Biarpun sebelum ini Izreen Azminda dan suaminya, Ude Wahid terpalit dengan pelbagai kontroversi namun mereka tidak menjadikan keadaan itu sesuatu yang sukar dalam perkahwinan.
Malah masing-masing mengambil sikap profesional dan terkini nampaknya kehidupan pasangan ini bertambah bahagia dan sedang menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.
Perkongsian terbaru Ude Wahid di instagramnya menunjukkan dia ada berkongsi gambar scan bayinya yang kelihatan senyum dengan kapsyen yang ditulis Baby belanja senyum untuk mama dan baba.
Sementara itu, di laman Instagram Izreen pula, mamanya macam tak percaya lagi beberapa bulan bakal bertemu babyA
Kejap je awak dah nak masuk 6 bulan. Akhirnya #babyA nak juga tunjuk muka..
Menggunakan hashtag babyA peminatnya berteka-teki kemungkinan Izreen dan Ude memilih untuk meletakkan nama bayinya nanti dengan pangkal A.
Peminat pasangan ini turut mengucapkan tahniah dan berharap urusan bersalin nanti dipermudahkan.
Sumber: Ig Izreen Azminda dan Ude Wahid