Kehamilan

“Baby Bump Dah Ada Tapi Malu” Netizen Puji Elfira Loy, Baby Bump Tu Aurat

Share

Pelakon, Elfira Loy menerusi instagramnya berkongsi sekeping gambar miliknya beserta kepsyen “Baby bump dah ada tapi malu”. Dia malu untuk berkongsi baby bumpnya kepada peminat.

Baca Selanjutnya:

Elfira Loy mendirikan rumah tangga bersama Khairol Farish Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan yang bergelar Datuk pada (1 Januari 2019) dalam sebuah majlis tertutup.

Do i look like a mother already ? ke more to like i’ve gained weight je lol. My baby bump starts showing already sebenarnya tapi yelah maluuu. So here’s my hiding the babybump ootd HAHA.

Rata-rata netizen memuji kecomelan Elfira ketika berbadan dua, berseri-seri. Ada juga yang memujinya kerana malu untuk menunjukkan baby bumpnya.

Baguslah, Baby Bump Tu Aurat

Auww Ibu Sangat

Memang perlu sorok pun sebab tu aurat juga

Muka nampak bambam sikit

Sebelum ini dia pernah berkongsi berita kehamilanya dan dia tidak menyangka rezekinya secepat ini dan dia bersyukur atas kurniaan yang diberikan.

“Alhamdulillah Kalau orang directly tanya saya, saya jawab je tapi saya akan jawab masih baru lagi macam sekarang ni saya lebih confident sebab baru je lepas check-up dan kita tengok baby sihat jadi alhamdulillah. Saya harap semua orang terus mendoakan saya selalu”

“Perasaan El sangat gembira dan tak sangka rezeki saya datang awal, saya baru kahwin 4 bulan dan rezeki ni datang, ini blessing dan salah satu doa saya termakbul dengan cepat jadi saya happy dan excited”

El tidak mengalami alahan kerana dirinya tak sedar sedang hamil ketika menjalani pengambaran. “Itulah cabaran paling kuat sekali kerana pada 1st trimester saya sedang menjalani pengambaran dua drama, dua telemovie dan memang sangat penat, El cuba kuat kerana kerja. Bila dan balik kerumah barulah El muntah-muntah teruk”

Elfira dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya pada hujung tahun ini. “InsyaAllah hujung tahun Due Date El dan El tak kisah sama ada baby boy ataupun baby girl. Bestlah kalau dapat perempuan tapi mana-mana pun El tak kisah”.

Published by
NuFa