Acara yang ditunggu-tunggu ibu bapa, Baby Merangkak Race 2025 (BMR 2025) kini kembali dengan konsep lebih meriah dan unik! Tahun ini, perlumbaan si comel bakal berlangsung pada 28 September 2025 di Central i-City bersempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025. Dengan tema Jungle Adventure, suasana perlumbaan dijanjikan penuh warna-warni, menyeronokkan dan pastinya akan mencuit hati para penonton.
100 Bayi Comel Bakal Berentap
Sebanyak 100 bayi berusia 6 hingga 13 bulan bakal menyertai perlumbaan istimewa ini. Setiap langkah merangkak mereka bukan sekadar hiburan, malah menjadi memori indah buat ibu bapa yang hadir memberi sokongan. Gelagat polos bayi yang cuba mencapai garisan penamat pasti akan membuatkan suasana riuh dengan sorakan dan gelak tawa.
Banyak Hadiah Menarik Menanti!
Ads
Selain pengalaman berharga, para pemenang juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1,000. Malah, semua peserta akan menerima goodies istimewa daripada Simpan SSPN dan Pa&Ma, menjadikan penyertaan ini lebih bermakna.
Menariknya, dengan hanya RM30, setiap peserta akan diberi pembukaan akaun Simpan SSPN bernilai RM30 sebagai langkah awal menyemai tabiat menabung untuk pendidikan masa depan mereka.
Hadiah yang ditawarkan untuk Juara adalah RM300 yang dikreditkan ke dalam akaun, barangan Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma manakala Naib Juara pula akan memenangi RM200 yang dikreditkan ke dalam akaun, barangan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Ads
Bagi pemenang tempat ketiga juga akan membawa pulang hadiah yang sama beserta wang tunai RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN. Untuk dua pemenang saguhati pula akan menerima RM50 yang akan dikreditkan ke dalam akaun barangan Simpan SSPN beserta hamper istimewa dari Pa&Ma.
Juga terdapat anugerah Baby Merangkak WOW! yang bakal membawa pulang RM100 yang dikreditkan ke dalam akaun, barangan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Aktiviti Keluarga Penuh Warna
Ads
Bukan sekadar perlumbaan, acara ini turut menjadi medan pertemuan ibu bapa untuk berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak. Dengan tema Jungle Adventure, pasti penampilan para peserta comel-comel dengan pakaian berkonsepkan renjer atau haiwan di hutan.
Penganjuran BMR 2025 ini bukan hanya sekadar aktiviti menyeronokkan, malah memberi pendedahan awal kepada ibu bapa tentang pentingnya menyimpan untuk masa depan pendidikan anak-anak.
Jangan Lepaskan Peluang!
BMR 2025 bukan sekadar pertandingan biasa namun menjadi simbol kasih sayang keluarga, gelagat polos bayi yang mencuit hati dan usaha membina masa depan lebih cerah melalui tabiat menyimpan demi masa depan pendidikan anak-anak. Jadi, jangan lepaskan peluang menyertai dan menyaksikan acara penuh meriah ini di Central i-City pada 28 September 2025 dan nantikan siapakah yang bakal menjadi Juara Baby Merangkak Race 2025!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati isteri mana yang tak sedih saat dapat tahu orang yang dia percaya dan ayah kepada anak-anaknya tidak bercakap benar saat kemelut rumah tangga berlaku sebelum ini. Walaupun pahit untuk ditelan, namun demi anak-anak perlu juga kuat.
Sejak kontroversi perkahwinan pengarah terkenal Syamsul Yusof berkahwin dengan isteri kedua, Ira Kazar sebenarnya ramai yang telah menitipkan doa dan kata-kata yang baik buat Puteri Sarah serta dua anaknya.
Bagaimanapun selepas video penjelasan yang dimuat naik oleh Syamsul di instagramnya yang mengaku sudah berkahwin dua, ramai yang ralat dan kasihankan Puteri Sarah. Cuma yang menjadi perhatian adalah kenyataan Syamsul menitipkan pesanan Puteri Sarah pulang ke rumah bersama anak-anak untuk menyelesaikan hal rumah tangga mereka.
Malah, Syamsul juga turut mendakwa isterinya membawa anak-anak keluar tanpa keizinannya sedangkan mereka masih lagi suami isteri.
Sebagai isteri dan ibu, kenyataan itu seolah-olah memberikan tanggapan negatif dan Puteri Sarah dilihat memuat naik perkongsian di Instagram membidas tuduhan yang dilemparkan suaminya kerana membawa anak-anak keluar tanpa izin.
“Kalaulah Syaikhul dan Sumayyah boleh berikan kenyataan di mahkamah, pasti mereka akan cakap ‘Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan mama, abang dan adik, bukan KITA. Di mana ayah? Selalu tiada di rumah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut meminta suaminya tidak menunding kesalahan kepada dirinya serta dengan menggunakan nama Allah.
“Syamsul Yusof jangan tunding ‘kebodohan’ awak kepada saya. Jangan guna nama Allah untuk membuatkan awak nampak seperti ‘angel’ di mata manusia,” tulisnya.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Namun yang menjadi perhatian ramai menerusi satu komen ditinggalkan oleh ibu mertuanya yang mendoakan ketabahan buat menantu tercinta setelah Puteri Sarah diuji dengan ujian rumah tangga.
Rata-rata warga maya mendokan yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana serta anak-anak. Rakan selebriti dan ternama turut menitipkan doa buat selebriti cantik ini.
Pelakon dan usahawan, Fizo Omar berkongsi satu video pendek menunjukkan reaksi anaknya, Wan Maryam yang seolah-olah begitu teruja untuk tunggu kehairan adik baby lahir.
Momen antara isteri Fizo, Fazeera dan Maryam itu begitu sweet sekali apabila Maryam mencium perut Fazeera yang kini sedang hamil anak pertama.
“The most excited sister!” tulis Fizo pada kapsyen video tersebut. Rata-rata yang menonton aksi comel Maryam itu pun tumpang gembira melihat kemesraan kedua-duannya.
Nampak sifat penyayang Maryam sebagai seorang kakak. Lepas ini tak mustahil apa yang Fazeera buat dia nak buat juga untuk adik baby.
Ramai yang tak sabar untuk melihat bayi yang bakal lahir nanti sama ada Fizo Junior atau Fazeera Junior.
Masing-masing mendoakan ibu dan bayi sihat sehingga sampai waktu kelahiran dan dipermudahkan untuk urusan bersalin nanti.
“Maryam excited nak dapat adik, sayangnya kat baby dalam perut mama. Jaga adik baik-baik ye sayang.”
Pada perkongsian sebelum ini, Fazeera ada memaklumkan dia bakal melahirkan bayi sekitar awal Julai depan di antara 10 Julai. Setakat ini keadaan baby semua ok dan mengharapkan semua dipermudahkan.
Sebelum ini Fizo telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama bekas pramugari pada 21 Oktober tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Kredit: IG Fizo Omar
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cara kenalkan telur kepada bayi dengan selamat, langkah demi langkah dari minggu ke minggu. Ketahui bila boleh mula, tanda alergi dan tip penting untuk elak risiko pada si manja.