Kehamilan

Ayra Dah Nak Jadi Kak Long, Ummi Nazeera Kongsi Sedang Hamil Anak Kedua. Usia Kandungan Dah 4 Bulan, Tahniah!

Share

Berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua, pelakon Ummi Nazeera mengumumkan hal tersebut kepada peminat melalui instagram miliknya.

Memuat naik gambar bertiga bersama suami dan anak, dalam kapsyen posting tersebut pelakon Bisik Pada Langit ini menyatakan bahawa usia kandungannya kini sudah hampir 4 bulan.

Menurut Ummi, dia dan suami berasa sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bakal dianugerahkan cahaya mata kedua.

“Assalamualaikum .. Alhamdulillah Ummi nak share di sini .. Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT,” tulisnya.

Ummi juga memohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan.

“Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yg kini hampir 4 bulan & juga ummi kedua dua nya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan.. Ameen,” tulisnya lagi.

 

Menjenguk ke ruangan komen pula, rata-rata wargamaya dan rakan artis meluahkan rasa teruja selain mendoakan semoga segala urusan ummi akan dipermudahkan.

Dalam pada itu, di instagram milik suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari juga turut memuat naik gambar yang sama. Menerusi posting tersebut, Dr Izzar berharap perjalanan kehamilan isteri untuk kali ini juga berjalan lancar dan selamat.

“Alhamdulillah. Semoga perjalanan kehamilan ini berjalan lancar dan selamat buat kandungan dan isteri. Doa-doakan kami sekali. Ayra pun tak lama lagi dapatla jadi kaklong kawasan insyaAllahh. Bismillah,” tulisnya.

 

Ummi telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Dr Mohd Izzar Anwari pada tanggal 23 Julai 2017.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesa.

Tahniah diucapkan kepada Ummi Nazeera dan Dr Izzar. Didoakan semoga semuanya dipermudahkan. Semoga ibu dan bayi dalam kandungan sihat-sihat sahaja.

Sumber: IG umminazeera & izzar

Baca: https://www.majalahpama.my/biar-anak-belajar-dari-mainan-dia-dr-izzar-saran-mak-ayah-lebihkan-masa-main-dengan-anak/

Baca: https://www.majalahpama.my/layanlah-anak-anak-tu-walaupun-tak-larat-dr-izzar-mohon-beri-perhatian-lebih-pada-anak/

Baca: https://www.majalahpama.my/ayra-dah-boleh-bercakap-gabung-perkataan-dr-izzar-pesan-mak-ayah-kena-jadi-kreatif-selalu-bercakap-dengan-anak-biar-anak-tiru-dan-bercakap-sendiri/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

 

Published by
SAHR