Siapa sangka kegembiraan seorang isteri untuk menimang cahaya mata pertama yang sangat dinanti-nantikan selama ini berakhir dengan tragedi yang benar-benar menyayat hati. Tanpa belas kasihan ditambah pula waktu itu baru disahkan hamil, sanggup seorang suami memukul isteri sehingga koma.
Polis giat cari suami mangsa
Menerusi laporan media sebelum ini, pihak polis masih giat mencari lelaki yang dikenali Rosmaini Abd Raof bagi membantu siasatan. Sehingga kini, suspek belum dijumpai selepas melarikan diri setelah berlaku insiden tersebut.
Terkini, Kosmo melaporkan, mangsa, Jahidah Nordin yang berusia 43 tahun telah dibenarkan keluar hospital setelah 27 hari dirawat di hospital.
Mangsa yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Johor telah dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga tersayang di Sungai Udang, Melaka.
Ads
“Alhamdulillah kandungan dalam keadaan baik..”
Menurut adik mangsa, Fazariah Nordin, 38, kesihatan kakaknya itu berada dalam keadaan stabil tetapi dia masih belum sedarkan diri. Difahamkan, kandungan mangsa yang berusia 11 minggu juga berada dalam keadaan baik.
Ketika scan baby dalam kandungan kakak dah 8 minggu masa ni. (19.5.21). Jantung baby pun dah nampak.
“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.
Mungkin akan hilang ingatan
Ads
Tambahnya lagi, pihak hospital ada memaklumkan kemungkinan mangsa akan mengalami hilang ingatan selain mempunyai peluang yang tipis untuk kembali pulih seperti biasa.
Dalam pada itu, mereka berdoa supaya mangsa diberi kesembuhan selain berharap agar pelaku akan ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.
Baru buka buku pink (1 Jun). Ikutkan perancangan kakak masa tahu dirinya hamil, memang nak buka lepas raya
Minum susu khas
Ads
Sekarang ini kakak hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas.
Sementara itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban keluarga mangsa boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank Fazariah Nordin 160214042052 (Maybank) atau 0413841000043244 (Bank Simpanan Nasional).
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gaya rambut anak lelaki yang dibiarkan sedikit panjang seakan menjadi satu trend dikalangan ibu bapa ditambah lagi dengan kesukaran untuk menggunting rambut mereka. Sudahnya rambut dibiarkan sedikit panjang.
Lain pula kisahnya dengan pengguna Tik Tok dikenali sebagai Madam Ain @madamainn yang berkongsi kisah rambut anaknya yang dipotong pengasuh.
Jelas @madamainn melalui perkongsiannya menerusi video yang dikongsikan, dia mengakui berasa sedih kerana rambut anaknya itu dipotong tanpa sebarang persetujuannya.
Memuat naik beberapa keping gambar anaknya sebelum dan selepas ke rumah pengasuh ternyata amat berbeza.
Apa yang pasti, rambut anaknya, Aydan dilihat lebat, lurus dan siap ada gaya ‘bangs’ yang menutupi bahagian dahinya. Memang comel!
Pun begitu Ain dikejutkan dengan dengan penampilan terbaru anaknya itu sebaik menjemputnya dari rumah pengasuh.
Paling ketara, gaya rambut ‘bangs’ Aydan kini dipotong kemas hingga menampakkan dahinya.
Walau bagaimanapun, dalam muat naik terbaru pengguna TikTok itu, dia menjelaskan sudah reda dengan apa yang terjadi dan meminta orang lain tidak terus berbalah mengenai apa yang menimpa anak lelakinya.
“Jangan gaduh-gaduh lagi pasal rambut Aydan. Mama dah move on,” tulisnya.
Tepat jam 3.40 petang, Khamis (9 Julai) dengan izin Allah, akhirnya buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang bakal menginjak usinya 2 tahun pada 13 Ogos ini telah menjadi kakak.
Menerusi kemas kini walid Ainul, Ahmad Safiuddin, dia berkongsi rasa syukur apabila kelahiran adik Ainul dipermudahkan dan kedua-duanya sihat.
Hanya memuat naik status yang ringkas dah cukup mengambarkan perasaan gembira dan bersyukur atas kelahiran anak kedua ini.
Semua warganet mengucapkan tahniah dan gembira dengan perkongsian walid Ainul.
Alhamdulillah dah sepasang!
Melalui perkongsian walid Ainul sebelum ini, kehadiran bayi lelaki ini telah menyempurnakan keluarga kecil mereka.
Ainul dah ada bodyguard
Tahniah untuk keluarga Ainul dan diharapkan kehadiran seorang khalifah dalam keluarga Ainul akan memberi sinar kebahagiaan buat semua.
Sumber: Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedih nya bila anak yang selama ini sentiasa ada di depan mata akhirnya kini pergi meninggalkan semua dengan mengejut akibat tersedak susu.
Kisah sedih seorang bapa yang berkongsi di Twitter ini di mana bayinya, Dewi Faleesya didapati meninggal dunia di taska akibat tersedak susu. Walau pun kehilangan anak perempuannya, bapa ini tidak menyalahkan pihak taska dan reda yang Allah lebih menyayangi puterinya itu.
MASIH BELUM PUAS JAGA DEWI, TUNGGU AYAH IBU DI SYURGA SAYANG…
PAGI DEWI SIHAT, PETANG DEWI DAN TINGGALKAN AUAH IBU SELAMA-LAMANYA
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.