
Walau sudah punya enam cahaya mata, menanti debaran kelahiran bayi baru sememangnya mendebarkan.
Pasangan doktor yang penuh dengan tip parenting, Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan Dr Halina bakal menerima seorang lagi cahaya mata ketujuh mereka yang dijangka dilahirkan dalam jangka masa terdekat.
Menerusi Instagram Dr Sheikh Muszaphar, Dr Halina sudah pun dimasukkan ke hospital untuk bersalin bayi ketujuh mereka.
Biarpun merancang untuk bersalin secara normal namun disebabkan beberapa perkara Dr Halina terpaksa bersalin melalui kaedah pembedahan.

“Dr Halina admitted hari ni for delivery.
“Planned nak Czer sebab Amniotic Fluid makin berkurang dengan placental insufficiency.
“Tak kesampaian untuk normal vaginal delivery. InsyaAllah, semoga dipermudahkan semua. Amin,” tulisnya berkongsi.

Menerusi entri yang dikongsikan oleh bapa penyayang ini, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dilihat baru sahaja sampai dengan segala peralatan peribadi untuk bersalin.
Namun wajah riang Dr Halina tetap tersenyum biarpun bakal melalui detik mencemaskan.
Semoga proses kelahiran bayi comel Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina dipermudahkan.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempat Lawat Isteri Bersalin Di Hospital, Imam Maut Kemalangan Jalan Raya

Imam maut kemalangan jalan raya lepas lawat isteri bersalin di hospital. Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Sempat Lawat Isteri Bersalin Di Hospital, Imam Maut Kemalangan Jalan Raya
Mangsa dikenali Nurul Kamal Zulkarnain, berusia 37, bertugas sebagai Imam Masjid As Siddiq di Taman Iskandar Perdana dekat Seri Iskandar.
DIFAHAMKAN KETIKA KEJADIAN, MANGSA BARU MELAWAT ISTERINYA, NUR FIRDAUS SALWA MOHD ZAMRIN YANG BARU SAHAJA MELAHIRKAN CAHAYA MATA YANG KETIGA MEREKA DI HOSPITAL SERI MANJUNG PADA HARI ISNIN.
Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib memaklumkan mangsa juga turut bertugas sebagai Guru Takmir di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar.
“Dengan rasa penuh dukacita saya menzahirkan ucapan takziah yang mendalam kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian beliau yang terlibat dalam kemalangan di lebuh raya WCE.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat masyarakat setempat kerana beliau dikenali sebagai insan yang berwibawa dalam memimpin serta membimbing umat Islam terutamanya melalui peranannya sebagai imam masjid.
“Jasanya dalam mendidik dan menyumbang kepada pembangunan rohani masyarakat amat dihargai dan akan dikenang selamanya,” katanya menerusi akaun Facebooknya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.35 petang.
“KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH KENDERAAN JENIS PERODUA KEMBARA TERBABAS KE KAWASAN LADANG KELAPA SAWIT DAN TERDAPAT MANGSA TERSEPIT DI BAHAGIAN PEMANDU.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan pegawai perubatan,” katanya.
Menurut beliau, operasi diteruskan untuk membawa keluar mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat.

“Mangsa dibawa keluar dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba diketuai oleh Komander Operasi, Muhammad Arif Irfan Mokhtar dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 5.37 petang,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Pernah Tular Hilang Enam Ahli Keluarga Dalam Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian
Racun Perlu Jauhkan Daripada Kanak-Kanak, Pakar Kongsikan Garis Panduan Hindari Kemalangan!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayla Pulih Selepas 39 Hari: Kisah Menyentuh Tentang Infective Enteropathy Kanak-Kanak

Kesihatan anak adalah segalanya bagi seorang ibu. Bila anak tak sihat, dunia boleh rasa gelap serta-merta. Orang mungkin nampak kita masih tersenyum, masih berjalan seperti biasa tapi dalam hati hanya Allah yang tahu bagaimana rapuhnya jiwa seorang ibu yang terpaksa melihat anak sendiri menanggung sakit. Dalam kisah ini, pengalaman berkaitan infective enteropathy kanak-kanak menjadi pusat ujian besar seorang ibu.
Kadang kita memang tak pernah terfikir bahawa anak kecil yang kita peluk setiap malam, yang kita mandikan, yang kita suapkan dengan penuh kasih tiba-tiba diuji dengan penyakit yang langsung tak pernah ada dalam bayangan kita.
Waktu itu, hati seorang ibu terus luruh. Bukan sebab penat, tapi sebab tak sanggup melihat anak melalui perkara yang sepatutnya tak perlu pun dilalui oleh insan sekecil itu. Namun sebagai seorang ibu, kita tak ada pilihan. Kita tetap bangun. Tetap bertahan. Tetap kuat sebab kita tahu anak perlukan kita lebih daripada sesiapa pun.
Begitulah juga kisah seorang ibu yang berkongsi pengalamannya di FB, Amira Aziz, yang akhirnya mampu menarik nafas lega selepas melalui episod paling berat dalam hidupnya.
Selepas 39 hari berada dalam wad, akhirnya anaknya, Ayla, dibenarkan discharge. Dalam perkongsiannya, Amira meluahkan rasa syukur yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Ayla disahkan menghidap post infective enteropathy, keadaan di mana usus anak sedang luka sehingga tak mampu menyerap nutrisi dengan baik. Disebabkan itu, Ayla perlu bergantung kepada susu khas Neocate untuk memastikan badannya tetap mendapat nutrisi yang cukup.

“Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah setelah 39 hari dalam wad..anak saya dapat discharge semalam..syukur Alhamdulillah..yang mana tanya anak saya sakit apa..anak saya post infective enteropathy.
“Usus anak saya sekarang tengah luka jadi usus dia tak dapat serap nutrisi-nutrisi anak saya kena minum susu khas..susu neocate.”
Namun katanya lagi, susu itu bukan mudah untuk diminum. Bau pun sudah buat tekak meloya, apatah lagi nak telan. Sebab itu Ayla terpaksa minum melalui tube, termasuk sepanjang 3 bulan seterusnya di rumah. Bayangkan perasaan seorang ibu. Setiap kali tengok anak kecil sendiri makan melalui tiub, bukan mulut. Setiap kali terpaksa menahan sebak bila bau susu pun buat dia rasa nak muntah, tapi itu saja pilihan untuk memastikan anak terus kuat.

“Masuk tanpa tube balik dengan bertube untuk 3 bulan nie..kenapa anak saya kena minum pakai tube sebab susu tu tak sedap saya bau susu tu pun nak muntah apatah lagi anak saya nak minum ikut tekak.”
Namun dalam semua kepayahan itu, Amira tak putus mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan. Doa-doa itu jadi kekuatan untuk dia dan Ayla bertahan sepanjang hari-hari mencabar di wad.
“Terima kasih semua yang sentiasa doakan untuk anak saya sepanjang dalam wad..semoga Ayla lepas nie diberikan kesihatan yang baik2 dan membesar dengan sihat..in Sha Allah..Aamiin YRA”
Semoga Ayla membesar dengan sihat, kuat, dan kembali ceria seperti anak-anak lain.
INFO PA&MA: Apa Itu Infective Enteropathy Kanak-Kanak?
Infective enteropathy pada kanak-kanak ialah keadaan di mana usus kecil mereka jadi luka atau meradang selepas kena jangkitan. Bila usus luka, ia tak boleh berfungsi seperti biasa, dan tidak dapat serap nutrisi daripada makanan atau susu. Untuk kanak-kanak terutamanya bayi ini bahaya sebab badan mereka sangat bergantung pada nutrisi untuk membesar.
Kenapa Kanak-Kanak Mudah Terkena?
- Sistem imun masih lemah.
- Usus mereka masih berkembang dan sensitif.
- Gastroenteritis biasa berlaku, termasuk rotavirus dan norovirus.
- Cirit-birit teruk boleh rosakkan lapisan usus.
Tanda-Tanda Infective Enteropathy Pada Kanak-Kanak
- Berat tak naik atau turun
- Anak nampak lemah
- Cirit-birit lama
- Muntah berulang
- Perut kembung
- Najis berbau kuat atau berminyak
- Makanan dan susu tak diserap
- Selalu haus / dehidrasi
- Kurang aktif
Bayi pula biasanya lebih sensitif:
- Kerap menangis
- Tidur tak lena
- Kurang menyusu
Apa Berlaku Bila Usus Anak Luka?
Senang cakap: makanan masuk, tapi badan tak dapat serap. Sebab itu anak tak naik berat, kurang tenaga, nampak pucat, dan lambat sembuh bila sakit. Usus pula perlukan masa untuk pulih, kadang beberapa minggu atau bulan.
Rawatan Untuk Kanak-Kanak
1. Susu Khas (Contoh: Neocate)
- Diformulasi untuk usus sensitif.
- Protein dipecahkan halus untuk mudah serap.
- Kurang risiko alahan.
- Cuma bau dan rasa agak kuat.
2. Tube Feeding (NG Tube)
- Digunakan jika anak tak mampu minum melalui mulut.
- Perlu nutrisi berterusan.
3. Rehidrasi
- Elak dehidrasi.
- Kadang perlu drip dalam wad.
4. Pantauan Rapi
- Berat badan
- Najis
- Selera makan
- Perubahan tenaga
5. Elakkan Makanan Tertentu
Doktor akan tentukan bila selamat untuk mula solid food semula.
Adakah Kanak-Kanak Boleh Sembuh?
Ya, insyaAllah kebanyakan kanak-kanak pulih sepenuhnya. Tapi prosesnya perlahan sebab usus perlu masa untuk pulih. Yang paling penting ialah ikut jadual susu khas, jangan skip feeding, pantau najis dan cirit-birit, serta ikut arahan doktor. Dengan rawatan yang tepat, anak boleh kembali aktif dan sihat seperti biasa walaupun mengalami infective enteropathy kanak-kanak.
Sumber: Amira Aziz
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Maryam Rasa Tak Disayangi” Fizo Omar Dedah Hanya Dibenarkan Jumpa Maryam Empat Hari Sebulan!

Selepas video anak sulung kepada pelakon Fizo Omar, Wan Maryam yang tular kerana merasa dirinya tidak disayangi, bapa kepada empat cahaya mata itu tampil menjelaskan situasi sebenar.
Ujar Fizo, dia memahami perasaan anak kecilnya itu kerana jarak dan waktu yang memisahkan mereka.

Dedah Fizo, sejak lapan tahun lalu dia hanya dibenarkan bertemu Maryam selama empat hari sahaja dalam sebulan dan tidak diberikan akses pada waktu lain seperti yang telah ditetapkan.
“Mudah kata saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini,” kongsinya.
Malah kata Fizo lagi dia memahami namun enggan menganggapnya sebagai sesuatu yang serius kerana menyifatkan ia sebagai reaksi normal seorang kanak-kanak.

“Mungkin dia (Maryam) berasa macam itu (tidak disayangi).
“Bukan saja Maryam, anak-anak yang tinggal serumah dengan saya kadang-kadang pun cemburu apabila saya peluk adik mereka.
“Alhamdulillah kami sekeluarga bahagia, semuanya baik-baik sahaja.
“Kasih sayang semuanya sama, hakikatnya Maryam terlebih kasih sayang,” ujarnya,” katanya.

Tambah Fizo lagi, hubungannya dengan anak sulung kesayangannya itu baik-baik sahaja dan dia berusaha membahagikan kasih sayang secara adil kepada semua anaknya.
Bahkan kata Fizo lagi dia enggan untuk ambil pusing dengan komen-komen negatif netizen malah berfikiran positif dalam segala hal.
“Orang cerdik akan fikir logik, mana ada bapa tak sayang anak. Saya tak mahu layan komen-komen netizen,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Fizo yang mendirikan rumah tangga keduanya bersama Fazeera Nazri dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


