
Tahniah diucapkan buat pelakon cantik jelita, Puteri Aishah yang kini sedang hamil anak sulung.
Melalui media sosialnya, Puteri Aishah yang sedang bercuti ke Korea memuat naik videonya bersama suami sambil membuat kejutan ‘baby bump’yang semakin jelas kelihatan.
“The butterflies he used to give me turned into tiny feet, #comingsoon #babyloading,” tulisnya di kapsyen.
Hantaran isteri kesayangan, Muhammad Firdaus ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai malah turut dihujani dengan ucapan tahniah.
Terdahulu, Puteri Aishah mendirikan rumahtangga bersama Muhammad Firdaus yang merupakan seorang ahli perniagaan pada November 2021 yang lalu.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Klik : https://t.me/+ocjF2NSo9pFjNTU1
https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berat Naik Banyak Masa Hamil, Baby Mungkin ‘Besar’. Makan Boleh Tapi Kena Kawal

Ibu hamil biasanya kurang peka dengan diet sihat yang perlu diikuti sepanjang tempoh mengandung. Kebanyakan ibu akan makan mengikut nafsu. Akibatnya berat badan akan naik mendadak dan berpotensi untuk menghidap diabetes.
BERAPA BANYAK SEPATUTNYA BERAT NAIK?
Bagi memudahkan anda untuk memahami formula kenaikan berat badan ketika hamil, lihat info ini. Secara ringkas berat badan ibu hamil harus naik sebanyak:
Bagi wanita yang mempunyai BMI normal sebelum mengandung, jumlah peningkatan ketika trimester pertama adalah 5.2kg. Jumlah peningkatan yang baik setiap minggu adalah 0.40kg.
MANAKALA ibu yang hamil anak kembar pula perlu mendapatkan jumlah kenaikan berat badan antara 15kg – 20kg sepanjang tempoh mengandung iaitu lebih kurang 0.68kg seminggu.
Sebenarnya kenaikan berat badan semasa hamil berbeza mengikut BMI seorang wanita sebelum hamil. Namun secara keseluruhanya (bagi wanita BMI normal) adalah 11.5kg – 16kg.
KENAPA BERAT BADAN BOLEH NAIK?
Pertambahan berat badan yang naik mendadak adalah berpunca dari pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, gula, dan berkalori tinggi tanpa kawalan. Ada pendapat yang mengatakan faktor genetik menjadi penyebab kenaikan berat badan ibu hamil, namun tiada hasil kajian yang menyokongnya.

Semasa pemeriksaan bulanan dilakukan ke atas ibu hamil, doktor akan menyarankan ibu untuk minum air gula jika didapati beratnya naik terlalu banyak. Fungsi air gula adalah untuk mengetahui sama ada ibu mengandung itu menghidap gestatinal diabetic mellitus (kencing manis ketika hamil) atau tidak. Jika penyakit ini dapat dikesan dari awal, pemantauan kesihatan akan dibuat dengan lebih ketat dan si ibu akan diberikan diet seimbang yang harus dia ikuti.
Baca Juga:
“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah
Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!
“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!
RISIKO BERAT BADAN NAIK MENDADAK
Jika tidak diberi perhatian, ibu hamil mungkin menghidap kencing manis dan darah tinggi tanpa sedar. Si ibu akan berisiko untuk melahirkan melalui pembedahan atau bayi dalam kandungan bersaiz besar. Jika bayi terlebih berat, dia juga berkemungkinan menghidap hypoglycaemia (kurang glukosa dalam darah).
JAGA PEMAKANAN
Bagi mengelak berat badan naik secara mendadak adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak, berminyak, banyak gula dan tinggi kandungan kalori.

Selain itu, si ibu perlu belajar untuk mengawal porsi makanan yang diambil. Susunan waktu makan yang teratur juga boleh membantu untuk mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak.
Apakah Pecahan Berat Badan Ketika Hamil? Adakah Semuanya Berat Ibu Dan Anak?
Tidak. Pecahan berat badan ini adalah pada bayi (3.55kg), uri (0.67kg), air ketuban (0.896kg), payudara (0.448kg), darah (1.34kg), cecair (3.2kg) dan pengembangan rahim (1.12kg).
Tiada diet yang terperinci ketika sedang mengandung, si ibu hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan memastikan setiap pemakanan yang diambil seimbang dengan porsi yang sederhana.
Pengambilan susu tidak menyumbang kepada peningkatan berat badan. Berat badan boleh naik jika anda minum susu bersama makanan yang tidak sihat. Jadi janganlah risau untuk minum susu ketika hamil kerana khuatir pertambahan berat badan.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Harap Isteri Hamil Lagi Tahun Hadapan Waktu Raya, Warga Maya Nasihatkan Fizo Omar

Perkongsian aktor, Fizo Omar berhubung gambar hari raya bersama anak-anak dan isteri yang sarat mengandung telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen.
Menerusi posting Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 38 dia telah menyertakan kapsyen menyatakan yang isterinya sudah dua tahun berturut-turut hamil ketika hari raya.
Raya tahun lepas (2022) tgh sarat mengandung Khaleeda dan tahun ni (2023) pun tgh sarat dah masuk 37 minggu dah.so kiranya anytime from now lah.
Alhamdulillah rezeki tak diduga dari Allah buat abe joe n Faz.and ofcoz Cik Yam yg paling happy dpt 1 tahun 2 adik,” tulisnya.
Dia yang menikahi Fazeera pada Oktober 2021 turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri tersayang di atas perjuangannya mengandung dan melahirkan cahaya mata mereka, Wan Khaleeda ketika masih belajar serta sedang bekerja.
Walau bagaimanapun, nota kaki yang ditinggalkan Fizo telah mendapat komen negatif daripada netizen yang beranggapan pelakon itu tidak peka dengan kondisi kesihatan isteri kerana seolah-olah mahukan seorang lagi anak pada tahun hadapan seperti dua tahun berturut-turut ini.
“Tahun depan raya bulan berapa ek, nak timing siap2,” tulisnya.
Gurauan yang dibuat pelakon drama Pengantin Satu Malam itu nyata kurang disenangi ramai dan berharap supaya dia dapat memberi rehat kepada isteri daripada hamil setiap tahun.
Setiap kali post dia mst akan seloroh utk produce anak lg dan lagi sedangkan si isteri tgh sarat.. dan busy dgn mcm2… seloroh pasal lain la pulak abe joe kesian isteri mcm x cakna kepenatan dan keadaan dia 2 tahun berturut lahirkan
Kalau btul syg isteri bg rahim dia rehat sama 😂 at least 2thun je ….
skli pun ada bibik blh tlg urus ank tp dlmn isteri pn prlu di jaga especially rahim dia … nk bubuh hri pn bubuh je tp bg ada protection sma ksian isteri tu bljr lg bkerja lg nk jga ank2 lain nti kurang kasih syg mak nye
Mereka juga berharap agar Fizo dan Fazeera dapat membuat perancangan keluarga dengan baik kerana bimbang dengan kondisi diri.
Difahamkan, Fazeera akan bersalin anak kedua mereka tidak lama lagi selepas memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda. Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dikenali sebagai Wan Maryam.
Sumber: Instagram Fizo Omar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Period Tak Teratur Tak Semestinya Tak Subur” Dr Say Kongsi Fakta, Zuriat Bukan Penentu Bahagia!

Viral kisah seorang ustaz yang menempelak wanita yang meletakkan hantaran tinggi tetapi mempunyai masalah ketidakteraturan haid setiap bulan membuatkan doktor selebriti, Dr Say tampil berkongsi fakta mengenai hal ini.
Kata bapa kepada dua cahaya mata ini, tidak adil meletakkan masalah ketidaksuburan di tangan wanita dan jauh sekali hanya disebabkan masalah haid yang tidak teratur.
Tidak hanya tampil berkongsi fakta, malah doktor kesayangan ramai ini turut berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika menanti anak pertama yang seharusnya dijadikan contoh bahawa bukan wanita penyebab utamanya.
“Semalam saya terjumpa message seperti gambar kedua & sekali lagi, terduduk saya dibuatnya. Tak pernah saya dengar sepanjang hidup yang keteraturan period mempengaruhi hantaran seorang wanita.
“Ustaz ni tak mahir sains rasanya. Kalau nak cakap keteraturan period mempengaruhi kesuburan meh saya cerita science-nya. Ketidaksuburan 30% adalah disebabkan kesihatan wanita, 30% disebabkan kesihatan lelaki, 30% disebabkan kedua-dua lelaki & wanita & 10% tidak dapat dikenalpasti puncanya.
“Bukannya 100% ketidaksuburan disebabkan oleh kesihatan wanita. Malah saya pasti ramai je followers wanita saya yang period tak teratur kat sini ada zuriat.
“Jadi agak mengecewakanlah bila ustaz ni berhujah sebegitu sebab ia memberi persepsi yang buruk kepada wanita yang periodnya tidak teratur sebab tak semestinya period tak teratur bersamaan tak subur.
“Bercakap mengenai poligami pulak, memang dalam Islam ada dinyatakan keharusan berpoligami adalah sekiranya isteri mandul tapi dari pengalaman saya bertanya kepada pakar-pakar fertiliti & pakar sakit puan, majoriti suami tak buat pun ujian kesuburan sebab ramai yang masih berpemikiran ketidaksuburan 100% disebabkan wanita.
“Padahal ujian kesuburan lelaki SATU SAHAJA. Tu pun egois taknak buat. Pastu bagi alasan bini aku tak subur maka aku dibenarkan kahwin lain padahal silap-silap ko yang tak subur,” tulisnya.
Lima tahun tunggu cahaya mata
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga turut berkongsi kisah dirinya yang menunggu zuriat pertama mereka hampir lima tahun lamanya. Semuanya disebabkan oleh ketidaksuburan yang dialaminya.
“Doc apa tau, doc ada zuriat”. Saya & wife dulu mencuba hampir 5 tahun untuk mendapatkan zuriat sebelum kami dikurniakan anak pertama kami.
“Macam-macam teguran bini dapat “Dr Azu jangan jalan laju sangat nanti susah melekat”, “Dr Azu jangan gym teruk sangat nanti peranakan tersumbat”.
“Sekali bila check, saya yang tak subur, sperma pelbagai bentuk. In a nutshell wahai para lelaki, jangan ingat luaran kita sihat dalaman kita turut sihat sebab zaman sekarang ni banyak sangat kes lelaki tak subur.
“Dan zuriat bukanlah penentu kebahagiaan. Semuanya bergantung kepada pasangan suami isteri tersebut. Kalau kedua-dua rasa saling melengkapi trust me itu dah cukup memadai. Stop berfikiran kolot,” tulisnya berkongsi.
Menarik: Keluar Masuk Hospital Dari Umur 4 Bulan, Erynne Erynna Mohon Doakan Anak, Ada Masalah Duplex Kidney!
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI