Mendidik anak seorang tahfiz tentu bukan tugas yang mudah. Selebriti cantik, Azizah Ariffin berkongsi cara mendidik, penjagaan dan cabarannya.

Kesyukuran tidak terlafazkan melihatkan cahaya mata berjaya menghafal kitab Allah. Asuhan serta didikan yang diberi selama ini sekurang- kurangnya mampu membuatkan Azizah tersenyum setelah pelbagai pancaroba terpaksa dihadapi.

 

Sebagai ibu, sudah tentu mengimpikan kejayaan anak di dunia dan akhirat.  Ibu kepada 3 cahaya mata ini berkongsi cerita tentang anak keduanya, Ashriel. “Semasa tugasan mengendalikan program berbentuk keagamaan seperti Tanyalah Ustazah, Tanyalah Ustazah, Adik & Al-Quran, ia banyak memberi pendedahan tentang kepentingan mendidik anak supaya cintakan Al-Quran.” ujar Azizah

PEMAKANAN AMAT DITITIKBERATKAN

Azizah memberitahu faktor pemakanan  amat dititikberatkan dalam membesarkan seorang huffaz. “Kebanyakannya semua maahad memang sangat menjaga pemakanan anak-anak. Sebab itu juga anak-anak  tahfiz tidak dibenarkan pulang  (cuti di rumah) . Hanya setiap dua minggu dibenarkan pulang.

Bagi memastikan apa pemakanan terjaga, sebagai ibu bapa perlu meneruskanya di rumah dengan memberikan anak lebih banyak ikan dan ayam organik. Elakkan sama sekali makanan ringan atau makanan yang tidak berkhasiat. .

Azizah menjelaskan dia sekeluarga memang mengamalkan quranic food atau makanan sunnah seperti minyak zaitun, madu, jus delima, buah teen kurma, cuka teen dan sebagainya. Rumahnya sentiasa ada stok makanan sunah. Ashriel juga tidak ketinggalan walaupun pada mulanya perlu dipaksa untuk mengambil quranic food.

IKLAN

Azizah Ariffin Kongsi Cara Besarkan Seorang Huffaz. Bukan Senang! Ibu Ayah Boleh Jadikan Ini Sebagai Inspirasi

BERLUMBA HAFAL PADA MULANYA

Selain itu, wanita cantik ini selalu bercerita dan berkongsi dengan anak-anak tentang istimewanya  orang yang tinggi ilmu agama dan dapat menghafaz Al-Quran kepada Ashriel ketika itu. Saya sering cetuskan suasana keseronokan dengan berlumba menghafal surah-surah pendek bersama-samanya . Antara surah yang kami hafaz bersama adalah surah Ar Rahman & Al-Mulk. Tidak menyangka apa yang saya lakukan itu menerbitkan minat dalam diri Ashriel.

Azizah Ariffin Kongsi Cara Besarkan Seorang Huffaz. Bukan Senang! Ibu Ayah Boleh Jadikan Ini Sebagai Inspirasi

IKLAN

BUAT KEPUTUSAN KE SEKOLAH TAHFIZ

Selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Ashriel sendiri menyuarakan hati mendalami kitab Allah ini setelah mengambil keputusan untuk menyertai sekolah tahfiz.

Lokasi pengajian pertamanya ialah di sebuah mahaad di Bangi. Pelbagai rintangan dan cabaran ditempuh anak lelaki ini hinggakan dia  perlu berpindah sekolah ke Maahad Tahfiz Mtaqwas di Sunway Kayangan. Ashriel mengambil masa 4 tahun untuk menyempurnakan hafazan 30 juzuk kalamullah.

DUGAAN & CABARAN YANG DITEMPUHI

IKLAN

Sebagai anak yang sedang meningkat remaja, Ashriel sama seperti anak remaja yang lain. Jiwanya adakalanya inginkan kebebasan dan keseronokan bersama kawan-kawan dan sebagainya seperti ingin menonton wayang dengan  rakan-rakan.

“Saya tidak terlalu strict bab ini. Aadakalanya saya bagi dia keluar bersama kawan-kawan, cuma saya pantau juga tentang aktiviti anak dan filem apa yang hendak ditontonya. Sebab jika terlepas tengok cerita-cerita yang mendedahkan aurat dan sebagainya, ia boleh menjejaskan hafazan mereka,” kata Azizah.

Azizah Ariffin Kongsi Cara Besarkan Seorang Huffaz. Bukan Senang! Ibu Ayah Boleh Jadikan Ini Sebagai Inspirasi

Ibu ini juga menambah, pergaulan dengan rakan-rakan apabila pulang ke rumah juga kena perlu dipantau selia. Maklumlah kawan-kawan yang lain lebih bebas dan tidak perlu hafaz Al-Quran bila dirumah, maka akan mengajak si anak bermain game dan sebagainya. Hal ini perlu dipantau oleh ibu ini supaya anak sentiasa fokus, tidak lalai dan berdisipin. Katanya dia bersyukur kerana mengenali  semua rakan-rakan anaknya. Jika Ashriel dan rakannya ingin bermain game, mereka perlu mematuhi had masa sudah ditentukan agar hafazan tidak diketepikan.

Azizah Ariffin Kongsi Cara Besarkan Seorang Huffaz. Bukan Senang! Ibu Ayah Boleh Jadikan Ini Sebagai Inspirasi


Jangan lupa tonton Pa&Ma minggu ini yang membincangkan tajuk “Tahfiz Cilik”. Perkongsian daripada para ustaz dan ibu bapa pelajar tahfiz akan memberikan info lanjut berkenaan topik menjadikan anak insan pencita Al-Quran.

Azizah Ariffin Kongsi Cara Besarkan Seorang Huffaz. Bukan Senang! Ibu Ayah Boleh Jadikan Ini Sebagai Inspirasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI