“Baby Dah Boleh Berjalan” Cukup 1 Tahun 2 Bulan, Anak Ayda Jebat Makin Lincah Lepas ‘Dapat Kaki’

Share

Istilah ‘dapat kaki’ atau sudah boleh berjalan cukup sinonim bagi masyarakat Melayu kita. Bersedia anak semakin lincah, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat juga turut berkongsi perkembangan terbaru anaknya, Ana Nayla yang kini sudah pandai berjalan.

Cukup usianya satu tahun dua bulan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September 2021 ini kini sudah pun boleh berjalan, seiring perkembangan usianya.

Menerusi Instagram anak kesayangannya itu, Ayda Jebat berkongsi momen berharga itu bersama pengikut setia akaun anaknya itu.

“I can walk!

“Breakfast with me! Uncles aunties dah breakfast tak tadi?

“Baby dah boleh jalan. Lepas ni nak berlari pulak. Lari lari ke hatimu. Ching,” tulis Ayda di kapsyennya sambil berkongsi perkembangan terkini Ana Nayla.

Menerusi entri yang sama, Ayda turut memuat naik video keluarga kecil mereka ketika meluangkan masa bersama-sama di sebuah restoran.

 

MENARIK:

Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!

Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!

Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!

Malah menerusi video pendek itu, Ayda turut berkongsi video Ana Nayla yang kini mula menapak sedikit demi sedikit ketika berada di restoran berkenaan.

Gaya lincah Ana Nayla yang melangkah dengan yakin itu membuat peminat anak kecil itu teruja.

Bahkan Ayda turut diusik agar bersedia dengan sepenuh tenaga untuk mengejar anaknya selepas ini.

 

Terdahulu, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Ana Nayla pada 21 September 2021.

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
SRM