Ayden Mikael bayi yang mudah, bintang cilik Pujaan Hati Kanda mendapat perhatian ramai. Bakal muncul sebagai penghias kulit majalah Pa&Ma edisi Mac 2019, Ayden memang pandai pose!
Bayi 9 bulan seorang bayi yang ceria & easy going. Sepanjang tempoh shooting tak ada masalah besar malah dia memberikan pose yang baik. Cuma kadang-kadang menangis kerana mahukan perhatian mommy, nak mommy ada disisi & mahu minum susu.
Sesi fotografi dengan anak kecil ini tidak menimbulkan masalah. Photoshooting bertemakan outdoor dengan daun kering, bunga-bungaan & khemah teepee nampaknya mendapat perhatian daripada bayi ini.
AYDEN BUKAN MAT BUNGA
Seperti bayi seusianya yang mudah tertarik dengan objek yang ada disekeliling, Ayden tertarik dengan daun-daun kering dan suka untuk mengutipnya masuk ke mulut. Tapi bila diberikan bunga, dia tidak suka memegangnya! Comel betul aksinya tu, bukan mat bunga ye!
IKLAN
DUDUK TEGAK DI KERUSI & MUDAH DIAGAH
Bayi berambut halus & lebat ini juga makin fokus bila lagu-lagu bayi dimainkan oleh jurufoto. Ayden boleh duduk tegak di kerusi sambil dipantau penyelaras. Mudah diagah dan memberikan pose yang comel!
IKLAN
FOKUS BILA DENGAR OST PUJAAN HATI KANDA
Bila ada masanya Ayden kurang fokus, mommy meminta kru memasang lagi soundtrack Pujaan Hati Kanda nyanyian Adira Suhaimi. Comelnya aksi Ayden ni tau!
SUKAKAN ORANG SEKELILING YANG PERWATAKAN LEMBUT
Memegang watak Iqy dalam drama itu, ramai yang terbayangkan aksi Ayden yang manja dengan mamanya Tiara lakonan Mira Filzah. Ayden sukakan orang sekeliling yang berpewatakan lembut dan sensitif kepada keadaan bunyi sekeliling yang kuat.
IKLAN
SANA SINI DISEKAT PARA PEMINAT
Sepanjang jalan semasa berangkat pulang, Ayden disekat para peminat yang ingin bergambar. Malah semasa waktu makan tengah hari sebelum itu pun ramai yang meminta izin ingin bergambar dengan Ayden!
Kepada para peminat Ayden, jangan lupa dapatkan Pa&Ma keluaran Mac 2019 nanti ye!
Siapa yang tak kenal dengan pelakon kacak Aeril Zafrel yang gemar mengusik isteri tersayangnya Wawa Zainal dengan pelbagai perkongsian video sweet mereka di laman Instagram.
Ramai peminat suka melihat gelagat pasangan suami isteri sama cantik dan sama padan ini. Selain itu Aeril juga sangat suka menyakat anak-anaknya yang turut manja dengannya.
Pelakon drama Cinta Fatamorgana ini juga dikenali sebagai ahli perniagaan bersama Wawa. Mereka aktif menjalankan perniagaan baju melayu jenama 5 Waktu, contact lens dan pakaian wanita.
Terbaru Aeril memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya menunjukkan hadiah sebuah kereta mewah jenama terkenal berwarna hitam untuk isteri tersayang Wawa.
Dengan tulisan kapsyen tahap ‘sweet potong kaki’ ramai wanita di luar sana yang ‘mencemburui’ tuah Wawa. Sudahlah mendapat suami yang kacak dan lucu, pandai pula menghargai pengorbanan isteri.
Hadiah sebab selama ni jaga saya and tak pernah mengeluh jaga anak2 saya…???.
Jangan pernah meremehkan ungkapan terima kasih kepada dan dari seseorang. Kerana terima kasih dapat menunjukkan besarnya rasa syukur kita kepada ALLAH…
Menerusi gambar yang dimuat naik, hadiah kereta itu sebagai tanda penghargaan dan ganjaran Aeril kepada Wawa kerana telah menjaga dia dan anak-anaknya Attar, 5 dan Hayla, 3 dengan baik tanpa sebarang keluhan.
Sebagai suami tak salah cara Aeril yang berkemampuan ingin menzahirkan rasa cinta dan terima kasihnya pada isteri selain sebagai salah satu caranya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat rezeki yang dikurniakan selama ini.
Semoga Bahagia Hingga Ke Jannah
Rata-rata peminat pasangan selebriti ini mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke syurga.
Semoga cara ini dapat dicontohi oleh para suami lain untuk lebih menghargai pengorbanan isteri. Tak semestinya kena belikan hadiah yang mewah, cukuplah ikut kemampuan masing-masing.
Apa yang penting suami yang tahu menghargai isteri dan tak kedekut akan lebih dilimpahkan kemurahan rezeki lagi. InsyaAllah.
Anak-anak kebanyakkanya lebih rapat dengan ibunya kerana ayah sibuk mencari rezeki. Masa anak-anak bersama si ibu lebih banyak berbanding bersama dengan ayah. Kadang-kadang anak tak sempat berjumpa dengan ayahnya kerana faktor pekerjaan yang memerlukan si ayah bekerja lebih masa sehingga lewat malam.
Doktor Taufiq Razif telah berkongsi tentang fakta anak menjadi hebat dan kurang bermasalah dengan adanya bapa yang cakna tentang keperluan dan emosi anak. Ikuti perkongsian ringkas ini.
Nak Anak Kita Hebat dan Kurang Bermasalah?
CUBA LA SESEKALI TU PUJUK DAN AJAR SUAMI KITA SUPAYA CAKNA DAN SENSITIF DENGAN KEPERLUAN DAN EMOSI ANAK-ANAK
Bapa yang cakna, sensitif, ambil berat dan terlibat secara langsung membesarkan anak ni dipanggil sebagai INVOLVED FATHER
Anak yang membesar dengan INVOLVED FATHER ni:
– 39% akan skor semua A di sekolah
– 60% lebih rendah kebarangkalian untuk dibuang sekolah
– 75% lebih rendah kemungkinan untuk hamil ketika remaja
– 80% lebih rendah kemungkinan untuk meringkuk di penjara
– 2x ganda kemungkinan untuk dapat kerja yang stabil dan memuaskan di masa hadapan
Kalau nak anak hebat dan berjaya, kita sebagai ibu bapa harus bersama-sama untuk involve dengan emosi dan keperluan anak. Jangan biarkan anak melakukan semua perkara tanpa kita disisi. Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang prihatin dan cakna.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada ibu bapa semakin jarang memeluk anak apabila mereka memulakan zaman persekolahan. Tapi tahukah anda terdapat banyak manfaat pelukan buat anak dan juga ibu bapa itu sendiri?
Ketahui manfaat pelukan
Ingat lagi ketika anak masih kecil, betapa bahagianya rasa setiap kali memeluk si manja? Indah bukan momen itu.
Tetapi kenapa kini anda jarang memeluk mereka?
Sedangkan terdapat banyak faedah saintifik yang boleh terjadi hasil daripada pelukan hangat penuh kasih sayang itu, khususnya dalam perkembangan emosi, kognitif dan fizikal anak.
Ayuh kita bongkar apakah kebaikan pelukan kepada anak.
1. Memeluk anak menjadikan mereka lebih pintar
Anak memerlukan banyak rangsangan deria semasa otak berkembang dan membesar. Kajian melibatkan bayi di rumah anak yatim menunjukkan mereka mengalami kecacatan kognitif yang teruk.
Tetapi apabila mereka dipegang hanya selama 20 minit sehari untuk tempoh 10 minggu, mereka memperoleh markah lebih tinggi dalam penilaian perkembangan otak. Bayi baru lahir meneroka dunia melalui sentuhan – sentuhan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit, yang penting untuk perkembangan.
Daripada 5 deria, sentuhan adalah yang pertama berkembang. Jadi manfaat pelukan (antara sentuhan yang sering diberikan), dapat memberikan rangsangan yang diperlukan otak untuk pertumbuhan dan perkembangan normal.
2. Memeluk anak dapat menyihatkan mereka
Anak bukan sekadar memerlukan nutrien mencukupi untuk tumbesaran, tetapi sentuhan fizikal juga adalah penting untuk pertumbuhan.
Tanpa sentuhan, ia boleh menyumbang kepada keadaan yang dikenali sebagai kegagalan untuk berkembang.
Namun sebaik sahaja sentuhan kasih sayang diberikan, proses tumbesaran anak yang tidak sihat boleh berubah kepada sihat dengan cepat – itulah antara manfaat pelukan.
Berdasarkan sains, pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin – hormon yang dikaitkan dengan rasa percaya, selamat dan kasih sayang. Apabila hormon itu dihasilkan, ia merangsang hormon pertumbuhan tertentu dalam tubuh.
3. Pelukan menghentikan tantrum
Memeluk anak bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan pertumbuhan fizikal mereka, tetapi ia juga menyokong perkembangan emosi.
Tiada apa dapat menenangkan seorang kanak-kanak lebih cepat daripada pelukan hangat individu yang menyayangi mereka.
Selain itu, pelukan juga cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum. Apabila anak kecil mengalami tantrum emosi, mereka melepaskannya sebagai tindak balas kepada sesuatu dalam persekitaran – mereka bukannya degil atau cuba merosakkan hari anda.
Mereka cuma hilang kawalan emosi dan tidak belajar bagaimana mengawalnya. Manfaat pelukan dalam detik-detik ini akan menenangkan, mengajar mereka bahawa anda tetap ada bersama untuk menyokong semasa keadaan sukar dan membantu menghindari daripada berlakunya emotional breakdown.
4. Memeluk anak menjadikan mereka lebih tabah
Semasa dalam kesusahan dan tekanan, adrenalin dan kortisol dirembeskan ke dalam tubuh dan otak. Oleh sebab anak tidak belajar cara mengawal emosi, tekanan berlarutan dalam tubuh boleh mencapai tahap toksik.
Jika ia berlaku, hormon tekanan ini boleh memberikan kesan kepada kesihatan anak dari segi mental dan fizikal.
Ia juga boleh membawa kesan negatif semasa dewasa seperti peningkatan risiko penyakit fizikal serta kemurungan dan keadaan buruk yang lain.
Pelukan mencetuskan pembebasan oksitosin, menurunkan tahap hormon tekanan, menahan kesan negatif ini dan membantu anak mengembangkan daya tahan.
5. Memeluk anak eratkan hubungan dengan ibu bapa
Semestinya pelukan akan mewujudkan ikatan lebih kuat antara anak dengan anda. Pelukan akan meningkatkan kepercayaan, mengurangkan ketakutan dan mengeratkan hubungan – ia manfaat bersama. Memberi dan menerima kasih sayang fizikal ini baik untuk diri anda dan juga anak.
Ikatan ini perlu dipupuk sepanjang masa, walaupun ketika anak sudah membesar, keperluan untuk sentuhan kasih sayang ini tidak akan pernah terhapus.
6. Menguatkan harga diri
Manfaat pelukan kepada anak membantu meyakinkan bahawa diri mereka disayangi. Ia mengembangkan rasa keyakinan diri dan minda positif dalam diri anak.
Gabungan ini akan kekal bersama anak dari zaman kanak-kanak hingga dewasa kelak. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa peluk anak bagi meningkatkan keyakinan mereka.
7. Mengajar mengembangkan empati
Apabila anda peluk anak, wujud rasa kehadiran kalian berdua ketika itu – ia menghubungkan perasaan anda dan anak pada tahap emosi dan fisiologi.
Pelukan ini akan mengajar anak nilai empati – ia berlaku apabila mereka mengembangkan pemahaman tentang perasaan anda.
Pelukan itu juga mengajar anak bahawa rasa sayang adalah 2 hala dan dia boleh mempamerkan kasih sayangnya kepada individu lain. Pendek kata, pelukan adalah pengajaran berkesan untuk menunjukkan anak erti mengasihi.
Memeluk anak dengan keinginan hati mereka
Walaupun individu yang ingin kita peluk adalah anak sendiri, tetapi sebaiknya pelukan tersebut haruslah kerana mereka ingin dipeluk – bukan atas rasa keterpaksaan.
Jika ia berlaku atas rasa terpaksa, manfaat pelukan yang dikongsikan di atas mungkin tidak dapat dirasai sepenuhnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!