Bab Membesarkan Anak, Tiada Ibu Gagal. Cuma Allah Bagi Ujian Itu, DIA Sayang Kita!

Share

Bila tengok orang struggle besarkan anak jangan ringan mulut mengata tapi ringankan tulang, tolong apa yang patut.

Ada ibu yang Allah anugerahkan cahaya mata yang mudah dijaga. Periang, tak meragam, mudah ketawa dan pandai main sendiri.

Ada juga ibu yang Allah anugerahkan cahaya mata yang banyak menguji kesabaran.
Pantang ibu letak, menangis.

Pantang tak nampak ibu, mengamuk.
Pantang orang lain sentuh, meragam.
Dua dua ibu bukan ibu yang tak baik.
Dua dua ibu bukan ibu yang tak pandai jaga anak.
Dua dua ibu bukan ibu yang gagal.

Cuma rezeki masing-masing mempunyai anak personaliti, karakter, kemampuan regulasi emosi, keperluan perhatian, stimulasi sensori yang berbeza.

Please stop kita bandingkan anak-anak high demand dengan anak easy going. Betapa ritihnya perasaan seorang ibu bila digelar tak pandai jaga anak, dan dilabel macam-macam oleh mulut orang yang tak memahami dan membandingkan anaknya.

Pedih, kecewa dan perit. Percayalah, Allah tidak pernah menghantar seseorang yakni anak penghuni rahim dalam kehidupan tanpa tujuan dan asbab yang jelas atau sia-sia. Yang penting ibu ibu sayangi anak-anak mereka dan hiasi mereka walaupun ada kalanya terluah pelbagai emosi dan pengalaman yang berbeza. Namun tetap tak menjadikan mereka ibu yang gagal.

Anak-anak merupakan amanah Allah dan tangan kecil itu akan memimpin ke Syurga. Syurga pula tinggi nilainya, jadi inilah harga pengorbanan yang harus kita lakukan untuk meraihnya.

Sehebat mana pun kita dalam membesarkan anak, tak perlu rasa angkuh dan megah. Tak perlu nak mendabik dada dan bandingkan kita dengan orang lain. Rezeki itu milik Allah, setiap orang rezekinya lain-lain. Cukup kita bersyukur dengan apa yang kita miliki. Okay?

Kredit: Hanis Athirah Rusli

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy