Sepanjang membesarkan anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana mungkin kita tak perasan kelemahan dari tutur katanya atau perbuatan.

Apa yang kita nampak, marah anak itu sebenarnya untuk mengajar anak sejak kecil. Tetapi dalam masa yang sama, cara komunikasi kita itu yang akan merendahkan diri anak tu sendiri apabila besar.

Ayat Ini Tak Patut Dicakap Pada Anak Bila Marah. Nampak Biasa Tapi Cukup Terkesan

Menurut Kaunselor dan Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Maznah Ibrahim, dalam tak sedar ada je ayat yang ibu bapa rasa tak salah pun tetapi hakikatnya dalam diam anak pendam sehingga menjejaskan emosi.

5 KESILAPAN BIASA IBU BAPA BILA ANAK BUAT SALAH

ELAKKAN ( X ):

1. Kritik / kondem anak: “Ha tu lah berlagak lagi, kata pandai sangat nak buat sendiri air susu, kan dah tumpah”.

2. Salahkan anak : “Sebab Abang tak dengar cakap Mama, sebab tu Abang jatuh. Sakit tak?”

IKLAN

3. Ketawakan anak : “Haha, padan muka Abang”.

4. Sindir anak : “Iyerlah, kan Kakak kata Kakak pandai buat sendiri. Hah, buatlah Mama nak tengok jadi tak kek Kakak tu”.

5. Marah/Herdik : “Hey kamu ni, tak dengar kata. Menyusahkan betul Mama ni penat nak sapu mop banyak kali tau!”.

Jadi, macam mana nak tegur anak bila dia buat silap?

BILA ANAK BUAT SILAP, INI CARA NAK CAKAP 

IKLAN

BUAT ( / )

1. Beri perkataan menenangkan: “Allahu akhbar, sakit sangat ni, nanti Mama sapu ubat ya”.

2. Beri perkataan mendidik: “Oh.. tumpah dah. Macam ni sebenarnya cara tuang susu dari skop ni, Kakak”. Atau “Abang nak tahu tak cara tulis huruf 8 dengan cara betul dan cikgu suka?”

3. Beri perkataan tegah dengan cara betul: “Tak boleh lari laju, jalan aja. Sebab lantai sini tak rata”.

IKLAN

4. Beri kata pujian dulu baru tegur kesalahan: “Wah semangatnya Kakak buat kek sendiri. Adalah lebih baik Kakak buat kerja satu tempat, dan barang dah pakai satu tempat. Taklah pening nak kemas nanti”.

Ayat Ini Tak Patut Dicakap Pada Anak Bila Marah. Nampak Biasa Tapi Cukup Terkesan

Gantikan kepada sudut pandang yang baik dan sampaikan niat positif anda tu dengan cara lebih baik sahaja ya.

Sama-sama kita usaha ya, jadi ibu bapa prihatin, bercakap elok-elok, kelak anak juga akan prihatin dan cakap elok-elok kat kita.

Semoga kita sentiasa menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak kita. Kita latih telinga untuk mendengar, Dengar bukan setakat dengar, Tapi mendengar dengan penglihatan dan hati nurani.

Kredit: Maznah Ibrahim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI