Bab rezeki ni bukan kerja kita. Kerja kita sebagai hamba Allah perlu berusaha dan berikhtiar. Dalam usaha dan ikhtiar perlu cari KEBERKATAN! Jangan sekadar usaha dan ikhtiar sahaja semata-mata.
Menerusi perkongsian Imam Muda Hassan, bila di dalam usaha ada keberkatan, di situ akan ada KEREDHAAN Allah! Part ni banyak orang abaikan.
Jangan Kedekut Dengan Isteri Dan Anak-Anak
Salah satu cara mendapatkan keberkatan ialah dengan menggembirakan isteri dan anak-anak. Bila isteri dan anak-anak gembira, ia akan menjemput keredhaan Allah hadir dalam hidup kita.
Mungkin ramai yang tidak perasan, sebenarnya isteri dan anak-anak adalah Pintu rezeki yang sangat Powerful!
Kalau kita faham tentang rezeki, pasti kita akan menghargai sangat-sangat anak dan isteri kita kerana kehadiran mereka sebenarnya telah membawa 1001 rezeki yang tidak disangka-sangka dalam hidup kita sebagai seorang suami ataupun ayah.
Buktinya?
Cuba lihat kehidupan kita sepuluh tahun dulu dengan kehidupan kita pada hari ini.
Dulu naik motor, sekarang sudah berkereta. Dulu berkereta kecil, sekarang sudah berkereta besar. Dulu menyewa bilik kecil, sekarang sudah ada rumah yang selesa.
Bukankah kehadiran mereka telah menjadikan kehidupan kita semakin baik?
Pernah tak dengar orang tua-tua kata, “rezeki anak ini tidak akan pernah putus. Sentiasa ada sahaja. Kadang tidak disangka, rezeki itu datang tanpa dicari dan tanpa dipinta pun”.
Saya selalu cakap dengan anak-anak, doakan kebaikan untuk Abi dan Umi selalu, sebab teman tahu mereka ini adalah anak-anak yang suci bersih tanpa dosa.
Jangan terlalu berkira dengan perkara-perkara ini:
1. Makan minum isteri dan anak-anak. Bila mereka kenyang, seorang suami atau ayah akan beroleh pahala yang besar kerana menunaikan nafkah untuk mereka.
2. Hadiah. Selalulah berikan hadiah pada mereka. Bukanlah setiap hari, ikutlah waktu yang sesuai. Sabda Nabi SAW, “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai” (Al-Bukhari)
3. Keperluan harian. Ia juga sebahagian daripada nafkah seorang suami atau ayah terhadap ahli keluarganya.
4. Pendidikan. Jangan takut untuk buat pelaburan ilmu. Cuma seimbangkan ilmu dunia dan akhirat. Jangan hanya hanya ilmu keduniaan sahaja.
5. Perlindungan. Buatlah perancangan yang baik untuk keluarga, termasuk perlindungan untuk isteri dan anak-anak. Jangan terlalu berkira-kira. Suami atau ayah akan terus bahagia bila isteri dan anak-anak kekal sihat. Kata Nabi SAW, “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (Al-Bukhari)
Semoga Allah SWT meluaskan dan melimpahkan para suami atau ayah sekalian yang membaca tulisan ini. Allahumma Amiin.
Kredit: Imam Muda Hassan
Perbaiki Diri
#jiwatenang yang tentukan, rezeki anak-anak Allah dah tentukan. Kenapa kita nak ambil alih kerja Tuhan?”
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI