Ayden Mikael bayi yang mudah, bintang cilik Pujaan Hati Kanda mendapat perhatian ramai. Bakal muncul sebagai penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Mac 2019, Ayden memang pandai pose!
Bayi 9 bulan seorang bayi yang ceria & easy going. Sepanjang tempoh shooting tak ada masalah besar malah dia memberikan pose yang baik. Cuma kadang-kadang menangis kerana mahukan perhatian mommy, nak mommy ada disisi & mahu minum susu.
Sesi fotografi dengan anak kecil ini tidak menimbulkan masalah. Photoshooting bertemakan outdoor dengan daun kering, bunga-bungaan & khemah teepee nampaknya mendapat perhatian daripada bayi ini.
AYDEN BUKAN MAT BUNGA
Seperti bayi seusianya yang mudah tertarik dengan objek yang ada disekeliling, Ayden tertarik dengan daun-daun kering dan suka untuk mengutipnya masuk ke mulut. Tapi bila diberikan bunga, dia tidak suka memegangnya! Comel betul aksinya tu, bukan mat bunga ye!
Ads
DUDUK TEGAK DI KERUSI & MUDAH DIAGAH
Bayi berambut halus & lebat ini juga makin fokus bila lagu-lagu bayi dimainkan oleh jurufoto. Ayden boleh duduk tegak di kerusi sambil dipantau penyelaras. Mudah diagah dan memberikan pose yang comel!
Ads
FOKUS BILA DENGAR OST PUJAAN HATI KANDA
Bila ada masanya Ayden kurang fokus, mommy meminta kru memasang lagi soundtrack Pujaan Hati Kanda nyanyian Adira Suhaimi. Comelnya aksi Ayden ni tau!
Memegang watak Iqy dalam drama itu, ramai yang terbayangkan aksi Ayden yang manja dengan mamanya Tiara lakonan Mira Filzah. Ayden sukakan orang sekeliling yang berpewatakan lembut dan sensitif kepada keadaan bunyi sekeliling yang kuat.
Ads
SANA SINI DISEKAT PARA PEMINAT
Sepanjang jalan semasa berangkat pulang, Ayden disekat para peminat yang ingin bergambar. Malah semasa waktu makan tengah hari sebelum itu pun ramai yang meminta izin ingin bergambar dengan Ayden!
Kepada para peminat Ayden, jangan lupa dapatkan Pa&Ma keluaran Mac 2019 nanti ye!
Sebagai ibu bapa memang ramai yang tahu bahawa kanak-kanak memerlukan tidur yang cukup untuk perkembangan tumbesaran yang baik. Namun dengan gaya hidup pada hari ini, untuk menidurkan si kecil kita memang sesuatu yang agak mencabar.
Menurut Khairul Abdullah melalui pembacaannya dalam satu jurnal, pakar menyatakan bahawa anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk mengalami obesiti, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup.
Dia juga turut menyatakan waktu tidur sesuai dengan usia anak-anak. dalam masa yang sama bapa ini juga turut berkongsi beberapa tip untuk mendidik anak-anak supaya cukup setiap malam.
Selain itu juga, ayah ini turut berkongsi kebaikan tidur yang cukup buat anak-anak:
Korang tahu tak, anak-anak yang tidur lambat berpotensi untuk gemuk, gagal dalam akademik dan juga dalam hidup. Itu kata pakar kanak-kanak mengikut artikel yang aku baca.
Anak-anak yang seawal jam 8 dah bersiap sedia untuk tidur didapati lebih sihat dan kurang risiko dijangkiti penyakit, kurang risiko untuk gemuk bila dewasa dan berjaya dalam akademik.
Waktu tidur untuk anak anak yang disarankan adalah seperti berikut:
Bayi 0-1 tahun perlu tidur antara 12-16 jam.
Anak berumur 1-2 tahun perlu antara 11-14 jam.
Anak berumur 3-5 tahun antara 10-13 jam.
Anak-anak yang tak cukup tidur akan terganggu kemampuan depa untuk belajar, menyimpan maklumat, dan mengatur emosi. Kesan lain tak cukup tidur ni adalah potensi untuk kena penyakit, dan juga gemuk bila meningkat remaja.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik (link ada di bahagian komen) menunjukkan tidur awal dikalangan kanak-kanak memberi kesan yang besar bila anak tu remaja. Yang tidur awal lebih sihat, kurang gemuk dan lebih berjaya dalam akademik.
Jadi, jomlah mak ayah sekalian pakat-pakat latih anak-anak untuk tidur awal. Lagi awal lagi bagus kerana tidur yang cukup:
Membantu tumbesaran. Hormon tumbesaran dirembaskan sewaktu anak-anak tidur dengan nyenyak.
Menyihatkan jantung. Anak yang tak cukup tidur tahap glukosa dalam darah dan kortisol depa meningkat yang menjadi punca kepada obesiti, diabetis dan masalah jantung.
Mengelak kegemukan. Anak yang tak cukup tidur di dapati tabiat makan dia berbeza dengan yang cukup tidur dan sebab tu depa akan lebih gemuk.
Membantu melawan kuman. Waktu tidur badan mengeluarkan protein bernama Cytokines yang mana diperlukan oleh badan untuk lawan jangkitan kuman, penyakit dan juga stress. Sebab tu waktu kita demam atau selsema badan lemah asyik nak tidur sebab badan nak keluarkan protein tu nak lawan penyakit.
Mengurangkan risiko kecederaan. Kajian mendapati budak tidur tak cukup 9 jam selalu tercedera. Jatuhlah, berlanggar lah, patah tangan lah dan macam-macam.
Kurang hyperaktif. Budak tak cukup tidur lebih hyper berbanding yang cukup tidur. Kalau start umur 3 tahun tidur lambat, nanti umur 6 tahun masalah impulsif dan hyperaktif akan muncul.
Membantu pembelajaran. Tidur yang cukup memberikan daya ingatan yang baik kepadasemua peringkat umur terutamanya anak-anak kecil.
Jadi, paksalah anak tidur awal yer. Tips aku dah share dalam post sebelum ni.
Bagi depa main dan penat.
Bagi makan awal dan elakkan benda manis.
Lepas Isyak gelapkan rumah tutup semua lampu.
InshaAllah dalam sejam lepas tu depa akan tidur dah. Cuba dan terus cuba sampai berjaya okeh.
Teringat waktu aku tinggal di Jerman dulu.
Pukul 9.30 semua rumah dah sunyi sepi, pakat tidur habis dah. Korang tak akan nampak budak-budak di luar rumah, di kedai, di restoran, mall dan sebagainya selepas 8 malam.
Kalau diorang nampak kau bawak anak jenuh kau kena tegur dan marah dengan orang ramai. Depa kata budak-budak pukul 8 tu patut dok atas katil dah. So pukul 6-7 malam semua orang kelam kabut bawak balik anak dan bersiap untuk tidur dah.
Kita pulak bawak anak pergi mamak jam 11 malam okeh.
Terdapat banyak petua untuk menghilangkan rasa pijar di tangan. Antara petua-petua yang diketengahkan ialah mencuci tangan dengan sabun dan air, merendam/ meramas tangan dalam beras, minyak masak, garam, losyen, sapu ubat gigi, rendam dalam air berais batu, cuci dengan lemon, rendam dalam air suam, ramas dengan hampas kelapa, basuh dengan sabun mandi, gentel dengan garam atau gula, sapu minyak dan diang tepi api (bukan salai ya), rendam air garam, ramas dengan daun jambu, pegang sudu besi, ada yang biarkan saja dan ada yang elakkan pijar terus.
Baiklah jom kita analisa petua-petua tersebut sama ada boleh diterima atau tidak dari sudut sains. Tapi sebelum itu kita haruslah ketahui dahulu punca rasa pijar tersebut dan bagaimana ianya boleh berlaku.
Punca rasa pijar disebabkan oleh kehadiran bahan kimia semulajadi di dalam cili iaitu capsaicin. Ianya merupakan bahan kimia utama dalam cili yang memberikannya rasa pedas. Semakin banyak kandungan capsaicin dalam cili, semakin pedas rasa cili tersebut. Memahami sifat kimia capsaicin sangat penting kerana ianya akan membantu dalam menerangkan sama ada petua-petua di atas sesuai atau tidak untuk digunakan.
Capsaicin merupakan bahan kimia dari kumpulan berfungsi alkaloid yang dikenali juga dengan nama capsaicinoids. Alkaloids biasanya bersifat basic. Namun kerana kehadiran kumpulan carbonyl (C=O) bersebelahan dengan atom nitrogen ( N) dalam struktur kimia capsaicin menyebabkannya berubah kutub (polarisation), lalu bersifat acidic (part ini kalau tidak faham, abaikan saja 😁). Struktur kimia capsaicin mempunyai ekor panjang yang bersifat hydrophobic (tidak memggemari air) yang membolehkannya larut dalam minyak, lemak atau larutan organik.
Semasa proses memotong cili, bahan kimia ini terbebas dan membuat ikatan dengan tisu kulit kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana di kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pijar atau orang Putih panggil “burning sensation”.
Setelah mengetahui sifat bahan kimia penyebab rasa pijar aka pedas iaitu capsaicin, maka boleh lah kita menganalisa kebersandaran kepada petua-petua tadi yang sepatutnya memisahkan capsaicin dari tisu kulit:
1) melarutkannya dalam cairan yang lebih digemarinya (like dissolves like)
👉🏻 cuci dengan minyak masak, sabun mandi, losyen dan susu (mengandungi lemak protein casein yang boleh melarutkan capsaicin). Dan kemudiannya mencuci dengan sabun.
2) menukarkan sifat kimianya kepada yang lebih larut air
👉🏻 mencuci dengan bahan berasid (asam jawa, cuka, lemon), air garam dan sapu ubat gigi.
3) juga dengan geseran kasar.
👉🏻 ramas dengan hampas kelapa (kalau masih lagi bersantan, boleh melarutkan sekali capsaicin), ramas dengan garam dan gula sehingga cair (juga menukarkan sifat kimia capsaicin supaya lebih larut air), dan ramas dengan daun jambu batu.
4) merencatkan deria rasa panas
👉🏻 rendamkan tangan dalam air berais.
5) meningkat tenaga molekul capsaicin dan protein pada kulit yang bertindakbalas agar mudah ditanggalkan.
👉🏻 rendam air suam dan diang tepi api.
6) Placebo
👉🏻 pegang sudu dan abaikan saja.
7) Menghindarkan daripada punca pijar. Ini “prevention is better than cure”.
Harus diingat, tahap pijar setiap individu adalah berbeza mengikut sensitivi kulit masing-masing. Maka, bolehlah anda mencuba mana-mana petua-petua yang bersesuaian. Jika kena dengan caranya, pasti menjadi!
Peranan ibubapa mendidik anak-anak dan menerapkan keberanian dan semangat kesukarelaan adalah suatu tugas yang penting. Seorang juara adalah diasuh dengan pemikiran dan minda juara.
Saksikan kisah “Hero Cilik” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 29 Julai, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bawang antara bahan utama diperlukan dalam penyediaannya makanan. Namun ia antara tugasan yang paling ‘menyedihkan’ kerana mesti akan ada adegan pedih mata sehingga keluar air mata dan tiba-tiba hidung berhingus.
Bila sampai ke bahagian nak kupas atau potong bawang merah kecil atau bawang besar, seboleh-bolehnya nak cepat siapkan berbanding bawang putih kan? Ada macam-macam petua yang dikongsikan sebelum ini.
Bagaimanapun, Dr Mazliana Mazlan turut memberikan info yang sangat bagus mengenai kenapa mata akan pedih seolah-olah menangis tiap kali kupas bawang dan kebaikannya yang kita tak tahu untuk kesihatan. Berikut perkongsiannya.
Rendam dulu bawang dalam air sejuk sebelum kupas, supaya tak menangis marambu air mata sambil proses bawang.
Saya tak suka betul kupas bawang, sebab mesti akan menangis tak tahan dengan pedih bawang tu. 3 biji bawang besar pun tak mampu.
Selalu suami lah jadi mangsa kena kupas bawang macam dalam gambar tu. Terutama bila saya nak buat pes kena kupas banyak bawang. Konon dia macho lah mata boleh tahan tak nangis.
Bila bawang dikupas dan dipotong, enzim allinase akan terbebas. Akan berlaku proses pertukaran bahan kimia semulajadi dan akhirnya menghasilkan allicin. Allicin ni lah punca yang buat mata kita berair masa kupas bawang.
Allicin akan bertebaran di udara masa kita membawang, dan kemudian terkena ke lapisan mata. Maka berair lah mata kita, teresak-esak sambil sapu dengan lengan baju gitu. Sedih ingat apa tak tahu masa kupas bawang.
Tips nak kurangkan mata berair masa kupas bawang
Cara nak elakkan mata berair, adalah dengan rencatkan aktiviti enzim allinase. Suhu optimum untuk enzim ni bertindakbalas adalah 40 darjah. Jadi, kita sejukkan dulu bebawang pada suhu lebih rendah, supaya kuranglah tangisan kita masa membawang nanti.
Antara cara yang ada:
1) Samada rendam dulu bawang dalam air sejuk.
2) Atau masukkan bawang dalam peti sejuk 20 minit sebelum kupas. Mesti kurang dah tangisan korang masa kupas bawang nanti. Tapi kena cepat-cepat jugak kupas, sebab nanti dah capai suhu bilik, enzim tadi akan aktif semula.
Allicin ni bukan tak bagus tau. Walau dia buat kita nangis masa kupas bawang, tapi ada jugak manfaat allicin pada kesihatan.
Allicin ada kesan anti inflamasi, dan bagus untuk jantung, juga dapat seimbangkan tekanan darah.
Best kan real food. Setiap makanan segar tu, mesti ada manfaat pada tubuh badan kita dan anak-anak walaupun sedikit.
Kita cuba sama-sama ok, amalkan real food sebanyak mungkin dalam sehari.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...