Bab Sikat Rambut Anak Selalu Buat Mama Stress, Lagi-Lagi Ikal & Kerinting, Kusut Semacam!

Share

Bab anak malas mandi, tak mahu makan tidak sama cabarannya menguruskan rambut anak perempuan yang kusut selepas mandi. Lagi-lagi jenis rambut yang ikal dan kerinting. Adakalanya buat mama stress kerana terpaksa mengambil masa yang lama menguruskannya.

Kesabaran ibu adakalanya tercabar. Namun bukan ibu sahaja, anak sendiri rasa tidak selesa dan sakit jika diuruskan terlalu lama. Semuanya buat mama hilang sabar. Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Aisyah Rozalli yang turut sama melalui pengalaman ini berkongsi tipnya untuk memudahkan kerja menyikat rambut.


Cabaran Urus Rambut Anak Perempuan Yang Kerinting.

(Baca ni kalau anak perempuan korang rambut kerinting) Saja.

Harini terasa nak share struggle nak uruskan rambut anak perempuan seorang ni. Cantik kan rambut curly ni? Tapi..nak uruskan, jenuhnyaaaa lahai.

Setiap pagi, saya akan ambil masa dalam 20 minit nak uruskan rambut dia aje. Kalau dia shampoo rambut pakai sabun mandi, lagi kering rambut dia jadinya, lagi bergumpal, saya kena ambil masa 30 – 45 minit nak leraikan rambut dia je.

Sebelum tu, nak share sikit tentang perkembangan self-esteem anak-anak ni. Especially anak perempuan. Keadaan fizikal, akan jadi salah satu dari perkara yang akan tarik esteem diri anak ke bawah. Betul, kita tak utamakan keadaan fizikal.

Yang penting, anak ada keyakinan diri, dan build up skills dalam hal-hal yang lain. Tapi, sedikit sebanyak,deep down, tetap akan effected.

Saya membesar dengan membina keyakinan diri dengan menguatkan kemahiran bahagian lain, sebab keyakinan kepada ciri fizikal diri takdak. Honestly, deep down… Struggle tau.

 

Masa nak kahwin, struggle dengan diri sendiri. Rasa nak jadi bidadari suami tu, bukan saya lah. So, bila saya direzekikan anak perempuan, saya tak nak anak saya rasa apa yang saya rasa.

Saya usaha sedaya upaya untuk uruskan diri dia sebaik mungkin, dan didik dia uruskan diri dia sebaik mungkin.
(Cuma, kadang waktu memerap kat rumah time PKP duduk dalam aircond tak berpeluh, mandi sehari sekali tu, buat tak perasan je lah)

Rambut kerinting ni ada beberapa pantang:

1. Pantang sikat masa kering (sakit tau!!!)

2. Pantang shampoo hari-hari (nanti jadi keriingggg sangat)

3. Pantang berpanas teramat (nanti dia kering dan lagi susah nak urus)

Nak sikat atau uruskan rambut anak yang kerinting ni, sikat lepas mandi. Bila kita dah sikatkan rambut dia lepas mandi, dah hilangkan gumpalan besar penumbuk yang ala-ala dreadlock tu, nanti sepanjang hari, kalau tiber ada orang rajin nak ikatkan rambut dia ke, nak sikatkan ke, tidaklah teruk sangat.

Kalau anak kita rambut jenis wavy-wavy manis gitu, takde masalah. Sebab rambut diorang kurang bergumpal. Kalau jenis kerinting banyak sikit, memang sangat senang bergumpal. Kalau boleh, kurangkan ikat rambut anak. Supaya curl dia boleh cantik je nampak sampai ke petang.

Tapi, kalau waktu musim panas, susah sikit nak nampak curl dia cantik. Sebab rambut kerinting ni sensitif sangat dengan panas. Dia akan nampak kering sangat. So, biasanya kalau waktu panas, saya memang ikatkan je rambut anak.
Kesian.

Bila panas, rambut akan terasa tajam-tajam, kat area curl dia. Tak selesa. Haa.

Cara uruskan rambut kerinting anak.

Dekat caption pada gambar, saya ada share rutin saya uruskan rambut kerinting anak saya.

Biasanya saya akan sikat satu bahagian demi satu bahagian. Saya akan asingkan rambut anak sikit-sikit dan sikat dari kanan ke kiri. Saya asingkan dan sikat sikit-sikit supaya anak saya tak sakit bila saya sikat bahagian rambut yang kusut tu. Belah kiri tu rambut sebelum sikat ya. Boleh nampak dreadlock nya.

Ni dah separuh jalan siap sikat. Boleh nampak rambut dia sebenarnya panjang. Kiri belum sikat, kanan dah sikat.
Lain kan?

Ni lepas siap sikat semua. Eh? Berubah jadi lurus ke? Jangan tertipu tuan puan. Nampak yang kanan tu dah start tunjuk curl dia?

Ni bila rambut dia dah kering. Rambut kerinting ni cepat sikit kering. Nampak kan pembentukan curl semulajadi dia tu?

Kadang, baru siap sikat, kusut balik kat curl tu. Tapi, takpe. Memang sifat curl begitu. Dia akan melingkar antara satu sama lain dan berpelukan. So, normal untuk dia ada sikit-sikit knot atau kusut tu.

Gitulah rupa beliau bila rambut siap sikat. Kang dia main lasak-lasak lompat sana sini kang, haruslah rambut dia ke sana ke sini semula. Tapi, dah lebih mudah uruskan sebab dah sikat selepas mandi ni.

Ni krim rambut yang efektif untuk rambut Aufa Hani. Himalaya tu saya sapu masa rambut tengah lembab basah sebelum sikat. Yang pink pepper tu mak dia punya patutnya. Tapi, tak sesuai. Maka, bagi lah kat anaknya. Dia pakai lepas siap sikt semua.

Nanti boleh share kat ruang komen macam mana korang pula uruskan rambut anak perempuan korang yang curly.

Kot lah boleh jimatkan masa mak dia ni nak sikat rambut anak hari-hari doploh minit kan.

#AisyahRozalli

Menarik: Anak Kerap Tengok HP Mudah Jatuh Sakit, Ini Penyebabnya, Jika Tahu Kita Akan Risau

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM