Bila berbicara soal penyusuan susu ibu, pasti ada sahaja ibu-ibu baru yang dimomokan dengan perkara ‘mitos’ tentang penyusuan.

Hal ini memang sudah lama berlegar-legar dalam kalangan masyarakat kita. Kaunselor Laktasi, Puan Naseeha Sakinah tampil memperbetulkan tanggapan salah tentang penyusuan susu ibu. Ikuti 15 mitos penyusuan susu ibu yang dikongsi oleh beliau.

Baby Boy ‘Lebih Kuat’ Menyusu Berbanding Baby Girl Hanyalah Mitos, Ramai Je Baby Girl Kuat Menyusu!

15 Mitos Penyusuan Susu Ibu:

1) Susu rumusan berkualiti tinggi SAMA je seperti susu ibu.

Tiada satu pun susu rumusan yang sama dan boleh menandingi kelebihan susu ibu yang mempunyai gabungan nutrien kompleks untuk bayi. Susu rumusan tidak mempunyai enzim, sel hidup dan antibodi yang boleh menguatkan sistem imun bayi.

2) Sebelah kanan “nasi”, sebelah kiri “air”.

Tiada istilah payudara sebelah kanan adalah nasi dan sebelah kiri adalah air. Yang ada ialah kedua-duanya menghasilkan susu awalan (foremilk) dan susu akhir (hindmilk). Mommies perlu menyusukan bayi dengan sebelah payudara sehingga bayi kenyang supaya bayi mendapat kedua-dua foremilk dan hindmilk. Susukan bayi dengan payudara yang sebelah lagi di sesi penyusuan yang berikutnya.

3) Cik B besar, susu banyak. Cik B kecil susu sedikit.

Saiz payudara langsung tidak mempengaruhi susu yang dihasilkan. Tidak kira kecil atau besar kedua-duanya boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz kecil atau besar tetap akan menghasilkan susu yang sedikit JIKA tidak mengikut konsep asas penyusuan yang betul. Jadi, saiz bukanlah faktor yang menentukan berapa banyak susu boleh terhasil.

4) Mommies yang mempunyai inverted/flat nipple tidak boleh menyusukan bayi.

Mommies yang mempunyai masalah inverted/flat nipple bukanlah dalam kategori ibu-ibu yang tidak boleh menyusukan, cuma mommies perlu berusaha lebih sedikit daripada mommies yang mempunyai normal nipple. Dapatkan nasihat dari Pembimbing Penyusuan/Kaunselor Laktasi bertauliah untuk mengetahui cara penyusuan yang betul dalam mengatasi masalah tersebut. Yang pasti mommies memang boleh menyusu!

5) Sakit ketika menyusu adalah normal.

Ini adalah tidak normal. Mommies yang menyusukan bayi tidak seharusnya berasa sakit dan kalau mommies sakit itu bermakna terdapat masalah perlekapan yang tidak sempurna. Lekapan (latching/attachment) yang sempurna tidak akan menyakitkan mommies ketika menyusu. Selain itu, check juga posisi dan pegangan yang betul supaya bayi selesa sewaktu menyusu dengan ibu.

IKLAN

6) Penyusuan susu ibu menyusahkan.

Tidak sama sekali. Malahan penyusuan susu ibu lebih mudah, selamat dan menjimatkan! Mommies tidak perlu menyiapkan bekalan dan peralatan penyusuan bila bayi ada bersama. Ianya lebih selamat kerana sudah terjamin ianya tidak terdedah kepada sebarang kontaminasi dan tiada peralatan seperti botol, puting dan sebagainya yang perlu disteril untuk menjaminkan kebersihannya. Penyusuan susu ibu juga boleh dilakukan dimana-mana tanpa perlu fikirkan penyimpanan, penyediaan dan tidak melibatkan kos.

7) Berat badan bayi tidak meningkat dengan baik kerana susu ibu kurang berkhasiat/tidak berkualiti.

Seperti yang telah disebut diawal tadi bahawa tiada susu rumusan yang dapat menandingi kehebatan khasiat susu ibu walaupun rupa susu ibu itu berbeza bagi setiap ibu. Terdapat beberapa faktor yang yang menyebabkan kurangnya peningkatan berat badan antaranya ialah teknik penyusuan yang salah akan menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang cukup, faktor genetik iaitu jika kedua-dua ibu dan ayah bayi mempunyai struktur badan yang kecil sudah tentu anak mereka juga bersaiz agak kecil dan mungkin terdapat faktor kesihatan yang perlu dirujuk kepada doktor untuk mengenalpasti masalah kesihatan bayi.

😎 Ibu menyusu minum air sejuk/ais, anak akan dapat selesema.

Ibu yang menyusukan anak dan minum ais tidak akan menyebabkan bayi mendapat selesema. Selesema adalah disebabkan oleh jangkitan.

9) Baby boy lebih kuat menyusu berbanding baby girl.

Ramai je baby girl yang kuat sangat menyusu dan berjaya menyempurnakan penyusuan sehingga 2 tahun.

10) Bayi baru lahir kerap menyusu sebab tak puas menyusu, susu sikit.

IKLAN

Ketahuilah mommies bahawa susu yang terhasil adalah mengikut saiz perut bayi yang sangat kecil di minggu pertama kelahirannya. Perut bayi juga akan mengembang seiring dengan umur dan pertumbuhannya sekaligus meningkatkan permintaan (demand) dan bekalan (supply) susu secara tidak langsung.

11) Bayi kerap buang air besar sebab susu ibu kurang berkhasiat.

Sifat susu ibu yang lebih mudah hadam jika dibandingkan dengan susu rumusan adalah yang terbaik untuk melatih usus bayi yang belum matang yang menyebabkan bayi yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu lebih kerap membuang air besar.

12) Susu awal yang terhasil sejurus selepas kelahiran adalah susu basi.

Susu awal yang terhasil pada hari 1-4 postpartum kelihatan pekat dan likat itu lebih dikenali sebagai kolostrum yang telah terhasil sejak kandungan berusia 16 minggu. Kolostrum merupakan imunisasi pertama bayi dan tidak akan dijumpai dalam mana-mana susu rumusan. Kolostrum akan menyaluti usus bayi dan bertindak melindungi bayi dari jangkitan dan menjaga kesihatan usus untuk jangka masa panjang. Sekiranya bayi dicampurkan dengan susu rumusan atau makanan lain sebelum berumur 6 bulan maka salutan tadi akan tertanggal. Maka dengan itu pentingnya penyusuan eksklusif (exclusive breastfeeding).

13) Bayi menyusu susu ibu perlu diberikan air kosong.

Bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air kosong sehingga berumur 6 bulan kerana lebih 80% kandungan susu ibu adalah air. Jadi, bayi tidak memerlukan air kosong untuk mengurangkan dahaga walaupun dalam cuaca yang panas.

14) Jangan menyusu ketika ibu demam, selesema nanti berjangkit ke anak!

Mommies seharusnya meneruskan penyusuan walaupun mommies tidak sihat kerana secara otomatik badan mommies akan menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan tersebut. Hebat kan?

IKLAN

15) Kita memang keturunan tak ada susu/susu sedikit. Tak payah susah-susah, standby je susu rumusan siap-siap.

Tiada istilah tidak boleh menyusu atas faktor keturunan. Penyampaian ilmu penyusuan yang tidak tepat dan sahih daripada orang-orang yang terdahulu kepada ibu-ibu yang baru melahirkan yang sebenarnya menyebabkan sebuah perjalanan penyusuan susu ibu itu gagal, bukan kerana keturunan. Kerana itu sokong dan sampaikanlah info penyusuan yang betul kepada ahli keluarga kita supaya kedua-dua ibu dan bayi memperoleh kebaikan dari penyusuan tersebut.

Sebenarnya banyak lagi mitos dan fakta penyusuan susu ibu yang mommy-to-be atau new mommies perlu tahu. Kalau mommies pernah dengar mitos selain diatas bolehlah kongsikan bersama ya!

Sesiapa yang nak share post ni dipersilakan, semoga lebih ramai mommies diluar sana yang dapat manfaat bersama.

Nak dapatkan lebih banyak tips dan info penyusuan, Jom follow FB group Feed by Momma !

Kredit: PC Naseeha Sakinah
Kaunselor Penyusuan

 

Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Baby Boy ‘Lebih Kuat’ Menyusu Berbanding Baby Girl Hanyalah Mitos, Ramai Je Baby Girl Kuat Menyusu!

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI