“Baby J Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Baba”. Hadiah Hari Lahir Istimewa Buat Sharnaaz

Share

Isteri pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila telah selamat bersalin awal pagi tadi. Bergelar bapa pada ulang tahun kelahiran ke 35 hari ini, Sharnaaz berkongsi perasaan gembiranya di Instagram.

“Thank you to my wife my everything and today thank you for your special gift for me as baba.

“I love you always and forever,” tulis Sharnaaz.

Dalam satu postingnya lagi, Sharnaaz begitu bersyukur atas kelahiran bayi yang ditunggu selama ini.

“Baby J is out. Alhamdulillah and congrats Noor Nabila,” tulisnya.

“Alhamdulillah syukur pada Allah Yang Maha Kuasa.. Hari ini pada jam 9.01 pagi, 30/08/2018 lahirlah anak pertama kami.

“Terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat semua atas doa dan ingatan. Alhamdulillah baby sihat dan mummy pun sihat.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

Published by
Wan Amy