Allah Maha Besar! Itu yang sentiasa diungkapkan oleh suami Siti Sarah, Shuib apabila bayi lelakinya yang dilahirkan Sarah secara pembedahan petang Jumaat itu mula menunjukkan perkembangan positif.
Berkongsi perkembangan terkini keadaan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan, Shuib bersyukur anak keempatnya itu berada dalam keadaan stabil dan baik walaupun dilahirkan awal dari usia kandungannya.
ARTIKEL BERKENAAN [“Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki. Cuma Dia Agak Kritikal. Doakannya Terus Kuat!”]
“Baby dah buka mata, kaki menendang-nendang..”
“Alhamdulillah sedikit update untuk Ayash Affan, Dr Faiz HUKM beritahu pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.
“Ya Allah syukur, ini juga berkat doa anda semua yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.
LAGI ARTIKEL BERKENAAN [“You Kuat Sayang, I & Anak-Anak AKan Tunggu You Balik.” Paras Oksigen Makin Meningkat, Shuib Yakin Sarah Kuat!]
“Saya balikkan doa-doa kalian, semoga kalian juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar daripada segala kemudaratan, insyaAllah amin,” kongsi Shuib.
Sebelum ini, Siti Sarah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan bayi ketika usia kandungan tujuh bulan disebabkan paras oksigen dalam badannya menurun dan terpaksa ditidurkan kerana jangkitan Covid.
Atas nasihat doktor, Shuib reda dengan keputusan itu demi kebaikan Sarah dan bayi dalam kandungan.
Sarah pilih nama Ayash Affan
Sementara itu, menurut Shuib, nama Ayash Affan untuk bayi lelakinya ini adalah pilihan Siti Sarah
“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,”.
Bercerita lanjut, Shuib yang juga usahawan mengakui hampir hilang pertimbangan kerana tidak menyangka akan melalui ujian tersebut. Namun dia mula reda selepas menerima nasihat daripada golongan agama.
Kredit: IG Shuib Sepahtu & Mstar
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)