Pengalaman di bilik bersalin sudah semestinya menjadi sebuah perjalanan yang cukup mencabar. Walaupun mempunyai pengalaman melahirkan anak sebelum ini, namun pengalaman dan kesakitan melahirkan setiap anak berbeza. Bagi pelakon, Datin Almy Nadia, dia bersyukur kerana semuanya dipermudahkan Allah SWT.
Lebih kuat lagi kata Almy, dia sentiasa ditemani suami tersayang, Datuk Fizz Fairuz yang sentiasa menemaninya di hospital saban waktu.
Menerusi Instagramnya, Almy turut berkongsi cerita kelahiran anak keempatnya yang rupanya dilahirkan seminggu lebih awal.
“Assalammualaikum selamat petang semua. Yang pertama kami nak bagitau syukur alhamdulillah kami dah pun bersalin anak ke 4 pagi tadi.
“Baby keluar seminggu awal dari due date dia. Sepatutnya 38 minggu baru keluar tapi baby nak keluar pada 37 minggu. Gender hampa tau dah kot kan 🤣🤣,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, ibu yang sentiasa ceria melayani karenah suami dan tiga anak perempuannya ini juga turut berterima kasih pada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang sentiasa menguatkannya untuk melalui detik melahirkan.
“Yang kedua kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada suami tercinta @fizzfairuzofficial sentiasa ada dengan kami sampai la settle semuanya.
Ads
“Yang ke tiga kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada family kami di Penang, family mertua kami, kawan-kawan sahabat handai atas doa yang baik-baik kalian semua. Insyallah saya balikkan doa itu pada anda semua agar yang baik-baik berbalik pada semua.
“Yang ke empat terima kasih kepada fans, dalam media sosial pada wartawan yang turut doakan kami, turut keluarkan artikel yang baik-baik untuk kami, kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah dapat membalas segala jasa baik anda semua.
“Yang ke lima, kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada kak ipar kami @zurinafanizan @ahmadfanizan yang tolong jagakan si kakak kakak kakak. Terima kasih Kak Teh, terima kasih Abang Teh tolong jaga anak-anak almy dengan baik. Hanya Allah dapat balas segala jasa baik budi Kak Teh dengan Abang Teh.
“Akhir kata terima kasih pada semua. Maaf jika tak sempat nak reply komen atau DM maaf sangat sangat. Terima kasih banyak-banyak @fizzfairuzofficial,” katanya lagi.
Malah melalui satu hantaran berlainan di Instagramnya, Almy juga turut membingkiskan ucapan penuh ikhlas buat suami yang sentiasa menjadi penguatnya sepanjang berdepan detik cemas.
“Sayang @fizzfairuzofficial terima kasih sayang sebab berada dengan mama sepanjang kelahiran anak kita dari anak no 1 sampai anak no 4, sayang sentiasa ada dengan mama dalam bilik bersalin.
“Dari check in sampai la beranak settle, sayang tetap ada di sisi mama. Terima kasih sayang sebab teman mama dalam bilik bersalin, sambil urut kaki sampai tutup muka dengan mask sebab dah mengantuk. Tq love,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, beberapa perkongsian video yang dimuat naik Fizz ketika detik melahirkan menarik perhatian wargamaya. Satu pengalaman berharga yang sudah semestinya menjadi detik termanis bagi pasangan ini.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik manis, Raja Ilya dimasukkan ke beberapa hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata keduanya sedikit masa lagi.
Menerusi Instagramnya, Raja Ilya memuat naik videonya Ketika berada dihospital dan berkongsi perkembangan terkininya yang resah menanti detik bersalin.
“Jelajah nak beranak.
“Bukan satu hospitals tapi tiga hospital dah jelajah dari petang semalam since air ketuban pecah.
“Naik ambulance ulang alik sana sini! Dari hospital Fiona Stanley to Rockingham hospital then ke King Edward now. Hopefully ni last and beranak kat sini je today … huhu,” tulisnya berkongsi.
