Perkembangan anak kecil kita jadi kurang menarik tanpa kenangan untuk diingati disepanjang hidupnya. Momen anak merangkak salah satu perkembangan yang amat menarik dan penuh cabaran.
Bagi menambahkan lagi keghairahan anak merangkak, Pa&Ma dan Simpan SSPN sekali lagi tampil menganjurkan program Baby Merangkak Race 2022 yang diadakan setiap tahun.
Program Baby Merangkak Race 2022 ini turut diadakan bersempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 atau BMS2022 yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Oktober ini.
Memilih lokasi di Sunway Velocity Mall, Karnival Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 bersama Simpan SSPN ini turut dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk Merangkak Race bersama Pa&Ma.
Apa yang menariknya, penyertaan kali ini turut membawakan tema Superhero yang menjadi lambang kekuatan ketika anak-anak merangkak.
Ads
Seramai 50 peserta yang terdiri dari bayi berusia lapan hingga 12 bulan akan mempamerkan aksi dan kegigihan masing-masing di pentas lawan.
Terdahulu, lima puluh peserta cilik ini akan dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut nama-nama adiwira kegemaran ramai.
Peserta kemudiannya dilepaskan untuk berentap dan disitulah lima peserta akan dipilih untuk ke pusingan akhir.
Ads
Peserta bukan hanya dinilai dari segi kepantasan masa merangkak bahkan daya kreativiti sepanjang berlumba.
Paling menarik, lima peserta ke peringkat akhir akan bakal memenangi akaun simpanan bernilai RM50 hingga RM250. Manakala pemenang kategori khas akan membawa pulang hadiah kemenangan RM200 ke dalam akaun. Memang menarik.
Ads
Karnival Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022
Tidak hanya Baby Merangkak Race, pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari ini.
Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang tiga hari ini termasuklah penampilan istimewa Meet & Greet bersama Ejen Ali & P&T Simpan SSPN.
Acara bertambah meriah dengan kehebatan hos Bell Ngasri, Fizi Ali dan Sarancak yang turut menggamatkan suasana sepanjang tiga hari ini.
Antara aktiviti menarik sepanjang tiga hari ini adalah seperti pertandingan mewarna, pertandingan Puzzle Simpan SSPN, pertandingan Action Song Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, pertandingan Pakaian Beragam Simpan SSPN dan banyak lagi.
Pastikan kunjungan anda ke sini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disebabkan kebebasan mengakses masuk internet untuk menonton video menyebabkan kanak-kanak pada zaman kini mudah terdedah kepada bahayanya kandungan video yang tidak ditapis.
Tanpa kita sedar, kita sangkakan anak sedang menonton kartun yang sesuai namun sebaliknya pula berlaku kerana munculnya watak-watak kartun yang ekstrem tetapi terlihat “kid-friendly”.
HARAMKAN KARAKTER INI DARI DILIHAT ANAK ANDA!
Kalau dengar atau nampak je mana-mana nama ni semasa anak anda tengok YouTube.
Minta mereka tutup segera!
1. Huggy Wuggy
2. Kissy Missy
3. Cartoon Cat
4. Among Us
5. The Siren Head
6. Five Nights At Freddy’s
7. Long Horse
8. Poppy Playtime
9. Sun & Moon (karakter dalam Five Nights at Freddy’s)
10. Happy Tree Friends
Ish.
Banyak lagi sebenarnya. Cuba bantu saya tambah nama-nama karakter yang penting untuk kita semua alert di ruang komen.
Kadang-kadang kita parents ni tak tahu. Karakter, nama game yang anak kita tengah tengok kat YouTube tu sebenarnya sangat sangat bahaya.
Kita ingat, biasa je.
Sebab, kita pun tak tahu apa yang diorang tengok kan?
Rupanya, sangat bahaya untuk perkembangan sosial-emosi mereka. Take note tau.
Ambil tahu apa yang anak tengok. Lagi bagus, kawal.
Allah sebaik-baik perancang. Setiap apa yang berlaku, semuanya dengan kehendak-Nya. Begitu jugalah dengan kisah pasangan suami isteri ini yang kehilangan anak dan hanya menunggu masa untuk dilahirkan.
Bagi pasangan suami isteri ini, kegembiraan menyambut orang baru bertukar dengan linangan air mata apabila anak kedua yang dinantikan meninggal dunia dalam kandungan. Apa yang menyedihkan, pemergian anak syurga ini kurang 48 jam daripada tarikh bersalin yang dianggarkan doktor.
Melalui perkongsian, Mr Wan Cai Official yang menguruskan urusan anak syurga ini, beliau berkongsi bagaimana kuatnya seorang ibu dan ayah melalui ujian ini walaupun agak perit nak laluinya.
Sepatutnya 27 Oktober tarikh melihat dunia
Kisah kematian anak syurga yang meninggal dunia 9 bulan dalam kandungan ibunya. Mohon kemaafan kerana lewat untuk membuat perkongsian tentang kisah anak syurga yang telah diuruskan oleh kami. Untuk makluman followers MWCO.
Sepatutnya 27 Oktober 2020 adalah tarikh untuk anak syurga ini melihat dunia. Namun tarikh kelahiran itu telah Allah tetapkan sebagai tarikh untuk menguruskan pengkebumian jenazah anak syurga ini.
Ibu mana yang boleh menerima kenyataan apabila mengetahui anak yang dikandung selama 9 bulan sudah tidak lagi bernyawa? Bapa mana yang boleh menahan rasa kesedihan apabila anak yang baru dilahirkan sepatutnya dipangku untuk di azankan tetapi dipangku untuk dibawa ke tanah perkuburan?
Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata kesedihan yang dilalui oleh pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada anak syurga tersebut.
24 Oktober dah rasa, tapi belum ada bukaan
Pada 24 Oktober jam lebih kurang 02.00 pagi si suami telah membawa isterinya ke hospital. Ini kerana si isteri terasa anak di dalam kandungannya ada tanda tanda seperti hendak dilahirkan.
Tetapi doktor memaklumkan belum ada bukaan atau tanda tanda awal anak di dalam kandungan si ibu akan dilahirkan. Doktor juga memaklumkan kepada si ibu anak di dalam sihat lalu menyuruh si ibu pulang ke rumah.
25 Oktober, anak tak bergerak
Pada 25 Oktober pula ketika bangun dari tidur si ibu dapat merasakan anak di dalam kandungannya tidak bergerak. Ini bermaksud tiada langsung pergerakan bayi yang berlaku di dalam perut si ibu.
Lalu si isteri telah memaklumkan kepada suaminya. Si suami terus membawa isterinya untuk keluar bersarapan dengan harapan selepas makan anak di dalam kandungan akan bergerak dan aktif semula.
Kebiasaannya sebelum ini jika anak di dalam kandungan tidak bergerak si ibu akan terus makan atau minum. Tujuannya supaya anak di dalam kandungan akan sentiasa bergerak dan aktif. Setelah makan dan minum si ibu mendapati anak di dalam kandungannya tetap sama tidak bergerak seolah olah seperti ada yang tidak kena.
Tanpa melengahkan masa si suami terus membawa isterinya ke hospital untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anaknya itu.
Doktor sahkan bayi dah tiada
Setelah pemeriksaan dilakukan doktor telah mengesahkan bahawa anak dalam kandungan si ibu sudah lagi tidak bernyawa.
Punah harapan si suami disusuli dengan suara tangisan si isteri selepas mengetahui anak yang menunggu masa untuk dilahirkan telahpun pergi buat selama-lamanya.
Kalau diikutkan tinggal kurang daripada 48 jam untuk si ibu melahirkan anaknya mengikut pada kiraan hari yang diberi oleh pihak doktor.
26 Oktober, masukkan ubat untuk keluarkan bayi
26 Oktober 2020 ketika berada di katil wad bersalin. Si ibu perlu melahirkan anak syurganya walaupun sudah tidak lagi bernyawa. Dalam tempoh 48 jam doktor berusaha untuk membantu si ibu. Dua kali ubat dimasukkan bertujuan untuk mengeluarkan anak syurga dari kandungan secara normal.
27 Oktober, terpaksa operate, ibu dah tiada tenaga
27 Oktober tepat jam 12.00 tengahari doktor terpaksa membuat keputusan untuk mengeluarkan anak syurga yang ada di dalam kandungan menggunakan cara pembedahan.
Ini kerana risiko si ibu melahirkan secara normal tanpa tenaga selepas 48 jam dan hanya akan membahayakan nyawanya. Pada pukul 01.30 petang selepas dibedah akhirnya anak syurga tersebut telah berjaya juga dikeluarkan oleh doktor. Alhamdulillah. Allah bantu permudahkan urusan si ibu dari menghadapi kesulitan yang sedang dilalui selepas kematian anak syurganya itu.
Tunggu masa tarik ibu bapanya ke syurga!
Jenazah anak syurga ini telah kami kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang. Salam takziah untuk si ibu dan si bapa. Biarpun niat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian. Tetapi percaya dengan percaturan yang telah Allah tetapkan. Belum masa Allah izinkan untuk mempunyai zuriat.
Jangan ada rasa kecewa atau marah. Kerana setiap kejadian yang berlaku punya hikmah tersendiri. Salam takziah untuk ibu dan bapa kepada anak syurga tersebut. Aulian Arsy bin Mohamad Fariz nama anak syurga diberi. Menunggu masa untuk menarik ibu dan bapanya ke dalam syurga kelak nanti!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat berangkat hari ini untuk mengerjakan Umrah bersama anak-anak.
Memilih 10 terakhir bulan Ramadan sebagai tarikh untuk mengerjakan ibadah Umrah, Puteri Sarah atau mesra dipanggil Sarah memaklumkan berita tersebut menerusi laman Instagramnya.
Wanita cantik ini yang juga merupakan isteri kepada pelakon serta pengarah terkenal Syamsul Yusof, memohon doa ramai agar ibadah umrah Sarah sekeluarga diterima.
“Doakan Sarah & family juga supaya dapat Umrah yang mabrur”
Dia juga sempat memberitahu sekiranya ada yang ingin mengirim doa untuk dibaca di hadapan Kaabah boleh menghubunginya di ruangan chat.
“Sesiapa nak kirim doa boleh DM Sarah personally in sha Allah Sarah akan bacakan doa korang semua in front of Kaabah 😁 bagi details doa dan nama penuh ok.”
Sebelum ini hangat diperkatakan tentang masalah yang berlaku dalam rumah tangga Sarah dan Syamsul sejak 4 tahun lalu dan dikhabarkan orang ketiga tersebut masih lagi menganggu rumah tangga mereka sehingga kini.
Tinjauan di ruang komen Instagram milik Sarah pula, rata-rata rakan selebriti serta warga maya mendoakan kebahagian keluarga Sarah dan kelancaran mengerjakan ibadah Umrah.
“Mohonlah pertolongan dari Allah dan sabar ya”
“Semoga ada sinar kebahagiaan buat Sarah dan insan yang tercinta bersama anak-anak”
“Allah sebaik-baik perancang”
“Anak-anak soleh dan solehah kekuatan seorang ibu”
Semoga urusan Sarah serta keluarga dipermudahkan dan semoga ibadah Umrah diterima disisi-Nya.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.