Kehamilan

“Baby Girl Lagi Ke Atau Boy” Yatt Hamzah Syukur Hamil Anak Keenam Pada Usia 40 Tahun!

Share

Selepas keguguran pada September tahun lalu, pelakon, Yatt Hamzah memaklumkan dia kini sedang hamil lima bulan.

Menerusi Instagramnya semalam, Yatt memaklumkan perkara itu kepada umum. Malah kata Yatt lagi, kehamilannya ini merupakan kehamilan kali keenamnya selepas mengalami keguguran sebelum ini.

Kata Yatt lagi, dia bersyukur kerana walaupun hamil pada usianya yang kini 40 tahun, dia diberikan kesihatan yang baik malah masih kuat dan cergas walaupun adakalanya mengadu sakit-sakit belakang.

“Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil.. Ish ish ishhhh.

“Pada usia kandungan 20 minggu (5 bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan. Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni..?

“Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah. Tak tahulah abahnya,” kongsi Yatt mengumumkan kehamilannya.

Memuat naik beberapa keping gambarnya dengan ‘baby bump’ yang jelas kelihatan, raut wajah ibu kepada empat cahaya mata ini ternyata masih kekal cantik jelita walaupun kelihatan sedikit berisi berbanding sebelumnya.

“Alhamdulillah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun.

“Alhamdulillah Allah bagi sihat, kuat dan cergas walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang je,” tulisnya.

Dalam pada itu, kata Yatt lagi, dia bakal melahirkan bayinya itu sekitar bulan Julai nanti.

“Hello lil baby 👶 In shaa Allah Bonda, abah & all your sisters will see you in July ya. Stay strong & healthy.. Ameen,” kongsinya lagi.

Sebaik pengumuman itu dibuat, ruangan kapsyen melalui hantaran yang dimuat naik oleh Yatt dihujani dengan ucapan tahniah malah mendoakan agar ibu cantik ini selamat melahirkan bayinya nanti.

 

Yatt mendirikan rumah tangga bersama seorang juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairudin pada Februari 2016. Kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, Suci Hayfa Medina dan Suci Hawa Zulaikha.

Melalui perkahwinan terdahulunya, Yatt juga turut mempunyai seorang cahaya mata iaitu Suci Hanania Malika.

Artikel berkaitan: Tunggu Bonda, Abah & Kakak Di Pintu Syurga Ya Anak, Yatt Hamzah Kongsi Nama Indah Buat Janinnya

Sangka Sakit Perut Sebab Keracunan Makanan, Rupanya Yatt Hamzah Keguguran, Tak Tahu Diri Sedang Hamil Anak Kelima

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM