Baby Boy! Adira Selamat Timang Cahaya Mata Kedua. Doktor Nasihat Berehat Dulu Seketika

Share

Penyanyi Adira Suhaimi, selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.8 kilogram secara pembedahan di pusat perubatan di Sungai Buloh pagi tadi.

Sebuah foto yang dimuat naik penyanyi ini di laman Instagram dengan kapsyen ringkas “Alhamdulillah…” telah dihujani ucapan tahniah atas kelahiran anak lelaki bagi pasangan Adira dan suami, Datuk Red.

Menurut laporan Metro, Datuk Red menjangkakan isterinya itu akan bersalin awal seminggu daripada tarikh jangkaan doktor.

Adira dimasukkan hospital 8 pagi tadi. Selepas menjalani pemeriksaan, sudah terdapat bukaan. Namun, doktor memaklumkan perlu menjalani pembedahan kerana anak dalam kandungan besar.

Doktor tidak mahu mengambil sebarang risiko. Tambahan pula, Adira bertubuh kecil. Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk melalui proses pembedahan sekali lagi.

Berehat dahulu

Apa yang penting, semuanya berjalan lancar. Isteri dan anak dalam keadaan sihat. InsyaAllah, Adira akan berada di hospital dalam dua atau tiga hari lagi.

Memandangkan anak pertama dan kedua dilahirkan secara pembedahan, jadi doktor menasihatkan agar berehat dulu. Lagi pun, Adira masih muda. Insya Allah, kalau ada rezeki tidak ke mana.

Doktor perubatan menasihati Datuk Red untuk isterinya itu berehat daripada hamil. Ini kerana Adira sudah pun bersalin dua kali menggunakan kaedah pembedahan.

Adira dan Datuk Red telah berkahwin pada 3 Disember 2015 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini, Anggerik.

Sumber: Metro & Adira Suhaimi

Published by
Wan Amy