Bahkan kata Raja Ilya menerusi perkongsian videonya, dia menanti hampir 12 jam kerana terpaksa bertukar hospital. Namun tidak dapat dipastikan keadaan dirinya sehingga terpaksa bertukar-tukar hospital.
Menurut ibu kepada Talita Love ini, dia juga kini masih menantikan detik bersalin.
“Daripada petang semalam 6pm semalam sampai sekarang 6 pagi, masih tak rasa nak beranak.
“Plan nak c sec jadi dah rancang nak pergi buat pedicure madicure dulu tapi semua plan tak menjadi,” tulisnya.
Meninjau diruangan komen rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut mendoakan agar dipermudahkan kelahiran bayi keduanya ini.
Terdahulu Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia bakal menyambut kelahiran anak keduanya selepas mengumumkan hamil anak kedua. Raja Ilya dan suami, Trent Garret turut dikurniakan seorang cahaya mata, Talita Love Garret, yang kini berusia dua tahun.
Penantian dan doa yang tak putus seorang ibu untuk memeluk dan menyusukan bayi akhirnya dimakbulkan juga oleh Allah selepas 8 hari berpisah. Ini kerana, ibu disahkan positif Covid dan selepas swab test dilakukan pada bayi, turut juga positif.
Pengalaman yang dilalui oleh Puan Nur Ellyana ini benar-benar memberi trauma pada dirinya ketika di awal minggu pertama kelahiran. Tapi keadaan ini tiada siapa pun nak ia berlaku. Semua ini diluar jangkaan.
Menurut ibu tiga anak yang berkongsi pengalamannya kepada Pa&Ma sebelum ini, keputusan swab test dan tahu diri positif Covid hanya diketahui selepas melahirkan bayi. Semasa tengah sakit kontraksi itu memang ada rasa nak demam dan sakit tekak.
Selepas dinasihati oleh jururawat untuk melakukan swab test ternyata keputusan itu sungguh tak sangka. Mujurlah ketika bertarung nyawa melahirkan bayi semuanya dipermudahkan dan bayi juga lahir dengan selamat.
Hari ke-8, barulah Rizky bebas Covid
Cuma tak sempat lama dengan bayi, doktor terus meletakkannya di bawah pemantauan NICU Sungai Buloh sehinggalah hari ke-8. Pada hari ke-8 barulah dapat tengok Mohamad Nur Rizky Zhafwan dan doktor mengesahkan bayi dah bebas Covid dan sihat sepenuhnya.
Pada 31 Julai barulah Rizky dibenarkan balik ke rumah. Tapi dalam keadaan ini seolah-olah masih rasa trauma dan berjaga-jaga sepanjang masa. Sebolehnya tak mahu lagi berlaku kejadian sama selepas ini.
Syukur juga pada Allah, Rizky dah tak perlu lagi datang untuk buat follow up kerana keputusan pemeriksaan kesihatan semua ok. Cuma hanya ke klinik kesihatan untuk rutin pemeriksaan bulanan sahaja.
Kongsi Nur Ellyana lagi, dia juga bersyukur sepanjang 8 hari Rizky tak menyusu badan, selepas dapat pulang ke rumah, penerimaan dengan susu badan sangat baik sekali. Alhamdulillah dia begitu seronok dapat menyusu badan dan mungkin juga rindu bau ibunya.
Apa pun saya nak berterima kasih juga pada semua yang mendoakan Rizky sejak dari posting saya yang viral baru-baru ini. Mungkin berkat doa orang ramai, Allah beri kekuatan padanya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luka czer atau caesarean ialah amat menggerunkan, apatah lagi ia boleh terbuka semula! Mama bersalin secara caesarean perlu ambil perhatian.
Ngerinya mendengar kisah ibu-ibu yang mengalami luka bersalin pembedahan terbuka semula.
Ibu ini turut mengalami masalah yang sama selepas 3 tahun bersalin. Ketika perkongsian ini dikongsi pada tahun 2019, dia turut berkongsi bagaimana luka tersebut boleh terjadi dan pendapat doktor berkenaan perkara ini.
“Doktor tak pasti kenapa luka ceaser boleh terbuka semula. Banyak faktor. Tapi. Beberapa hari sebelum tu, sis ni ade terasa sakit kat dalam perut. Bila tekan rase sakit. Dan luka ceaser terasa gatal. Sis Dylla garu je macam biasa.”
“So doktor cakap kemungkinan dari kuku jugak. Sebab kuku banyak kuman.Beberapa hari lepas tu, terasa luka ceaser basah & keluar nanah. Bila cek luka terbuka lebih kurang 2cm. Berlubang.”
“Sis Dylla siap berkongsi gambar luka & video semasa rawatan doktor. Memang ngeri weh. Luka yang dah 3 tahun terbukak. Doktor sumbat kain kat luka tu. Dan kene dressing hari-hari sampai luka tertutup semula.”
“Sis Dylla kata dia memang lasak. Selalu angkat berat. Angkat beras semua tu.Seram kan?Jadi mak-mak ceaserian hati hati lah. Even dah bertahun perut di toreh, sentiasa jugak kene hati-hati.”
Menurut Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor pernah berkongsi dengan Pa&Ma, kes luka pembedahan caesarean terbuka semula terjadi kepada kira-kira 1% ibu yang bersalin secara pembedahan.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan oleh ibu sekiranya dia tiba-tiba mendapati luka pembedahan terbuka semula? Apa yang sepatutnya dilakukan segera pergi ke hospital (sebaiknya hospital yang melakukan pembedahan tersebut) atau klinik berhampiran untuk pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
PADA KEBIASAANNYA, LUKA PEMBEDAHAN CAESAREAN SEMBUH APABILA SELEPAS 1 MINGGU KULIT LUAR AKAN BERCANTUM.
10 PUNCA LUKA BEDAH BOLEH TERBUKA SEMULA
Dr Mastura juga berkongsi punca-punca yang boleh menyebabkan jahitan pada luka pembedahan terbuka semula. Mungkin ramai yang berpandangan bahawa ib yang terlalu banyak bergerak bangun, duduk, dan menunduk akan berisiko tinggi untuk terbuka lukanya.
Dr Mastura mendedahkan 10 punca ini boleh meningkatkan risiko luka terbuka iaitu;
Jangkitan kuman ke dalam luka, selalunya kuman yang berasal dari kulit kita sendiri atau komensal. Risiko infeksi luka pembedahan adalah 1%.
Pembedahan yang dilakukan secara emergency.
Ibu yang mengalami obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan.
Lipatan kulit yang terjadi menyebabkan kawasan luka sentiasa lembab atau berpeluh menyediakan media yang sesuai untuk pembiakan kuman.
Anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kekurangan oxygen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan
Kebersihan diri yang kurang, seperti tidak mandi selepas pembedahan dan tidak membersihkan kulit sekitar luka pembedahan. Ini menyebabkan bahagian luka berpeluh dan berdaki.
Terlalu berpantang selepas pembedahan seperti hanya makan nasi dan ikan sahaja tanpa sayur dan buah-buahan. Atau tidak mengambil makanan seimbang.
Kurang minum air selepas bersalin kerana berpantang. Menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.
Pergerakan melibatkan regangan seperti menjemur baju atau pergerakan yang meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti meneran yang kuat bila sembelit, mengangkat barang berat dan batuk yang lama.
Menyapu atau meletakkan minyak di atas luka pembedahan. Minyak tersebut menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria.
6 SIMPTOM LUKA PEMBEDAHAN BERMASALAH
Mama juga perlu sentiasa peka dengan keadaan luka pembedahan. Antara tanda-tanda yang ditunjukkan ialah seperti berikut;
Demam berterusan
Sakit pada tempat luka
Keluar cecair, darah atau nanah dari tempat luka
Tanda kemerahan dan bengkak sekeliling tempat luka
Tempat luka nampak berlubang atau terbuka.
Dr Mastura menekankan agar ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan tidak lupa mengamalkan pemakanan seimbang. Jika merasa sesuatu tidak kena dengan luka pembedahan segera mendapatkan rawatan.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.