Azan Merdu Datuk Jamal Sambut Kelahiran Anak Kelima, Sambung Tradisi 3 Anak Tarikh Cantik!

Share

Tarikh cantik semalam, 22-2-22 turut menjadi pilihan penyanyi tersohor negara, Datuk Jamal Abdillah untuk menyambut kelahiran anak kelimanya.

Menerusi Instagramnya, penyanyi bersuara lantang itu turut berkongsi video mengazankan bayi lelakinya.

Video perkongsian itu sudah pastinya menarik perhatian. Bukan hanya bayi bahkan alunan azan yang dialunkan penyanyi kesayangan ramai ini cukup merdu biarpun sedikit tersasul kerana terlalu gementar.

“Assalammualaikum. Alhamdullilah telah lahir anak lelaki saya.

“Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh. Amin.

“Alhamdulillah selesai sudah. Gementar sehinggakan azan pun tersasul. Terima kasih semua,” tulisnya lagi.

Memilih tarikh cantik itu lebih awal, Jamal dan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin sepakat memilih nama Iskandar Rayyan Yamani untuk anak kelima mereka yang lahir dengan berat 2.84kg tepat jam 2.27 petang semalam.

Penyanyi yang masyhur dengan lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berkata, menimang bayi pada usia 63 tahun tidak pernah memberi sebarang masalah buatnya.

 

Bahkan, untuk berjaga di tengah malam menyiapkan susu atau menyalin lampin tidak pernah dianggap sebagai bebanan.

“Saya sudah sedia untuk mengulang rutin bantu isteri jaga anak kecil pada tengah malam. Barangkali, sudah biasa kerana sejak tiga tahun dahulu saya sudah mula menimang anak kecil iaitu pada 2019 dan 2020.

“Tahun ini, Allah hadirkan seorang lagi cahaya mata , jadi semuanya jadi biasa buat saya,” ujar Jamal kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Kata Jamal juga, dalam keadaan sekarang, beliau memiliki sepenu masa untuk dikongsi dengan keluarga.

“Tumpuan dan keselesaan masa saya kini lebih banyak tertumpu pada keluarga. Saya gembira dan sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah hadirkan pada saya dan isteri,” ujar Jamal lagi.

Rancang pilih tarikh cantik
Ditanya mengenai tarikh kelahiran yang begitu cantik, akui Jamal lagi, tarikh itu sememangnya dipilih lebih awal bersama isterinya. Malah katanya lagi, ia bagi meneruskan tradisi tarikh kelahiran cantik yang turut dimiliki dua anaknya, Azura dan Isaac.

Menurut kata Jamal lagi, anak ketiga dan keempatnya sebelum ini iaitu Nur Azura Yamani lahir pada 10.10.2019 sementara El Isaac Yamani pula pada 11.11.2020.

 

Terdahulu, Datuk Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017. Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Azura Yamani, 3 tahun dan El Issac Yamani yang kini berusia 1 tahun lebih.

Datuk Jamal turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.

Menarik: Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna, Isteri Hamil, Fizo Omar Teruja Nak Timang Baby

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.

Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM