Kita hanya merancang tapi di sebaliknya semua itu rahsia Allah. Beberapa bulan lalu, pernah viral kisah isteri yang masih dalam pantang lagi pergi meninggalkan suami dan anak yang ketika itu baru berusia 40 hari.

Kisahnya itu cukup sedih kerana arwah pergi pada hari sepatutnya dia melahirkan anak. Tapi Allah lebih sayangkannya dan kini hanya anaklah pengganti kasih sayang arwah buat suami.

“Ayesha Jumpa Ibu Sempena Anniversary Kita. Walaupun Alam Berbeza, Dia Gembira”

Arwah Norehan Zainal meninggal dunia pada 14 Januari lalu kerana mengalami komplikasi darah beku di jantung tanpa sempat melihat anak perempuannya yang diberi nama Annur Ayesha membesar.

“Ayesha Jumpa Ibu Sempena Anniversary Kita. Walaupun Alam Berbeza, Dia Gembira”

Dalam perkongsian di Facebook suami arwah, Izrul Mat Taib, selepas 8 bulan pemergian isteri tercinta, dia telah membawa anak perempuannya bersama ke pusara allahyarham sempena ulang tahun perkahwinannya yang kedua pada 8 September.

Apa yang membuatkannya sebak apabila melihat keletah anaknya itu seolah faham datang berjumpa dengan ibunya.

Ads

“Ayesha Jumpa Ibu Sempena Anniversary Kita. Walaupun Alam Berbeza, Dia Gembira”

Izrul menceritakan bahawa isterinya mahu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini kerana sudah bertiga, namun hajat tersebut tidak kesampaian.

Hajat nak sambut bertiga tak kesampaian

Hari ni ulang tahun perkahwinan kita sayang yang ke 2 tahun (8 September). Sedih tak dapat sambut dengan awak. Tahun lepas pun kita sambut biasa-biasa je. Awak cakap tak apa tahun depan kita sambut bertiga meriah sikit sebab ada anak tapi tahun ni kita sambut kat sini je cuma alam kita berbeza.

“Ayesha Jumpa Ibu Sempena Anniversary Kita. Walaupun Alam Berbeza, Dia Gembira”

Kadang hati rasa tak kuat

Ads

Kadang hati ni rasa reda kadang tak. Saya sayang awak sangat-sangat. Terbayang-bayang awk ada lagi dengan saya. Dah lama nak melawat awak tapi hari ni saya ambil cuti nak bawa Ayesha jumpa awak sebab hari ni ulang tahun perkahwinan kita.

ARTIKEL BERKAITAN [“Saya Tidur Ni Dah Tak Bangun”. Tarikh Due Date Lahirkan Ayesha Awak Pergi]

‘Saya dan Ayesha sayang awak sangat-sangat’

Kadang saya rasa down sangat-sangat tapi hidup perlu diteruskan. Harap awak damai la di sana dan semoga awak ditempatkan di kalangan orang beriman. Semoga suatu hari nanti kita dapat berkumpul keluarga kecil kita nanti di syurga. Saya dengan Ayesha sayang awak sangat-sangat. Awak sentiasa di hati saya. Love u sayang.

Ads

“Ayesha Jumpa Ibu Sempena Anniversary Kita. Walaupun Alam Berbeza, Dia Gembira”

Sebelum ini kisah arwah Norehan telah membuatkan sesiapa yang membaca coretan suaminya boleh menitis air mata. Ini kerana dia pernah cakap bila dia tidur mungkin akan tidur selamanya.

“Ayesha Jumpa Ibu Sempena Anniversary Kita. Walaupun Alam Berbeza, Dia Gembira”

Namun takdir Allah tiada siapa mampu menolak. Hanya demam biasa sehari sebelum pemergian sebelah petangnya, keesokannya Allah ambil buat selama-lamanya selepas doktor sahkan arwah ada darah beku di jantung.

Sumber: Izrul Mat Taib

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI