Seperti orang dewasa, bayi juga boleh mengalami kencing kotor. Ibu dan ayah perlu lebih peka dengan sebarang perubahan pada anak. Antara perkara yang boleh diperhatikan adalah seperti bau air kencing yang busuk, terdapat kesan darah pada air kencing, mengalami muntah-muntah dan banyak lagi.
Sumber foto: www.freepik.com
Melalui penulisannya, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi tentang masalah kencing kotor dalam kalangan bayi.
Dah banyak hari sebenarnya baby perempuan umur 6 bulan tu demam.
Masa mula demam, ibu ayahnya dah bawa ke klinik lalu dibekalkan ubat antibiotic. Kata doktor, boleh jadi sebab jangkitan kuman dekat telinga.
Namun tetap tak sembuh.
Demam berterusan, menyusu dah makin kurang akhirnya bayi tu jadi lembik dan tak aktif. Bila dibawa ke hospital, pemeriksaan jantungnya berdegup sangat laju manakala tekanan darahnya rendah.
Patutlah tak bermaya, rupanya bayi malang tu dah mengalami dehydrated yang teruk!
Beberapa test segera dilakukan untuk cari punca jangkitan tu.
Salah satunya doktor terpaksa masukkan tiub plastic halus melalui salur kencing bayi perempuan tadi untuk keluarkan sample urine.
Ads
Sebaik saja tiub tu dimasukkan, mengalir keluar air kencing warna keruh susu dan bila ujian lab dilakukan, rupa-rupanya anak tu dah terkena penyakit kencing kotor!
Anak kecil mudah sangat sebenarnya dapat jangkitan ni.
Sumber foto: www.freepik.com
Ada satu study yang dibuat oleh research committee dari American Academy of Paediatrics beritahu, 9 per 100 bayi bawah usia 60 hari yang demam panas puncanya kerana penyakit kencing kotor.
Itu sebab saya nak share ilmu mahal yang ramai orang tak tahu ni tapi sebenarnya boleh elakkan jangkitan pada salur kencing baby:
✅ Cepat-cepat tukar lampin anak kalau dah berak.
Jangan duk tunggu sebab dalam najis baby tu ada banyak kuman. Kalau terbiar lama, nanti kuman tu berpindah ke kawasan salur kencing baby lalu akibatkan jangkitan kencing kotor.
✅ Make sure kalau pakai wet tissue, guna sehelai untuk sekali lap je. Jangan ulang-ulang lap 2-3 kali guna wet tissue yang sama.
✅ Masa lap tu, lap dari bahagian depan ke belakang. Jangan amalkan lepas lap najis pada bahagian bontot, pergi pulak lap bahagian kemaluan bayi guna tisu yang serupa.
Tak pasal-pasal bakteria E. Coli dalam najis tu berjangkit pulak ke salur kencing baby.
Tips ni semua simple je tapi kalau tak buat betul-betul boleh risikokan kesihatan dan nyawa bayi kita.
Dah siap baca tolong #share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ya. Semua ibubapa wajib tahu pasal benda ni.
Biarpun lampin sudah ditukar dan bayi telah diberikan susu, dia tetap menangis. Sesetengah ibu ayah pasti buntu apakah punca yang menyebabkan si manja menangis tanpa henti. Apabila ditepuk pada bahagian perut, terasa seperti ada angin di dalamnya. Masalah kolik boleh menjadi sebab mengapa bayi menangis kerana mereka merasa tidak selesa pada bahagian perut.
Kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis.Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkanbayi berasa tidak selesa.
Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik.Tanda bayi kolik ialah bayi berumur kurang tiga bulan, menangis cara menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis.
Waktu tangisan hampir sama setiap hari. Menangis adalah cara untuk mengeluarkan udara perut. Jadi jangan terlalu panik apabila bayi menangis, perlu banyak bersabar. Kekal tenang apabila bayi anda menangis tanpa henti.
Tahukah anda bahawa, keadaan tersebut berlaku pada bayi dalam tempoh beberapa minggu pertama kelahiran. Kira-kira 40 peratus daripada bayi-bayi di seluruh dunia mengalami situasi ini.
Setelah lahir saluran gastrousus menyesuaikan diri dengan fungsi baharu dalam badan. Keadaan ini mungkin menyebabkan bayi tersebut menghadapi gejala-gejala seperti kembung perut, muntah-muntah, perut berangin, sembelit dan cirit-birit ringan.
Dukung bayi anda. Dekatkan dengan dada dan peluk dirinya. Bayi akan rasa selamat seakan berada dalam rahim.
Untuk redakan tangisan bayi yang mengalami kolik, mengambil masa anggaran lima hingga 20 minit, namun ia bergantung kepada bayi itu.
Biasanya bayi kolik akan tertidur keletihan dalam dakapan setelah menangis dalam tempoh yang lama.
Bahaya jika membiarkan bayi menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur.
Bila bayi sudah menangis, cuba urut tapak kaki dan tapak tangan. Selain itu, sendawa bayi setiap kali selepas minum susu. Sendawa membantu mengeluarkan angin yang terkumpul dalam perut bayi.
Segera berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan sehingga berhari-hari untuk pemeriksaan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara aspek utama penyusuan susu ibu yang berjaya adalah tekapan mulut bayi. Sekiranya bayi anda tidak menekap dengan betul ke payudara anda, penyusuan mungkin menyakitkan.
Terdapat teknik khusus yang boleh digunakan untuk membantu bayi menekap ke payudara anda. Apabila posisi dan tekapan yang baik diperoleh, penyusuan susu ibu akan menjadi pengalaman yang selesa untuk ibu dan bayi.
Sebelum anda memahami teknik penyusuan badan, anda perlu mengetahui isyarat lapar yang mungkin ditunjukkan bayi anda. Bayi anda mungkin menghisap bibir, lidah, jari, atau tangan. Kelihatan gelisah dan meragam juga merupakan petunjuk bahawa bayi anda lapar.
Menangis adalah isyarat lapar yang lewat dan boleh menjadi sukar untuk memulakan penyusuan sewaktu bayi menangis.
Cuba perhatikan dan pelajari isyarat-isyarat awal bayi lapar. Perlu diingat bahawa bedung, puting kosong dan sarung tangan boleh menghalang isyarat lapar, kerana mulut dan tangan bayi terbatas.
Teknik bantu bayi menekap
Teknik berikut di samping posisi yang betul boleh membantu memastikan bayi menekap dengan betul untuk penyusuan susu ibu yang berjaya:
Duduk di kerusi dengan sokongan belakang yang selesa untuk menyusukan bayi anda. Menggunakan bangku kaki untuk merehatkan kaki pula boleh membantu membentuk postur yang baik dan mencegah lenguh leher dan bahu.
Gunakan bantal penyusuan jika ada. Jika tidak, gunakan sebarang bantal yang untuk membantu menyokong anda dan bayi. Bantal penyusuan yang baik sangat membantu bayi berada pada kedudukan yang tepat untuk menekap.
Pastikan perut bayi menghadap perut anda pada setiap masa.
Pastikan anda memegang rapat bayi ke arah anda, jangan cuba untuk membengkokkan badan untuk merapatkan diri kepada bayi. Ini bukan sahaja akan menyebabkan ketegangan teruk pada leher dan bahu, tetapi ia juga boleh menjejaskan posisi bayi.
Pastikan telinga, bahu dan peha bayi anda selari, yang akan memudahkan bayi menyusu.
Hidung bayi harus setentang dengan puting.
Anda mungkin perlu memegang payudara anda untuk membantu menghalakan puting pada mulut bayi anda. Genggam payudara dari tepi, menggunakan teknik pegangan “C” atau “U”. Pastikan jari anda jauh daripada puting supaya anda tidak mengganggu bayi menekap.
Halakan puting ke arah bibir atas / hidung bayi, bukan di tengah mulut. Anda mungkin perlu menggosok puting pada bahagian atas bibir untuk membantu bayi anda membuka mulutnya.
Kepala bayi harus tertolak sedikit ke belakang. Anda tidak mahu dagunya tunduk ke dada.
Apabila bayi membuka luas mulutnya dengan dagu dan lidah ke bawah, bayi boleh menekap dengan mudah. Jika bayi tidak membuka mulut dengan lebar, jangan cuba memaksa puting ke dalam. Anda mungkin perlu merangsang bayi membuka mulut dengan luas beberapa kali sebelum berjaya.
Cuba untuk memastikan sebanyak mungkin bahagian areola (kawasan hitam sekitar puting) masuk ke dalam mulut bayi.
Dagu bayi sepatutnya menekan bahagian bawah payudara.
Kedua-dua bibir atas dan bawah bayi sepatutnya terjuih seperti bibir ikan. Jika tidak, anda boleh menggunakan jari anda untuk menarik bahagian bawah ke bawah dan membuka bahagian atas agar lebih ke atas.
Selain memastikan bayi menekap dengan betul, anda juga boleh mengenal pasti posisi yang selesa untuk anda dan bayi. Terdapat pelbagai posisi berbeza yang berkesan untuk menyusu. Pastikan anda mengamalkan tip di atas untuk memastikan penyusuan berjaya.
Mencari snek yang sihat, lazat dan mudah untuk anak-anak? Ibu-ibu boleh cuba Eggless Banana Raisin kek, satu pilihan snek yang sesuai untuk kanak-kanak, terutama...