Kehamilan

Azabnya Tengok Mak Buyong Berjalan, Jaga-jaga Bila Terkena Pelvic Girdle Pain (PGP)!

Share

Pergerakan wanita yang hamil agak lambat bukan disengajakan. Bebanan yang dirasai dan ditambah dengan tekanan pada bahagian pelvik serta belakang badan membuatkan wanita hamil lebih berhati-hati untuk melangkah. Bimbang kesakitan melanda diri sendiri.

Menurut Dr Muhammat Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, masalah Pelvic Girdle Pain (PGP) membuatkan wanita hamil merasa sakit di bahagian ari-ari sekaligus menyebabkan mereka semakin susah untuk berjalan. Ini penyebabnya.


Pelvic Girdle Pain (PGP) – nak jalan pun hazab !

Sakit pada bahagian ari ari boleh bawak ke bahagian belakang (bawah), tulang pinggul dan peha. Sendi Sacroiliac kat belakang sendi symphisis pubis kat depan – tu yang sakit depan dan belakang.

1 dalam 5 wanita hamil ada masalah ni. Tiga sendi pada tulang pinggul bekerja bersama-sama dan lazimnya bergerak sedikit. Sakit bermula bila sendi ini bergerak tidak seragam menyebabkan tulang pinggul menjadi kurang stabil dan sakit. Bila baby makin besar dalam rahim, berat tambahan dari atas, serta cara ibu duduk atau berdiri akan menyebabkan bebanan tambahan pada tulang pinggul.

Menarik: Banyak Beza Alahan Kali Ni Lebih Lama Scha Alyahya Akui Cepat Penat!

Perubahan hormon ketika hamil, menyebabkan sendi ini menjadi longgar dan tak stabil. Yelah, nak prepare tulang pinggul supaya menjadi lebih besar dan fleksibel supaya baby nak lalu ( proses kelahiran )

Bila sakit tu datang ?
* Jalan pada permukaan tak rata.
* Nak kangkang untuk keluar dan masuk kereta.
* Naik tangga, nak pakai seluar atau kain – berdiri sebelah kaki.
* Masa buat hubungan kelamin.

Tips nak kurangkan sakit:
* Kena aktif, dalam masa yang sama kena dapatkan rehat secukupnya.

* Sentiasa tukar posisi – jangan duduk lama-lama untuk lebih 30 minit. Sentiasa ubah posisi.

* Nak pakai kain atau seluar – duduk dan pakai. Jangan berdiri.

* Kalau berdiri, kena seimbangkan berat pada kedua dua kaki.

* Nak masuk dan keluar kereta kena pastikan kaki rapat, jangan kangkang lebih sangat.

* Nak pusing-pusing kat katil pun kena pastikan kaki sentiasa rapat.

* Bila tidur letak bantal kecil pada bahagian belakang dan antara kedua belah kaki untuk sokongan tambahan.

Jangan Lakukan Ini:
* Jangan angkat benda-benda berat
* Jangan naik dan turun tangga terlampau kerap
* Jangan kerap membongkok
* Jangan duduk atas lantai, diri atau duduk sahaja dalam tempoh jangka masa panjang.
* Jangan duduk bersilang kaki dan bertimpuh

Rawatan fisioterapi banyak membantu ibu kurangkan sakit. Ada senaman-senaman yang membantu yang akan diajar oleh ahli fisioterapi.
Yg penting kesan awal, rujukan awal ke fisioterapi untuk pastikan sakit tak jadi makin teruk, supaya ibu boleh buat kerja harian macam biasa.

Ibu ada masalah pelvic girdle pain PGP ni boleh je bersalin normal, kena inform misi dan doktor yang merawat ketika itu, supaya mereka boleh bagi support extra pada kaki dan tolong ibu untuk tukar posisi dan bergerak di wad bersalin.

PGP akan pulih selepas bersalin, 1 dalam 10 akan ada sakit yang berterusan. Dalam keadaan ini, kena pastikan ibu terus menerus mendapatkan rawatan fisioterapi dan ada alat bantuan untuk ibu terus bergerak.

Kalau pernah ada PGP, ada kemungkinan berulang lagi kehamilan berikutnya. Make sure sihat dan fit sebelum mengandung lagi, untuk elakkan ianya berulang. Buat senaman kuatkan otot ( strengthening exercises ) dan senaman Kegel ( lantai pelvis/ kemutan ).

Darah beku kat kaki (thrombosis) senang terbentuk pada ibu hamil. Dengan PGP ni ibu lazimnya tak bergerak atau kurang bergerak disebabkan sakit, lagi la senang dapat thrombosis. Ada stokin khas TED stokin diperlukan dan ada sesetengah kes memerlukan ubat injection untuk mencairkan darah.
Tanya Doktor yang merawat nanti.

Jangan ditanya kenapa mak buyong berjalan macam penguin.


EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents


Anak-anak Mama dah start merangkak laju?

Serlahkan bakat merangkak si manja di SSPN x PA&Ma Baby Merangkak Race 2020 pada 17-18 Oktober ini!

Hadiah berupa akaun SSPN menanti para pemenang! Bukan tu je, ada award Baby Merangkak WOW! juga (pemenang dipilih berdasarkan likes paling tinggi di IG).

Untuk mendaftar, boleh segera hubungi kami di nombor yang tertera.

Menarik: Kandungan Mawar Cecah Enam Bulan Raf Pilih Nama Anak Bermula Huruf R!

Published by
SRM