Kehamilan

Baby Bump Itu Aurat! Suami Ingatkan Isteri, Ada Lelaki Suka Tengok Wanita Mengandung

Share

Baby bump itu AURAT! Memandangkan ramai yang belum tahu, atau terlepas pandang tentang ini, harap perkongsian ini membantu kita semua.

Para lelaki wajib tahu kerana kalian merupakan seorang anak, abang atau adik dan akan menjadi seorang suami, ayah yang bakal mendidik, menyampaikan perkara haq, sekaligus menjaga maruah kaum wanita seperti ibu, adik beradik, isteri dan lain-lain.

Wanita, lagilah wajib tahu. Menunjukkan bentuk baby bump di khalayak ramai atau public adalah sesuatu yang dilarang oleh kerana baby bump seorang wanita itu aurat.

Cuba kita fikir dengan teliti, perut adalah anggota yang personal, tidak layak dinikmati oleh sesiapa kecuali sang suami.

Ada lelaki yang suka tengok wanita mengandung dan sangat menikmati baby bump seorang wanita. Oleh itu sentiasa berhati-hati tentang gambar yang kita post ke media sosial.

InsyaAllah maruah terjaga dan tidak diratah oleh mata-mata yang memerhati. Wahai suami-suami, doa dan usaha banyak-banyak agar kita sebolehnya tidak tergolong dalam golongan lelaki dayus. Jika benar sayang isteri, tidak seharusnya kalian pamer maruah isteri yang kalian cintai.

Jom biasakan apa yang betul. Jom jaga maruah seorang wanita. Islam begitu menjaga wanita dan mengangkat darjat wanita layaknya seorang ratu. Jom cintai diri.

Walaupun ramai yang lakukan perkara ini, jangan hanyut dan terbuai emosi ya. Surround yourself dengan lingkungan yang mentaati Allah, insyaAllah dapat kuatkan semangat dan membantu dalam istiqamah !

We dont need to do it for the gram even if everyone else is doing it, cause our main purpose in this dunya is to obey Allah SWT.

Kredit: Dayanaamerda

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy