Biarpun bukan menyambut kelahiran anak sulung, namun keterujaan untuk menantikan cahaya mata baru sudah semestinya menggembirakan.
Bagi pelawak dan usahawan berjaya, Shuib dan Siti Sarah, keterujaan mereka untuk menyambut bayi keempat mereka tahun ini sememangnya memberikan seribu satu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Menerusi Instagramnya, Shuib mengakui dia cukup teruja biarpun ini adalah anak keempatnya. Kata Shuib, hatinya berbunga-bunga selepas pemeriksaan bulanan isterinya.
“Alhamdulillah, antara perasaan yang indah, hati yang berbunga-bunga adalah balik dari check up baby.
“Tadi baby belanja hisap jari.
“Ya Allah comel sangat. Semoga menjadi anak soleh dan sihat selalu. Amin @sitisarahraissuddin,” kata Shuib berkongsi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Shuib dan Sarah tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan mendoakan agar kelahiran anak keempat pasangan ini dipermudahkan.
Malah tidak kurang juga yang meneka bayi keempat pasangan ini adalah bayi lelaki.
“Yeayy!! It’s a boy!! Congrats guys!! Semoga dipermudahkan.”
“Alhamdulillah tahniah @sitisarahraissuddin & @shuibsepahtu semoga dipermudahkan segalanya aamiin ya rabb jaga diri baik-baik.
“Baby boy!
Terdahulu, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan kini mempunyai tiga orang cahaya mata, Uwais Al Qarni, Dzahira Talita Zahra binti Shahmira dan Ariq Matin.
Menarik: Matin U Dapat Adik, 6 Tahun Tunggu, Menjerit Satu Rumah Dapat Tahu Siti Sarah Hamil
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @shuibsepahtu & @sitisarahraissudin