Keibubapaan

“Baby Alhamdulillah Sihat” Leeyana Rahman Lega Nak Masuk Trimester Kedua, Idam Dapat Anak Lelaki!

Share

Pempengaruh dan usahawan berjaya, Leeyana Rahman berharap agar kehamilan kali ketiga ini punya rezeki untuk menimang cahaya mata lelaki.

Leeyana atau mesra di sapa Yana berkongsi perkembangan terkini kandungannya yang kini masuk usia 12 minggu di Instagramnya.

Tambahnya lagi, kandungannya berada dalam keadaan baik dan sihat malah mengharapkan rezeki untuk menimang cahaya mata lelaki.

Tambahnya lagi, dia paling bersyukur kerana bakal memasuki trimester kedua dan paling utama alahan yang dilaluinya juga bakal berkurangan.

“Alhamdulillah hari ni kandungan dah 12w4d. Baby pun alhamdulillah sihat. Lagi beberapa weeks alahan nak berakhir.

“Mudah mudahan kali ni baby boy, nanti besar boleh jaga mama dia hehe,” tulisnya di Instagramnya.

Yana yang turut memuat naik gambar imbasan ketika pemeriksaan bulanan itu turut memohon agar kandungannya dalam keadaan baik-baik sahaja.

“Thank you semua yang mendoakan kandungan i. Doakan yang baik baik, selebihnya i serah pada Allah ❤️,” tulisnya lagi.

 

IKLAN