nak buat sendiri air susu, kan dah tumpah”.
2. Salahkan anak : “Sebab Abang tak dengar cakap Mama, sebab tu Abang jatuh. Sakit tak?”
Ads
3. Ketawakan anak : “Haha, padan muka Abang”.
4. Sindir anak : “Iyerlah, kan Kakak kata Kakak pandai buat sendiri. Hah, buatlah Mama nak tengok jadi tak kek Kakak tu”.
5. Marah/Herdik : “Hey kamu ni, tak dengar kata. Menyusahkan betul Mama ni penat nak sapu mop banyak kali tau!”.
Jadi, macam mana nak tegur anak bila dia buat silap?
BILA ANAK BUAT SILAP, INI CARA NAK CAKAP
Ads
BUAT ( / )
1. Beri perkataan menenangkan: “Allahu akhbar, sakit sangat ni, nanti Mama sapu ubat ya”.
2. Beri perkataan mendidik: “Oh.. tumpah dah. Macam ni sebenarnya cara tuang susu dari skop ni, Kakak”. Atau “Abang nak tahu tak cara tulis huruf 8 dengan cara betul dan cikgu suka?”
3. Beri perkataan tegah dengan cara betul: “Tak boleh lari laju, jalan aja. Sebab lantai sini tak rata”.
Ads
4. Beri kata pujian dulu baru tegur kesalahan: “Wah semangatnya Kakak buat kek sendiri. Adalah lebih baik Kakak buat kerja satu tempat, dan barang dah pakai satu tempat. Taklah pening nak kemas nanti”.
Gantikan kepada sudut pandang yang baik dan sampaikan niat positif anda tu dengan cara lebih baik sahaja ya.
Sama-sama kita usaha ya, jadi ibu bapa prihatin, bercakap elok-elok, kelak anak juga akan prihatin dan cakap elok-elok kat kita.
Semoga kita sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak kita. Kita latih telinga untuk mendengar, Dengar bukan setakat dengar, Tapi mendengar dengan penglihatan dan hati nurani.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi yang tidur nyenyak pada tempoh yang agak lama pastinya melegakan hati ibu. Ketika inilah ibu dapat merehatkan diri seketika dan melakukan perkara-perkara lain seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya.
Pun begitu, bukan semua bayi tidur nyenyak dan lama tempohnya. Ada juga bayi yang mempunyai waktu tidur yang pendek iaitu hanya 15 hingga 30 minit namun tidur dengan kerap. Ini semua bergantung kepada keadaan bayi itu sendiri.
Bagi Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi Malaysia, bayi yang tidur sekejap bukanlah menjadi masalah yang besar. Jika tepat cara dan tekniknya, bayi akan lebih mudah tidur malah tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan.
1. TEKNIK BEDUNG
Membedung bukan hanya mampu mententeramkan bayi malah ia merupakan langkah awal untuk menidurkan bayi. Penggunaan bedung juga sebenarnya dapat memanjangkan tidur bayi anda hingga satu, dua malah tiga jam dari kebiasaannya. Ini kerana membedung dapat meminimumkan kesan dua gangguan tidur utama bayi kecil iaitu:
Moro Reflek (Reflek Terkejut-terkejut/Tersentak-sentak).
Moro refleks aktif dikalangan bayi kecil terutamanya di bawah usia 4 bulan kerana kencangnya maklumat yang mahu di hantar ke antara jutaan neuron di dalam otak bayi terutama sekali ketika tidur. Oleh kerana neuron-neuron ini belum sepenuhnya di ‘tebat’, maka ia ibarat wayar yang akan memercik api bila maklumat yang ingin merentas itu terlalu banyak dan cepat. Disebabkan hal inilah bayi menerima gangguan dan seakan tersentak dan terkejut ketika tidur.
Mengerang
Bayi kecil mengerang dengan sangat banyak sebagai salah satu usaha untuk menguatkan otot-otot bagi proses pertumbuhan dan pembesaran. Bukan itu sahaja malah ia juga, sebagai persiapan untuk memudahkan penguasaan kemahiran-kemahiran motor di masa hadapan.
Kedua-dua reflek ini sangat bagus untuk perkembangan bayi namun ‘tidak bagus’ untuk tidur bayi. Ini kerana bayi akan terkejut dan terganggu tidurnya dan keadaan ini membuatkan ibu terpaksa menidurkan semula bayi.
Menggeliat
Bayi mempunyai 370 tulang temulang. Aktiviti menggeliat ini bagus untuk bayi kerana ia merupakan satu tindakan reflek untuk bayi. Pun begitu menggeliat pada kadar melampau amat mengganggu bayi untuk tidur lebih nyenyak.
2. BUNYIAN MENTENTERAMKAN (WHITE NOISE)
Hampir kesemua bayi tidur lebih lena bila ditemani bunyi-bunyian. Hal ini kerana bayi manusia telah terbiasa tidur di dalam rahim yang mempunyai persekitaran bunyi bising 70db.
Bukan itu sahaja malah bunyi-bunyian yang menenangkan ini dapat menepis gangguan tidur yang kecil, juga datang dalam bentuk bunyian, cahaya atau pergerakan terutamanya yang datang semasa fasa tidur ringan bayi. Ini kerana white noise mempunyai kesan memegun gelombang otak bayi agar kekal fokus pada gelombang bunyi white noise ini dan mengabaikan bunyi-bunyi di sekelilingnya. Hasilnya? Bayi tidur lebih lena dan nyenyak.
3. HAYUNAN
Bayi manusia telah terapung dan berhayun setiap kali ibu bergerak ketika mengandungkannya dahulu. Maka, hayunan dalam apa bentuk pun bakal menenangkan bayi dan membantu bayi untuk tidur lebih lena.
Ramai bayi perlu di bantu untuk tidur dengan hayunan samada dari tepukan di punggung atau belakangnya. Namun, untuk kekal lena, hanya sekitar 20 % sahaja bayi yang perlukan hayunan sepanjang tidur beserta dengan bedung dan white noise. Untuk 20% bayi ini, buaian boleh laras penuh sahaja yang boleh digunakan kerana ini satu-satunya jenis buaian yang mematuhi piawaian antarabangsa.
“Kalau cakap dengan anak masa dia baby ni, dia faham ke? Bukan dia tahu apa pun kalau bercakap dengannya. Ini antara ayat biasa yang sering bermain di fikiran ibu bapa kan?
Kekeliruan ini sebenarnya anda yang timbulkan. Sebenarnya anak-anak kita sejak dalam kandungan lagi sudah boleh mendengar dan memahami secara tak langsung. Bila lahir lagi banyak kita bercakap, lagi bagus.
Walaupun anak hanya tenung mata kita, lepas tu senyum maknanya reaksi positif tu ada. Tak semestinya kita perlu dengar perkataan keluar dari mulutnya. Jadi sebaiknya jangan lepaskan momen ini kerana masa kecil anak hanya sekali saja dan manfaatkan masa ini untuk kuatkan lagi bonding antara ibu bapa dan anak ye!
Menerusi perkongsian Doktor Pediatrik, Dr Anayasmin Azmi, sebenarnya ibu bapa akan rugi kalau asyik tengok handphone dan tak bercakap dengan anak-anak bawah 3 tahun.
Kenapa tau, apabila ibu ayah cakap dengan anak, kita sebenarnya bukan hanya tambah kosa kata tetapi kesan pada anak lebih dari itu.
Bila kita bercakap dengan anak, kita sebenarnya…
Bina otak anak Bina sosio emosi anak Improve academic anak Bina ‘Executive Function anak’
Ish komponen ni semua besar tau dalam hidup kanak-kanak sebenarnya. Haa, macam tak percayakan.
Perkara simple je, ak payah keluar duit pun, memang dah ada dalam kehidupan kita sehari-hari antara kita nak guna atau tak je superpower ni.
Mengajar anak buat kerja rumah di usia awal sangat digalakkan, namun ia perlu mengikut peringkat umur. Dalam tempoh ini ibu bapa tak boleh terlalu menekan anak, cukup sekadar memberi panduan asas agar mereka faham dan perlahan-lahan menjadikan tugasan itu sebagai tanggungjawab mereka.
Kadang ibu bapa yang mengajar anak ini bukan saja-saja tetapi mereka hendak mengajar anak tentang skill pengurusan diri dan tidak menjadi seorang anak yang manja.
Sekali-sekala ibu kena jadi ‘malas’. Maksudnya jangan terlalu ikut saja anak, beri juga peluang untuk si kecil buat perkara yang simple mengikut usianya. Untuk permulaan setakat kemas mainan, masukkan baju dalam bakul tak ada masalah.
Perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud ini yang menjelaskan ibu kena juga jadi ‘malas’ ini ada baiknya.
Jadilah ibu yang malas. Mungkin status ini mengundang kecaman. Bukan kecaman ya tapi nak ajar skill survival untuk anak.
Ramai saya tengok ibu bapa buat semua untuk anak. Anak main sepah..mak dia yang kemas. Anak buka baju letak kat lantai…mak yg kutip letak dalam bakul. Anak makan pinggan letak meja..mak ayah yang kutip basuh.
Jadi anak jadi apa?
Anak jadi tuan!
Mak-mak
Seawal anak dari usia 3 tahun dah boleh disuruh-suruh. Mula-mula suruh kemas-kemas mainan. Lepas tu boleh suruh masuk baju dalam bakul. Lepas tu boleh ajar tolong cuci pinggan. Lepas tu sapu lantai, kemas meja makan
Terapkan pada anak tak kira lelaki perempuan kecil besar semua kena sama-sama bertindak sebagai pasukan buat tugasan ikut usia masing-masing. Yelah takkan 3 tahun nak suruh goreng ikan pulak kan?
Pentingnya tugasan ni melatih anak responsibility dan accountability. Dan memahirkan anak untuk buat kerja dan ringan tulang tanpa perlu disuruh. Anak belajar juga rasa empathy dan menghargai orang lain.
Penatkan kemas? Lepas ni nak sepah lagi tak..mesti kurang sepah sebab tahu dia jugak yang kena kemas. Anak belajar menghargai usaha orang lain sebab dia tahu tak mudah nak buat semuanya sendiri.
Lepas ni..jadilah ibu yang malas. Jangan buat semua kerja rumah. Agihkan tugas pada suami dan anak-anak yang mana boleh. Belajar mempercayai mereka. Mungkin tak cantik lipatan baju mereka tapi ingatlah kita pun lipat baju memula pun tak cantik juga.
Mula-mula kerja mungkin tak sempurna. Tapi kita latih supaya semakin lama semakin sempurna. Memang lagi cepat kita yang buat tapi sampai bila semuanya kita nak buat?
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.