Bagi yang mengikuti drama Pujaan Hati Kanda, pastinya akan tertarik dengan watak seorang bayi lelaki yang comel dan gebu.

Di beri nama Ayden Mikael Mohd Zainuddin, bayi berusia 8 bulan setengah ini mula menjadi bualan ramai kerana cukup sporting dan begitu beri kerjasama sepanjang lakonan tersebut hingga berjaya mencuri hati peminat setia drama ini.

Ayden Mikael Sangat Friendly Dan Baik. Rezekinya Popular Menerusi Drama Pujaan Hati Kanda

Berkesempatan bertanya pada ibunya, Anna Abdullah Kim, Ayden Mikael ini sememangnya anak yang sangat friendly dengan semua orang. Dari dia kecil hingga sekarang dia senang dijaga dan tak meragam.

“Jumpalah dengan orang yang tak dikenali pun, dia mudah senyum dan tak takut orang.

“Jika orang tanya apa yang istimewanya Ayden Mikael ini, bagi saya perkembangan sama seperti bayi lain. Cuma mungkin rezeki saya dapat anak yang mudah dijaga dan rezeki dia juga bila orang tengok terus sukakannya walaupun pertama kali berjumpa,” kata Anna.

Pertama kali berlakon

Menurut Anna, lakonan Ayden Mikael dalam drama Pujaan Hati Kanda adalah perkara baru buatnya sekeluarga.

IKLAN

“Tak terlintas pun sebenarnya untuk ketengahkan Ayden Mikael di kaca televisyen tetapi bila saudara mara dan rakan-rakan mencadangkan untuk saya cuba nasib, alhamdulillah berjaya.

“Dari 10 bayi yang disenarai pendek, 9 darinya adalah perempuan dan Ayden Mikael satu-satunya lelaki. Memang langsung tak jangka dia terpilih. Kalau ikut skrip asal memang nak watak bayi perempuan.

Membesar seperti kanak-kanak lain

Anna berkongsi, setelah Ayden keluar di kaca televisyen, diakui ramai yang sukakannya. Soalan biasa orang akan tanya, Ayden Mikael makan apa?

IKLAN

“Sejujurnya tiada yang istimewa dari segi pemakanannya. Dia makan seperti bayi lain juga seperti bubur nasi, puri buah dan sayur.

Ayden Mikael Sangat Friendly Dan Baik. Rezekinya Popular Menerusi Drama Pujaan Hati Kanda

“Saya juga bersyukur sepanjang penggambaraan tersebut, kesihatannya juga baik walaupun jadual lakonannya padat,” katanya.

Jika ada lagi rezeki Ayden Mikael selepas ini, Anna menjelaskan dia dan suami akan melihat dulu keselesaan anaknya.

IKLAN

Ayden Mikael Sangat Friendly Dan Baik. Rezekinya Popular Menerusi Drama Pujaan Hati Kanda

Kalau situasinya tak membebankan anak, semua itu akan dipertimbangkan cuma saya dan suami tak mahu terlalu bawanya ke depan sehingga kehidupan sebagai kanak-kanak jadi terbatas.

View this post on Instagram

????? 261218

A post shared by Ayden Mikael MZ (@aydenmikael_mz) on

Bagi yang nak tahu drama lakonan Ayden Mikael ini, dia adalah bayi yang dijumpai Megat Danish, lakonan Remy Ishak ketika mahu melangsungkan perkahwinan.

Pujaan Hati Kanda merupakan sebuah drama adaptasi novel. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 20 Disember 2018 dan dibintangi pelakon popular iaitu Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Azar Azmi dan Syazwan Zulkifly.

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI