Mengharapkan anak membesar dengan emosi, psikologi dan tingkahlaku yang positif mesti bermula dengan menanam saham (deposit) sedikit demi sedikit dari awal. Barulah berbelas tahun kemudiannya kita boleh ‘withdraw’ keuntungan kita. Kalau kita tak pernah deposit apa-apa, jangan mengharap dalam akaun ada ‘baki’ yang menguntungkan.

Sebab itulah cara kita mendidik anak-anak penting. Harapkan anak membesar dengan tingkah laku yang elok tapi kegagalannya dari ibu bapa.

Boleh tengok masalah anak yang dah meningkat remaja seperti murung, risau, marah, tak nak ke sekolah, kawan budak nakal, menipu, ponteng, seksual, sosial, ketagihan, buli dan seangkatan dengannya – semua ini produk akhir. Di awalnya mesti banyak cerita latar yang menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

IKLAN

Bab Didik Anak Tak Boleh Nak Samakan Zaman Kita Dulu Dengan Anak-Anak Sekarang

Berikut perkongsian dari Pakar Psikologi, Dr Rozanizam Zakaria mengenai apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan emosi anak terus positif dan menjadi anak terbaik dalam kalangan yang terbaik.

IKLAN

Bagaimana deposit emosi pada anak-anak dari awal?

  1. Cuba sebaik mungkin faham sudut pandang dia. 
    Jangan terlalu mementingkan diri dengan menganggap apa sahaja sudut pandang kita, itulah yang betul dan tepat baginya. Cuba buat dia percaya apa yang penting bagi dia, penting juga bagi kita. Apa yang penting bagi dia? – itu yang kita kena cuba duduk dan cari jalan untuk faham. Jadi pendengar yang baik. Zaman ‘I am always right, you better listen to me!’ sudah berakhir. Perubahan zaman menjadikan kaedah ‘abah dulu atuk kau buat camni je..’ tidak semestinya berkesan.
  2. Tolong perkara yang kecil, buat kebaikan yang sedikit, hormati dia walaupun kecil. 
    Inilah antara saham-saham kecil yang biasanya keuntungannya membiak dengan cepat. Jangan jadi ayah atau ibu yang sekadar memnuhi keperluan asas. Jangan anggap cukup duit, cukup makan – ‘settle!’. Duduk dengan anak buat kerjas ekolah bersama, ajar dia tanam pokok, ajar dia baiki basikal, tolong buatkan minuman waktu dia belajar, tolong jahitkan tali beg yang koyak, dukung dia waktu dia demam…semua ini kecil pada kita, tapi jika kena gaya, masa dan keadaannya, inilah memori yang akan kekal dalam mindanya sampai bila-bila. Kebaikan ayah dan ibu yang menjadi penolak kepadanya untuk mendoakan kita bila kita tiada.
  3. Disiplin dengan komitmen kita. 
    Jangan berjanji apa yang kita tahu kita tidak akan mampu penuhi. Jangan berbohong dan jangan mungkir janji. Kecil pada kita, mungkin besar pada kita.
  4. Pastikan ‘expectation’ kita jelas pada mereka. 
    Setiap kali kita mahukan merepa penuhi sesuatu permintaan, jelaskan apa yang kita harapkan – ‘clear dan explicit’. Generasi ini, generasi yang sukar memahami falsafah dan metafora. Itu hakikat yang kita kena terima.
  5. Jujur dan tunjukkan kejujuran kita. 
    Jangan bermuka-muda, jangan double-standard dan tunjukkan integriti kita sebagai seorang dewasa. Prinsip ‘do what I tell, not what I do’ adalah pelaburan yang pasti rugi. Anak-anak belajar dengan melihat dan memerhati kita.
  6. Mohon maaf jika salah. 
    Ketidak sempurnaan kita adalah sebahagian proses menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak. Jika salah, akui kesilapan dan perbetulkan keadaan.
  7. Bonding, bonding dan terus berbonding. Bina memori eksklusif dia bersama anda. Memori itu tidak semestinya mahal. Apa yang penting membina makna yang mengesani. Biarpun ia sekadar duduk bersama mencungkil tanah.

Bab Didik Anak Tak Boleh Nak Samakan Zaman Kita Dulu Dengan Anak-Anak Sekarang

IKLAN

Bila 7 pelaburan kecil ini kita lakukan secara berterusan, insyaAllah bila tiba masa kita nak ‘withdraw’ kebaikan dari anak-anak kita mudah. Nak minta mereka lakukan perkara yang sama pada kita dan orang lain juga mudah.

Sumber: Dr Rozanizam Zakaria

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI