Penyanyi Liza Hanim berkongsi detik cemas ketika proses awal kehamilan anak kelimanya yang mana kandungannya kini dah masuk lima bulan.
Menurut Liza atau nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim, 38, dia mengalami pendarahan dan pernah dimasukkan ke hospital akibat simptom alahan yang teruk.
“Saya mengalami bleeding sebelum Konsert Dua Diva di Singapura, sampai kena masuk wad akibat muntah teruk sampai kekurangan air dalam badan.
“Alhamdullilah, walaupun kuat dugaan sepanjang kehamilan, baby kuat meneman mama dia menyanyi dan memenuhi undangan,” tulisnya di Instagram.
Penyanyi lagu Siapa Sangka Siapa Menduga ini mengumumkan kehamilan anak kelima selepas menjayakan Konsert Semalam Di Malaya yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur baru-baru ini
Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.
Sementara itu, Liza memberitahu kehamilannya kali ini merupakan anugerah dan rezeki yang cukup bermakna buat dirinya dan suami.
Liza turut meminta peminat mendoakan agar kandungannya sihat dan dia mampu meneruskan kerjaya seni seperti biasa.
“Sesungguhnya ini adalah rezeki dan anugerah terindah yang sungguh indah dan amat bermakna daripada Allah.
“Doakan saya sihat sehingga melahirkan nanti… time being, kerja tetap kerja!,” katanya.
Sumber: Mstar Online