Tahniah diucapkan buat pelakon, Ayu Raudhah yang selamat menimang cahaya mata ketujuhnya di sebuah pusat perubatan swasta di Seremban semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh suaminya Zaquan Adha yang memberitahu isterinya melahirkan anak ketujuh mereka iaitu bayi lelaki pada 2 Ogos tengah hari semalam.
Zaquan juga turut memuat naik gambarnya yang setia menemani Ayu di dalam wad semalam.
“Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki. Ayu tengah rehat, saya pula nak balik rumah untuk uruskan uri anak.
“Untuk suami di luar sana, biarlah kita yang uruskan, cuci dan tanam.
“Selain itu, saya juga nak ambil kakak dan juga abang-abang yang lain untuk tengok reaksi mereka dengan baby baru,” katanya menerusi Insta Story.
Paling istimewa, kelahiran anak baharu ini juga sebagai hadiah hari jadi ke-38 buat Zaquan.
Zaquan juga turut menerima ucapan hari lahir dan sebiji kek bagi meraikan bersama-sama bayinya.
Untuk rekod, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan enam anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam kini berusia setahun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
15 Kata-Kata Ini Bukti Anda Memang Ibu Yang Hebat. Mana Satu Diri Anda?
Wanita apabila mempunyai anak memang seorang yang hebat. Mugkin ada yang tak perasan tapi kata-kata ini bukti anda memang ibu yang hebat. Mana satu diri anda?
Seorang wanita apabila sudah bergelar ibu, memang akan obses dengan anak-anaknya. Kebahagiaan seorang ibu dapat dilihat pada cara dia melayan kerenah anak-anaknya.
Memang ibu bukanlah manusia yang sempurna tetapi ibu sentiasa berusaha lakukan yang terbaik untuk anak-anaknya. 15 kata-kata ini sebahagian daripada karektor wanita bergelar ibu.
1. Seorang ‘superwoman’
2. Gambar anak segalanya bagi ibu
3. Sentiasa berusaha nak gembirakan hati anak
4. Mudah ‘cair’ bila dengan anak
5. Ketawa anak sudah cukup bahagiakan ibu
6. Sentiasa mahu yang terbaik untuk anak
7. Tak kisah beralah demi anak
8. Sentiasa bersifat melindungi anak
9. Sanggup berhabis wang ringgit
10.Walau letih tetap bahagia
11. Suka shopping baju anak
12. Sanggup berkorban apa sahaja
13. Sentiasa doakan anak-anak
14. Sanggup menahan sakit
15. Ibu sentiasa di hati anak-anak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rancang Kelahiran Awal Nak Elak Bayi Keluar Lebih Besar, Doktor Kongsi Punca Bayi Besar Dari Usia Kandungan
Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.
Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai
- Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
- Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
- Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan – sila lihat gambarajah.
- Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.
Baca:
Kanak-Kanak 3 Tahun Diikat & Kepala Tersepit Pada Pokok, Kaki Tangan Ditoreh Dipercayai Dibunuh
Adik Hafiza, 8 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Tangan Kaki Terikat & Badan Terurai Tanpa Organ Dalaman
Anak Masuk Hospital Ketika Bercuti Di Hatyai, Bapa Ini Kongsi Pengalaman “Bayar RM32 Sahaja”
Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan?
Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :
- Keturunan – ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
- Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
Ibu yang mengidap diabetes semasa mengandung.
Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan?
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
- Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
- Warna kulit sangat merah (plethora).
- Kecacatan masa lahir – bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
- Kesukaran bernafas.
- Keletihan – disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?
Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir (shoulderdystosia – bahu tersangkut) menyebabkan pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb’s palsy – yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi (bayi lemas dalam kandungan) dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.
Bagaimana bayi besar dari usia kandungan perlu dirawat?
Rawatan spesifik adalah berasaskan kepada keperluan dan keadaan bayi. Pada asasnya, bayi besar dari usia kandungan perlu
- Diperiksa untuk sebarang kecacatan / kecederaan semasa lahir.
- Memeriksa kandungan gula dalam darah.
- Penyusuan bayi dimulakan awal dan kerap.
Sesetengah bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad neonat untuk:
- Rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang diberi ke dalam salur darah)
- Sokongan pernafasan.
- Penukaran darah
- Fototerapi
- Fisioterapi
Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :
- Memantau berat ibu semasa hamil.
- Memastikan penyakit seperti diabetes terkawal semasa hamilMemantau pertumbesaran bayi.
- Rancang kelahiran yang selamat.
- Langkah-langkah ini mungkin dapat menolong di dalam mengelakkan bayi menjadi besar dari usia kandungan atau dalam menangani masalah bayi yang besar dari usia kandungan secara berkesan.
Pemulihan
Bayi-bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir perlu terapi yang khusus Contohnya: fisioterapi adalah perlu kepada bayi dengan kelumpuhan Erb’s.
Kredit:Dato’ Dr. Lim Nyok Ling
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mudahnya Bersalin Guna Teknik Ini! Tapi Jangan Lupa Siapkan Persiapan Ini Ke Hospital
Melahirkan bayi sememangnya satu proses atau prosedur yang akan mendatangkan kesakitan kepada para ibu. Namun begitu, terdapat beberapa teknik yang mampu mengawalnya antaranya adalah hypnobirthing. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Apakah itu hypnobirthing?
Dicipta oleh seorang pakar hipnoterapi dari Harvard University Ford Foundation iaitu Marie “Mickey” Mongan, hypnobirthing adalah sejenis teknik meditasi yang dilakukan oleh ibu hamil untuk tujuan melahirkan bayi dengan lebih mudah. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan metode hipnosis bagi membantu ibu hamil berasa lebih relaks secara mental, fizikal dan rohani.
Selain itu, teknik ini juga dilakukan untuk membantu mereka melawan perasaan takut dan mengurangkan rasa sakit serta rasa letih ketika melahirkan bayi. Berbanding menggunakan perkataan seperti sakit atau letih, teknik ini akan menggantikannya dengan perkataan tekanan. Kontraksi pula akan digantikan dengan perkataan seperti pusuan atau gelombang.
Dalam erti kata yang lain, teknik ini adalah berfokuskan dan berpandukan kepada pengawalan otak yang boleh mengatasi kesemuanya berkaitan dengan tubuh badan. Menurut kajian, teknik ini telah terbukti berkesan terhadap ribuan wanita yang sudah melakukannya.
Siapakah yang boleh melakukan hypnobirthing?
Tentu sekali, individu yang boleh melakukannya adalah ibu hamil yang sedang menunggu untuk melahirkan bayi kelak. Persoalannya, adakah ia boleh dilakukan oleh golongan ibu hamil yang perlu/ingin bersalin secara alternatif?
Ya, teknik ini juga boleh dilakukan jika ibu hamil berhadapan dengan situasi seperti berikut:
- Bersalin secara pembedahan caesarean
- Bersalin dalam air
- Bersalin dengan bantuan epidura
Bagaimanakah hypnobirthing dilakukan?
Teknik ini akan melibatkan penggunaan muzik, visual, perkataan dan pemikiran yang positif untuk tujuan merelakskan badan, mengawal pernafasan serta sensasi ketika melahirkan bayi. Ia boleh dilakukan secara sendiri atau mendapatkan bantuan daripada pakar hipnoterapi. Namun begitu, mereka ini mungkin tidak akan berada di sisi ketika proses bersalin hampir dekat, oleh itu, anda disarankan untuk mempelajarinya sendiri.
Sumber: Hello Doktor
PERSIAPAN KE HOSPITAL, CHECK-LIST BARANGAN MAMA DAN BAYI
Perkongsian daripada Puan Nadyia Yaya
Assamualaikum good morning semua
Semalam sibuk packing barang baby n mommy. Hari ni saje nk share kt uolls apa yg perlu bawak ke hospital. Mommy terlebih rajin ni. Padahal boleh jer google2. Semua benda ada sana yedak. sapa nk baca, baca la ye. Untuk 1st time nak jadi ibu, boleh la tengok2
Kalau boleh 1 almari nak angkut jenis aku bior bawak lebih, jgn kurang. mne yg aku listed kat bawah ni, kalau korg rasa xperlu bawak, xpyh bawak ok. kalau ada yg kurang, tolong bgtau.
Untuk mommy yang sibuk bekerja atau sibuk dengan urusan harian, beli je online. Nak lagi jimat, DPAM tengah promo free shipping 25-31 Julai ni. Klik sini untuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM dan jangan lupa gunakan kod promo DPAMFS!
Aku siap packing mcm ni so senang xpayah nak meraba2 dlm beg cari baju la, suar la. beg plastik ni beli kt ikea. nti boleh refill balik baju2 yg dah kotor.
Setiap beg plastik ada:
– rompers panjang 2 helai/ baju lengan panjang n seluar 2 helai ( setiap beg plastik tu aku letak sepasang2 la, kan ada 4beg tu hehe)
– mitten&booties
– hat
– bedung
– pampers
– barut
Bertanda extra tu aku letak: (in case xcukup, boleh grab je dlm plastik extra ni)
– baju lengan pendek 2 helai
– extra pampers
– extra mitten&booties
– extra bedung
– extra barut
Plastik sebelah tu plak:
– towel
– selimut
– sapu tangan
Yang bawah tu:
dalam kotak
– baby care ( bedak, lotion, shampoo, minyak telon, baby oil, minyak yu yee, cotton bud)
– baby wipes
– botol susu ( incase nk pakai nti, aku spare siap)
Checklist barang mommy:
– baju 2helai
– kain batik
– skirt
– towel
– shawl/ tudung sarung
– stocking
– breast pad
– maternity pad
– toiletrities ( sabun, ubat gigi, berus gigi, coconut scrub tu WAJIB BAWAK bebas dri segala daki)
– mommy care ( lotion, moisturizer, vaseline, barang makeup sikit)
– minyak tyt
– breast pump (in case nk guna, spare jer)
Yang xde dlm gmbar perlu bawak (sbb xbeli lgi):
– nursing bra
– disposable panties
– nipple cream
Dalam bakul:
– thermos
– mug, pinggan, sudu
– horlicks 3in1
– biskut2
– kurma & air zam zam ( xde dlm gmbr)
Wajib bawak:
– kad pengenalan
– buku pink
– yasin
– charger, powerbank
– handphone
– bahan bacaan ( aku rasa xsempat nak baca pun , saje la aku nak bawak. best buku nana ni semua bende dia cita dri cara nak push mcm mne, breastfeeding, dlm pantang. dh lama aku beli buku ni sebelum kawin lgi. xtau la ada lgi ke x. kalau nk pinjam boleh jer hehe)
Yang ni pulak bakul baju baby n semua2 la sbb aku berpantang kt rumah mak mertua. bawak 1 bakul ni jer. semua boleh sumbat sbb besar. berzip mcm ni xde habuk masuk. ats tepi boleh bukak. beli kt kaison Rm25 rasenya.
Kalau nak tahu bagaimana cara mudah bersalin dan persediaan ke hospital, saksikan rancangan Pa&Ma, Musim ke4 (Jurnal Kehamilan) Episod 12 di Astro Prima & Prima HD selasa ini Jam 12 tengah hari dan ulanganya 9 malam.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI