Tak perlu risau if nak makan KFC, MCD, Pizza anak duk intai-intai, jenguk-jenguk je, baby pun boleh makan tapi homemade punya ya mummy! Special lunch untuk permulaan 2019! Western Lunch: Popcorn ayam, Sausage, Fries. 

Ikuti resipi penuh di sini yang dikongsikan oleh Puan Nurul Liyana. Boleh buat dirumah, mudah dan senang disediakan untuk si kecil.

Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat KFC, Tapi Home-made Sahaja Ya! Ini Resipi Mudah Western Food & Selamat Untuk Bayi Anda

POPCORN AYAM (8m) 

-Ayam (potong dadu) 
-Bawang putih *
-Halia *
-Serai *
-Blackpapper *
-Serbuk kunyit
-Serbuk kari •
-Daun kari •
-Tepung gandum
-Tepung jagung
-Telur

1. Blend bahan * dengan sedikit air. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit
2. Perap ayam bersama bahan • & bahan blend selama 1jam atau lebih
3. Gaul sebati kedua2 tepung
4. Celup ayam di dalam telur & godek2 di dalam tepung sehingga rata kemudian goreng dengan minyak dan siap untuk dihidang!

 

Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat KFC, Tapi Home-made Sahaja Ya! Ini Resipi Mudah Western Food & Selamat Untuk Bayi Anda

Sebab malas nak keluarkan oven so bakar atas kuali pun boleh lah!

IKLAN

HAWAIIAN CHICKEN PIZZA (10m) 

-1cup unbleached flour *
-1sk yis
-1sb fm *
-2sb minyak masak *
-Air suam

1. Bancuh yis didalam air suam & biar kan 2-3min sehingga berbuih
2. Uli sebati * & masukkan air suam sedikit demi sedikit. Masukkan juga air bancuhan yis tadi
3. Uli adunan selama 5min sehingga adunan tidak melekat di tangan
4. Letak kain di atas bekas berisi adunan & rehatkan selama 1jam
5. Gelek menggunakan penggelak mengikut ketebalan yang disukai
6. Bakar di atas kuali separuh masak & tutup menggunakan penutup kuali kemudian masukkan topping pizza. Siap untuk dihidang !

TOPPING PIZZA 

1. Tumis bawang holland & bawang putih. Masukkan pula ayam & sedikit lada hitam. Biarkan sehingga masak
2. Letakkan tomato paste diatas pizza. Masukkan topping tadi & grated cheese. Semudah abc!

Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat KFC, Tapi Home-made Sahaja Ya! Ini Resipi Mudah Western Food & Selamat Untuk Bayi Anda

IKLAN

CHEEZY BALL ALA KFC 

– 5biji kentang
– 1cawan unbleached flour *
– 1/2cawan minyak masak *
– Lada sulah *
– Cheese
– Serbuk roti
– Telur

1. Steam kentang sehingga empuk
2. Lenyekkan kentang & masukkan bahan *
3. Rehatkan adunan selama 5min
4. Leperkan adunan & masukkan cheese ditengah2 & bulatkan. Ulang benda yang sama sehingga habis
5. Panaskan minyak yang banyak. Kepuk telur dengan sedikit lada sulah. Celup bebola tadi didalam telur kemudian salut dengan serbuk roti & goreng sehingga masak

* serbuk roti oren ni not recommended tapi ibu pakai mana ada jelah sebab stock roti telah pun kehabisan
* just bakar roti & blend untuk dapatkan serbuk roti homemade ok

 

Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat KFC, Tapi Home-made Sahaja Ya! Ini Resipi Mudah Western Food & Selamat Untuk Bayi Anda

IKLAN

SAUSAGE (8m) 

– 4-5ketul isi ayam *
– Carrot *
– Daun sup *
– 1biji kentang *
– 2biji telur *
– Lada sulah *
– Blackpapper *
– 4sb tepung ubi
– 1/2cawan air
– Plastik aiskrim

1. Kacau tepung ubi di dalam 1/2cawan air. Masukkan bahan * dan blend sekali air tadi
2. Masukkan dalam plastik aiskrim, kemudian ikat hujung kiri kanan
3. Bekukan. Kemudian buka plastik & steam 10-15min
6. Goreng dengan sedikit minyak & siap untuk dihidang!

Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat KFC, Tapi Home-made Sahaja Ya! Ini Resipi Mudah Western Food & Selamat Untuk Bayi Anda

POTATO WEDGES (8m) 

– 2biji kentang (potong wedges)
– 3ulas bawang putih (tumbuk) *
– Mixed herbs *
– Lada sulah *
– Tepung jagung

1. Steam kentang setengah empuk
2. Perap kentang bersama bahan *
3. Lumurkan kentang dengan sedikit tepung jagung. Goreng dengan minyak yang banyak & siap untuk dihidang!

Sumber: Facebook Nurul Liyana  

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI