Sepanjang membesarkan anak, ada perkara-perkara yang selalunya ibu bapa terlepas pandang sehingga kita tak perasan ia juga doa yang ‘tak disengajakan’.
Selalunya ibu bapa akan berkata, rasanya apa anak nak semua dah bagi tapi kenapa degil dan sikapnya tak seperti yang diharapkan. Ingat dalam berbicara dan setiap yang keluar dari mulut ibu bapa itu dianggap doa.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Noraliza Alwi, bab besarkan anak; Ada 10 “Bahasa Dosa Dalam Berbicara”, menurut Dr. Azlina Roszy Mohamad Ghaffar Pakar Psikologi Klinikal, Hospital Pakar An-Nur.
Penyebab Anak Degil Dan Bermasalah Yang Perlu Dielakkan Ketika Bercakap Dengan Anak.
#1 Bahasa Melaknat
Contohnya, sumpah, maki hamun, menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang ditengking dan dimaki cenderung sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.
#2 Bahasa Menyindir (Sarcasm)
Contoh ayat; “
“Asyik-asyik mintak duit je”
Kamu ingat ayah ni kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang direct namun tidak mengguris.
#3 Bahasa Berdusta/Menipu
Contoh ayat;
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim.” (Tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.” “Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ads
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan untuk diamkan anak pada masa itu. Namun kesan panjangnya masuk dalam kepala hati anak, dan boleh membentuk emosi negatif pula.
Terbaiknya usahlah berbohong kepada anak. Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
#4 Bahasa Menemplak
Contohnya, “Padan muka.” “Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
#5 Bahasa Membandingkan
Contoh ayatnya;
“Cuba kamu tengok abang, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu ni, asyik nak main je.”
“Kenapalah kamu ni tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot je.”
Perbuatan melebihkan anak-anak tertentu (favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed.
Ads
Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak.
#6 Bahasa Mengkritik/Membebel
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri.
Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas janji mereka faham. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
#7 Bahasa Mengungkit
Contohnya, “Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pergi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga.”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
Ads
#8 Bahasa Mengugut
Contohnya, “Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.” “Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.” “Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”
Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan untuk terapkan disiplin.
#9 Bahasa Menuduh
Contohnya “Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti tadi kamu cuai masa main sampai tercicir.” “Kenapa adik menangis ni? Abang/kakak buat ya?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis.
Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
#10 Bahasa Bisu (Silent Treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan.
Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita perbaiki yang salah. InsyaAllah ❤️
Membesarkan anak-anak yang aktif bukan mudah. Sama seperti pelakon cantik manis, Puteri Sarah Liyana yang turut berkongsi pengalaman membesarkan dua cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Tambahnya lagi, dia merasakan seperti mampu untuk menjaga anak-anak sendiri namun mengakui bukan mudah dan kadang kala terasa penat.
“Letih… siapa kata tak letih..”
“Sometimes kita rasa boleh tapi sometimes penat juga nak jaga 2 kids yang super active”
Puteri Sarah juga terpaksa menegur kelakuan anak-anak supaya anak-anak dapat menjadi insan yang berguna kelak.
“Kadang-kadang kena tegur dan marah anak untuk disiplinkan mereka sebab sarah taknak nanti bila besar anak-anak jadi tak elok”
“Sumayyah baru lepas cry after kena tegur dengan mama…”
“Abanglah pengubat hati adik, abanglah yang pujuk adik”
“Bila mama marah bukan mama tak sayang tapi mama nak bentuk peribadi & akhlak anak-anak dari kecil. I love u both more than i love myself”
Rata-rata warga maya bersetuju dengan luahan Puteri Sarah dan turut memberi pendapat masing-masing.
Alahai.. biasalah budak-budak. Memang susah nak bangun pagi. Diorang dah biasa dari bayi lagi, kita (mak ayah) bangun pagi senyap senyap takut bising nanti anak terbangun. Masa hantar kat pengasuh pun anak masih tidur lagi.
ANAK LIAT NAK BANGUN PAGI
Memang meroyan la budak tu bila tak biasa bangun pagi, tiba-tiba kita paksa bangun awal pagi. Huru hara dibuatnya, melalak macam kena pukul!
Relax, kita semua senasib!
Dulu annur rania pun liat bangun pagi. Kejut cara baik pun melalak, kejut guna rotan pun melalak. Hari-hari lambat sampai kerja.
Tu dulu..
Sekarang rania dah ‘improve’, bangun pagi tak melalak dah. Senyum je. Dah pandai mandi sendiri. Senang kerja mama papa.
Trick dia macam ni sebenarnya,
1. Pastikan waktu tidur anak tu betul cukup. Kanak-kanak perlukan sekurangnya tidur 10 jam sehari. Macam rania saya pastikan dia tidur waktu tengahari dan malam. Kalau ‘miss’ tidur tengahari malam tu mesti meragam.
2. Keperluan fisiologi anak mesti dipenuhi. Makan, minum, bermain dan perhatian ini antara keperluan fisiologi kanak-kanak. Kurang je salah satu tidur malam jadi tak lena. Itu punca anak ngantuk walaupun dah tidur 10 jam.
3. Tidurkan anak dalam keadaan emosi yang tenang. Sebelum nak tidurkan anak elakkan situasi marah atau terlalu gelak ketawa. Kerana ini hanya akan membuat mata anak segar. Bila emosi tak tenang hormon stress akan menyerang. Alamatnya kena tunggu reda baru boleh lelap mata tu.
4. Suasana bilik tidur mesti selesa dan menenangkan. Kurangkan perabot dalam bilik sebab perabot ni hanya akan buat suasana bilik rasa sempit. Bila tempat tidur selesa nak tidur pun senang.
5. Bila tidur dah cukup, nyenyak dan selesa, baru kita boleh kejut anak bangun dengan senang. Cara saya kejut :
>> Bangun lebih awal 30 minit
>> Buka lampu dalam bilik
>> Buat bising macam kemas katil, lipat selimut
>> Cubaan kejut kali pertama guna suara dominan “annur rania bangun dah pagi” ( sebut 3 kali )
>> Tunggu 1 minit
>> Kalau tak bangun terus angkat, gosok belakang dada sambil bisik, rania bangun ye dah pagi
>> Terus bawa bilik air, mandi terus.
Masa awal awal dulu susah juga. Dah angkat masuk bilik air dia lari balik naik atas katil. Menyirap je kena dukung sekali lagi.
Tapi apa boleh buat sabar je la. Konsisten buat setiap pagi. Lama-lama nanti anak akan jadi biasa.
Yang penting kita jangan hilang cool. Anak tak melalak jangan kita pula yang melalak. Tak baik sebab pagi kan waktu nak jemput rezeki.
Sumber: Mohd Fhais
p/s : Silakan kongsi post ini dengan orang lain juga supaya lebih ramai yang dapat manfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cabaran mendidik anak-anak hari ini besar cabarannya buat ibu bapa sekarang. Ramai ibu bapa selalu mengeluh anak sekarang mudah mengamuk, melawan cakap, degil, asyik bergaduh dan macam-macam lagi.
Tahu tak bila ibu bapa selalu mengeluh, itu sebenarnya doa yang kita cakap pada anak tanpa sedar. Jadi lama-lama anak kita itu akan jadi seperti apa yang selalu kita beritahu bila marah mereka.
Tak cukup dengan itu ramai ibu bapa akan rasa down sehingga akhirnya anak selalu jadi mangsa ‘kemarahan’.
Bagi membantu ibu bapa membesarkan anak dengan lebih tenang, sebenarnya ada beberapa teknik dan cara boleh dilakukan ketika dengan anak lelaki dan anak perempuan supaya menjadi anak penyejuk hati.
CARA BERBEZA & BERKESAN TITIP PESAN DEKAT ANAK LELAKI & PEREMPUAN
Melalui perkongsian dari akaun Tiktok @linas198, dia berkongsikan beberapa tips untuk ibu bapa amalkan semasa bercakap atau memberi pesanan bila dengan anak lelaki dan perempuan supaya apa yang ibu bapa cakap anak akan ingat sampai bila-bila.
Menurutnya, apabila bercakap menitipkan pesanan kepada anak lelaki, adalah disarankan untuk bercakap secara ‘direct’ dan tidak perlu berkias-kias ketika membisikkan ke telinga.
Lumrah bagi lelaki mereka tidak faham bahasa kiasan. Selepas memberi pesanan secara terus tersebut, apa yang ibu ayah boleh lakukan adalah peluk dan usap belakang kepala anak lelaki tersebut.
Berbeza pula dengan anak perempuan ketika ibu ayah menitipkan pesanan adalah anda perlu memandang matanya.
Hal ini kerana menjadi lumrah seorang perempuan menganggap apabila dilihat menerusi mata adalah bermaksud ibu dan ayahnya memberi perhatian yang penuh kepadanya.
Kemudian, peluk dan usaplah di bahagian belakang kepala anak kerana itulah ‘soft spot’ untuk anak-anak lebih mudah mendengar kata.
Kredit: Tiktok @Fazlina (@linas198)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu kisah yang mengejutkan dan membuka mata ramai ibu bapa mengenai kepentingan pemakanan seimbang untuk anak-anak. Seorang pelajar darjah 2 dilaporkan mengalami buta sepenuhnya...