Muhammad Nassar Sanusi yang mendermakan sebahagian hati kepada anaknya, selamat menjalani pembedahan di Max Super Speciality Hospital, New Delhi, India.

Pembedahan berlangsung 13 jam pada Sabtu lalu dan kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Aysar Selamat Terima Hati Ayah. Pembedahan 13 Jam Berjaya, Tunjuk Perkembangan Positif

Kakak Muhammad Nassar, Najihah Salwani, 33, berkata, adik dan anaknya Aysar Nasri berusia tujuh bulan bagaimanapun masih dalam pantauan pakar di unit rawatan rapi hospital itu.

“Syukur kedua-duanya sudah sedar dan kami sekeluarga  masih di sini (India) untuk menunggu perkembangan selanjutnya.

“Doktor beritahu, mereka berdua stabil dan masing-masing menunjukkan perkembangan positif.

Aysar Selamat Terima Hati Ayah. Pembedahan 13 Jam Berjaya, Tunjuk Perkembangan Positif
Muhammad Nassar bersama anaknya sebelum pembedahan. FOTO Ihsan Najihah Salwani.

“Sama ada perlukan pembedahan susulan atau tidak, semuanya bergantung kepada keadaan, jika ada komplikasi. Tetapi kami berharap tiada ‘rejection’ pada Aysar Nasri,” katanya ketika dihubungi Metro.

Ads

Najihah Salwani berkata, pakar yang merawat dua beranak itu turut menyifatkan pembedahan terbabit berjaya, meskipun Aysar Nasri perlu ditempatkan di ICU selama dua minggu.

Aysar Selamat Terima Hati Ayah. Pembedahan 13 Jam Berjaya, Tunjuk Perkembangan Positif

Katanya, Muhammad Nassar pula dijangka dipindahkan ke wad biasa esok.

Sebelum ini media melaporkan kisah Aysar Nasri yang menderita penyakit hati kronik dan keluarga itu memerlukan sokongan dana untuk membolehkan pemindahan hati dilakukan.

Ads

Muhammad Nassar nekad mendermakan hati buat bayinya dengan kos pembedahan perlu ditanggung mereka cecah RM120,000.

View this post on Instagram

PENYAKIT KRONIK HATI – BILIARY ATRESIA (BA) Pandangan mengenai (BA) dari pengalaman sy sebagai bapa kpd Aysar. Jika ada yg salah tlg betulkan. Semua org kena tahu rare disease ni sbb anda mungkin insan terpilih utk terima ujian ini. TOLONG SHARE!!! . A) Apa itu Biliary Atresia? Penyakit sejak kelahiran (congenital) yg disebabkan ketiadaan saluran bile / tersumbat menyebabkan bile tak disalurkan ke hempedu lalu hempedu mengecut/rosak dan hati secara berperingkat akan keras serta rosak. B) Apa simptom utk kesan? 1)Jaundice/Kuning – Jika anak anda kuning lebih dari 2 minggu/ kuning semula selepas baik dari kuning silalah jumpa pakar utk buat liver test. 2)Melalui najis baby – ini agak susah kalau kita parents baru, semua najis kita rasa okay. Warna najis yg pucat adalah tanda2 BA (sila rujuk gambar). Lagi satu yg sy perasan adalah najis baby ni berminyak. C) Penyebab BA? Tiada lagi kajian di dunia dpt membuktikan penyebab BA. Bukan genetik, bukan lifestyle, bukan pemakanan. Dari lebih kurang 15,000 baby, 1 baby akan menjadi insan terpilih yg diuji. Aysar salah seorgnya. D) Rawatan untuk BA? 1) Pembedahan Kasai – iaitu mencantumkan usus kecil direct kpd hati. Kasai sebolehnya dibuat sebelum baby berumur 60hari. Kasai boleh dilakukan di hospital kerajaan. Kita ada ramai pakar utk buat pembedahan ini. Kasai tak dapat menjamin hati akan selamat, tapi itu rawatan awal & mungkin sementara. 2) Liver Transplant (LT) – Selepas pakar sahkan Kasai tak berjaya melalui bacaan fungsi hati, LT perlu dilakukan. Pemindahan sebahagian hati dari living donor /org mati kpd penerima. Ini yg Aysar akan buat 23 Oktober ni di PPUM dgn kos RM120,000. 1st case PPUM buat masa bulan 8 2019. Boleh tengok di youtube – pemindahan hati PPUM. LT kanak2 dari living donor selalunya dibuat di China dan India dgn kos lebih kurang RM250,000. Kalau ada cakap2 kenapa tak buat di selayang atau HKL lagi murah, minta org tu bantu utk beri nama dan no HP doktor pakar di sana. Selama ni NGO BAMA telah lama fight utk perkara ni sampai ke KKM tp jawapannya Malaysia belum bersedia. Akhirnya PPUM mengorak langkah, tahniah PPUM. FB : Biliary Atresia Malaysia Association #BiliaryAtresia #BAMA

A post shared by Nassar13890 (@nassarsanusi) on

 

Dapat tahu hidap Biliary Atresia ketika usia dua bulan

Ads

Berdasarkan perkongsian Muhammad Nassar berkata sebelum inii, penyakit anaknya itu dikesan 16 Mei lalu iaitu ketika Aysar berusia dua bulan hasil pemeriksaan dilakukan pakar.

“Aysar dilahirkan normal tetapi badannya menjadi kuning dan selepas dirujuk ke hospital doktor mengesahkannya menghidap Biliary Atresia.

Aysar Selamat Terima Hati Ayah. Pembedahan 13 Jam Berjaya, Tunjuk Perkembangan Positif

“Dua hari kemudian, Aysar menjalani pembedahan dan saya sangka keadaannya kembali normal tetapi dia diserang demam diikuti jangkitan kuman pada hati dua minggu kemudian yang menyebabkannya ditahan di hospital.

“Sejak itu, Aysar kerap keluar masuk hospital dan kini dia dirawat di wad kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terkena jangkitan sama dan hospital juga ibarat rumah kedua buatnya,” katanya.

Sumber: Metro & ig Nassar Sanusi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI