“Alhamdulillah, Nur Azura Yamani anugerah terindah daripada Allah kerana sudah lama saya menanti kehadiran cahaya mata perempuan sekali gus melengkapkan rumah tangga,” kata penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah ketika berkongsi berita kelahiran anak perempuannya, Nur Azura Yamani yang selamat dilahirkan pada petang Khamis lalu.
Menurut Jamal, 60, isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, selamat melahirkan anak perempuannya itu secara pembedahan di pusat perubatan swasta di Shah Alam.
“Isteri dimasukkan ke wad bersalin Rabu dan pada jam 5.35 petang (Khamis), pembedahan selamat dijalankan.
“Saya bersyukur isteri selamat melahirkan bayi perempuan kami yang sihat, putih melepak dan seiras wajah saya seberat 2.7 kilogram,” katanya kepada Harian Metro.
Nama Azura Paling Dekat Di Hati
Berkongsi pemilihan nama Azura, sebelum ini Jamal pernah berkongsi sebaik tahu jantina anak dalam kandungan isterinya terus terlintas nak berikan nama Azura.
Jelas Jamal nama itu dipilih kerana merasakan begitu dekat di hatinya sejak dahulu lagi apatah lagi turut mempunyai single popular berjudul Azura yang menjadi runut bunyi kepada filem Azura (1984)
“Saya namakan Nur Azura Yamani kerana nama itu begitu dekat dan sudah lekat dengan saya sejak dahulu lagi. Ke mana sekali pun, orang pasti akan kaitkan saya dengan Azura,” katanya.
Ads
Sanggup Bangun Tengah Malam Bantu Isteri
Menurut Jamal, harapannya untuk anak perempuannya itu adalah untuk melihat Nur Azura membesar menjadi anak yang solehah.
“Sebagai bapa, saya akan berikan dia pendidikan terbaik terutama hal berkaitan agama,” katanya ketika berkongsi perancangan untuk masa depan anak perempuannya itu.
Jamal mengakui berasa kekok untuk menjaga bayi pada usia sekarang.
Ads
“Maklumlah, sudah lebih 13 tahun saya tidak ada anak kecil. Anak kedua saya, Zaki kini sudah berusia 13 tahun.
“Namun, demi Nur Azura saya sanggup bangun tengah malam untuk membantu isteri menyusukannya dan menukar lampin,” katanya.
Ditanya sama ada dia merestui jika Nur Azura mengikut jejaknya menjadi anak seni, Jamal berkata, dia tidak dapat menghalang perkara itu daripada berlaku.
Ads
“Dua anak saya, Osama dan Zaki juga meminati bidang seni. Saya tidak menyokong atau menggalakkan mereka.
“Apa yang penting, mereka perlu menamatkan pelajaran hingga ke peringkat tertinggi dulu,” katanya.
Mengulas keadaan Zai Izzati pula kata Jamal, isterinya menjalani tempoh berpantang di kediaman mereka di Shah Alam.
Jamal berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13.
Lapisan putih dinamakan vernix caseosa berfungsi melindungi kulit bayi daripada jangkitan. Turut dijelaskan kenapa bayi tidak dimandikan selepas dilahirkan.
Vernix terbentuk secara semula jadi dari dalam rahim ibu. Ini sama sekali menolak mitos dalam masyarakat yang mengatakan ia adalah air mani suami.
Turut dijelaskan kenapa hospital tidak memandikan bayi selepas dilahirkan. Antaranya ialah hypothermia & jumlah kelahiran yang tinggi.
Keselamatan ibu dan anak lebih penting berbanding bau wangi bayi selepas dilahirkan. Bagaimana pun ia bergantung kepada protokol hospital dan budi bicara jururawat.
Vernix berfungsi menghangatkan tubuh bayi, sebab itu di hospital bayi hanya dibersihkan mata dan tali pusat sahaja. Kini jururawat juga tidak memandikan bayi semasa lawatan ke rumah.
Ramai ibu bapa yang inginkan gigi anak mereka cantik, sihat dan bersih. Namun tak ramai yang mementingkan pemakanan yang betul, cara penjagaan yang sebenar dan juga kualiti tidur yang baik buat anak mereka.
Tidak ada cara yang singkat untuk memastikan gigi anak cantik, bersih dan sihat tanpa penjagaan yang teliti. Bukan makanan yang sihat dan berkhasiat sahaja boleh rangsang pertumbuhan gigi anak anak untuk kekal sihat dan kuat.
Tapi, tidur yang cukup dan tidur yang berkualiti juga antara salah satu faktor pertumbuhan gigi dan gusi yang sihat bagi anak anak
Ia bermula dari ibu yang mengandung dari awal trimester sehingga melahirkan baby. Ibu kena dapat tidur yang berkualiti, tidur yang cukup dan tidur dalam keadaan tenang
Sebab, pertumbuhan gigi susu dan gigi kekal baby adalah seawal 6 minggu janin dalam kandungan ibu sehingga minggu ke 20
Jadi, ibu bukan sahaja perlu amalkan pemakanan dan diet yang seimbang. Tetapi, ibu perlu pandai kawal emosi, jaga kesihatan fizikal dan spiritual ibu semasa pregnant
Suami kena support dan faham keadaan isteri yang sedang pregnant. Suami wajib kawal emosi dan keadaan semasa isteri pregnant
Sebab tu, sebelum pregnant, suami kena tahu bagaimana nak kawal emosi sendiri, emosi isteri dan juga emosi bayi dalam rahim
Bukan senang nak jaga isteri yang tengah pregnant tau. Lagi lagi yang ada alahan, yang ada keinginan untuk nak makan itu dan ini, banyak dugaan semasa pregnant
Kalau tak tahan dengan dugaan dan cabaran yang perlu dilalui selama 9 bulan, suami jangan nak ngada-ngada bagi isteri pregnant, fikir dulu sebelum bertindak.
Walau pun di mana berada, ibu tetap ibu. Mendaki dan kembara dalam cuaca sejuk tidak mematahkan semangat ibu ini untuk terus memberikan susu ibu kepada anaknya. Aktiviti outdoor diperkenalkan sejak anak berusia 3 bulan memberikan kesan positif.
Puan Nabeelajay tetap memberikan ‘titisan emas’ susu ibu buat si buah hati, Cinta Nabeela, 1 tahun, walau pun sedang dalam pendakian dalam suhu yang sejuk. Suaminya, Muhamad Riduwan turut menyatakan rasa terharu melihat pengorbanan Nabeela dan turut berkongsi beberapa tips kembara dengan anak kecil.
Suhu negatif, anak menyusu ketika dia mahu/ lapar. Bukan boleh ikut jadual
Dalam masa 3-4 jam mesti menyusu 2-3 kali. Terharu sampai menitik air mata tengok isteri menyusukan anak on trek masa salji turun.
Cinta elok. Tak ada masalah acute mountain sickness (AMS) dan hypoxia ketika berada di altitud tinggi.
Nabeela sendiri mengakui ia bukan mudah. Dia pernah digigit anak semasa menyusu dalam cuaca sejuk me tetapi dia nekad memberikan Cinta susu ibu kerana mahu anaknya menerima kebaikan susu ibu yang menguatkan antibodi.
Sakit badan dan buka baju dalam cuaca sejuk -10 hingga -15. Anak pula menggigit masa menyusu.
“Pengalaman paling mahal & gila dalam journey breastfeeding setakat ni.”
Puan Nabeelajay yang dihubungi Pa&Ma turut berkongsi yang Cinta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti outdoor sejak berusia 3 bulan. Antara lokasi outdoor yang pernah disertai Cinta bersama mummy & daddy nya ialah Bukit Broga, Bukit Gasing, Chilling Waterfall KKB, Pulau Weh Acheh Indonesia ( ke tengah laut utk snorkelling ), Air Terjun Pria Laot Sabang Acheh dan perkhemahan 4 hari 3 malam di Air Terjun Jerangkang.
PERCUBAAN KE HIMALAYA
“Terkini ialah attempt ke Annapurna Circuit, Thorong La Pass di Himalaya, Nepal pada ketinggian 5400meter, tapi tak sampai disebabkan cuaca angin yang sangat kuat dan salji tebal. Cuma sampai ke ketinggian 3500meter di Manang.
INGIN MENAWAN GUNUNG FUJI
“Untuk training memang kami bawa dia hiking ke bukit-bukit kecil dan ajar dia biasa duduk dalam carrier masa berbasikal. Swimming 3 kali seminggu dan biasanya mandi tanpa air suam untuk prepare ke alpine. Insya Allah next kami akan attempt semula ke sana dan Gunung Fuji, Jepun.
SEMASA HAMIL
Semasa mengandungkan Cinta, Nabeela tidak berhenti melakukan aktiviti outdoor. “Masa preggy saya cuma byk berjalan. Hiking hanya bukit kecil di Phuket. Masa pregnant saya cuma ada kencing manis (gestational diabetes mellitus -GDM). Apa yang saya lakukan ialah kawal pemakanan dan monitor gula dalam darah serta memperbanyakkan senaman.”
PENGALAMAN BAWA BAYI BERSAMA
Beliau turut berkongsi pengalaman membawa Cinta bersama ke trip pendakian.
Bila sampai guesthouse Cinta bertenaga dan ajak untuk bermain. Mesti spend masa dengannya.
MANFAAT AKTIVITI OUTDOOR KEPADA ANAK
“Benefit kepada anak kalau bawa ke outdoor dan nature bagi saya ialah dapat mengelakkan penggunaan gajet dan ketagihan gajet pd. Mereka akan lebih tertarik nak explore nature dan benda-bendabaru semasa travel. Macam anak saya suka tengok jenis-jenis pokok yang jarang dia nampak, tengok sungai mengalir sambil kita boleh ajar tentang alam (pendidikan tidak formal). Nature membuat mereka aktif dari segi mental dan fizikal. Udara yang segar jauh dari pencemaran alam di bandar,” kata ibu ini.
Dalam masa yang sama ibu bapa boleh mengenal potensi diri anak. Mengetahui minat mereka tentang alam dan geografi serta sifat anak sama ada visual, auditory atau kinestetik. “Aktiviti ini juga dapat meningkatkan social skill anak dan mengeratkan hubungan keluarga. Anak membesar dengan sifat lebih peka dan sensitif.Bagi saya bawa ana-anak ke nature dan travel sangat bagus untuk perkembangan anak pada masa kini dan akan datang,” kata Nabeela.
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...