Eh, baby dah pandai senyumlah. Seronoknya! Ramai ibu bapa yang gembira apabila bayi mula senyum. Apakah yang berlaku di sebalik hal ini.
SENYUMAN BAYI PADA USIA 0-1 BULAN
Senyuman neonatal berlaku dari lahir hingga sebulan dan tidak menunjukkan kandungan emosi. Ramai yang geram tengok bayi kecil baru lahir senyum, comel sangat kan?
Tahukah mama dan papa ia adalah senyuman spontan dan sering berlaku semasa bayi mengantuk atau semasa tidur iaitu rapid eye movement (REM). Senyuman bayi pada ketika ini adalah repsons subkortikal dan akan berkurangan dengan kematangan. Jadi, bayi pramatang akan tersenyum lebih lama daripada bayi yang lahir cukup bulan atau 37 minggu ke atas.
SENYUMAN BAYI PADA 1-2 BULAN
Sekitar usia satu atau dua bulan, bayi secara beransur-ansur mula bertindak balas terhadap rangsangan alam sekitar. Senyuman pertama bayi semasa dia terjaga sepenuhnya mungkin akan muncul di antara usia enam hingga 10 minggu.
Pada usia ini, otak bayi sedang berkembang. Pengllihatannya bertambah baik dan dia dapat mengenali wajah mama dan papa. Bayi anda mungkin akan tersenyum apabila menerima rangsangan pendengaran terlebih dahulu seperti muzik atau suara mama atau papa. Dia seterusnya bertindak balas kepada rangsangan visual dan pendengaran yang digabungkan. Akhir sekali, bayi akan memberikan senyuman walau pun hanya menerima rangsangan penglihatan seperti mama dan papa senyum kepadanya atau menoleh ke arahnya.
SENYUMAN BAYI PADA 2-6 BULAN
Anda perlu membawa bayi anda berjumpa doktor jika bayi anda tidak tersenyum dengan tiga bulan. Jangan terlalu menekankan agar bayi untuk senyum sebaliknya buat aktiviti yang dia sukai seperti bermain dengannya dan bercakap-cakap.
Pada dua hingga tiga bulan, anda akan melihat bayi mula tersenyum apabila melihat anda. Ia seperti membuat wajah lucu untuk menyebabkan bayi anda ketawa. Menjelang usia empat hingga enam bulan, bayi anda akan mula tersenyum, kemudian berpaling apabila dipanggil. Bayi belajar mengawal emosi dan kegembiraan yang dirasainya.
SENYUMAN BAYI PADA 6-12 BULAN
Sepanjang tempoh ini anda akan mula melihat banyak senyuman yang berbeza. Dia sudah boleh memberikan banyak senyuman. Ada yang tidak tersenyum apabila berada hampir dengan orang yang tidak dikenali atau yang tidak disukainya. Senyuman mulut terbuka menunjukkan dia sedang bergembira!
Bayi anda juga akan mula bermain dengan ketawa. Bila mencecah usia lapan atau sembilan bulan, senyuman sering digunakan dalam interaksi sosial dan sebagai kaedah komunikasi. Pastikan mama dan papa memberi tindak balas terhadap bayi anda apabila dia memberikan anda senyuman yang besar. Seperti bercakap atau memuji sambil menggeleteknya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI