Isteri kepada PU Abu, Ain Afini berkongsi pengalaman menguruskan kedua-dua anak lelakinya yang pernah mempunyai masalah angin pasang/hernia.
Dia mengakui bukan mudah untuk menjaga anak yang terkena angin pasang. Tambahnya lagi, kali ini pengalaman sedikit berbeza kerana bayi yang kedua terkena angin pasang seawal 25 hari kelahiran.
Disebabkan bayi mula muntah-muntah, dia mengambil keputusan untuk membawa bayinya ke bahagian kecemasan hospital. Ikuti perkongsian ini.
ANGIN PASANG ATAU HERNIA
Umi nak share pengalaman uruskan dua orang anak yang kena angin pasang atau hernia. Letak sini nanti lupaaa 😂 masa Afi kena sungguh ku lupa macam mana nak uruskan sebab Aysar pun kena juga cuma adik ni kena awal sangat masa 25 hari.
Hampir Kena Surgery
Mula-mula ingatkan okay lah boleh uruskan ni tapi few days lepas kena tu dia muntah setiap kali lepas susu badan. Perut jadi mengeras and macam tak sedap badan je so umi terus bawak emergency. Kena warded hospital sebab suspect usus tersumbat and kena buat surgery sebab tak boleh cure dengan medicine.
Kena Pantau Lebih Angin Pasang
Lepas dah buat ct scan apa semua doc pantau and alhamdulillah tak jadi proceed surgery sebab so far good perkembangan dia cuma kena pantau lebih angin pasang tu . Kalau teruk baru proceed surgery.
Tip Jaga Anak Ada Angin Pasang
So ni apa yang umi buat sepanjang jaga dua hero ni;
1. Tuam setiap pagi petang dekat bahagia perut, pusat yang tersembul keluar tu, bahagian ari ari dengan pinggang.
2. Sapu minyak angin supaya tak kembung perut.
3. Elakkan dia menangis lama sebab nanti pusat lagi tersembul besar.
4. Layurkan daun mengkudu, letak dekat bahagian ari-ari then pakaikan barut
Simptom Angin Pasang
Punca angin pasang? Umi tak sure tapi macam kes anak anak umi sebab genetik. Simptom yang umi perasan, bahagian pusat tu tersembul keluar lain dari biasa/ bahagian telur tu bengkak. So far dia boleh elok sendiri tapi takes time, bila ada simptom kronik terus je bawa emergency okay jangan delay ✨
Btw untuk minyak angin umi tukar-tukar sampai lah jumpa yang this one sesuai dengan Afi. So good and calming yang ni sebab Afi ni high need sikit so minyak ni ada aroma terapi dia cam tenang gitu 🥰 umi pun tumpang sekali pakai since sesuai for both baby and adults. Best!
Ain Afini mendirikan rumahtangga dengan PU Abu sekitar 3 tahun lepas dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki iaitu, Adam Asyar 2 dan Muhammad Aryan ‘Afi 1 bulan.
Kredit: Ain Afini