Memasuki usia kandungan 40 minggu dan dijangka bersalin bila-bila masa sahaja, pelakon Dynas Mokhtar dinasihati doktor untuk memakan durian dengan banyak bagi memudahkan proses kontraksinya.
Perkara itu dikongsi Dynas menerusi entri di akaun instagramnya dengan menunjukkan dia memegang sebiji durian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respon dan mendoakan Dyas agar dipermudahkan urusannya untuk bersalin.
Ads
Dynas aktif buat senaman
Ads
Bukan itu sahaja, sepanjang kehamilan kali ini, Dynas sangat aktif walaupun sewaktu di awal kehamilan dia turt mengalami alahan teruk seperti tak boleh bangun dan makan.
Namun selepas trimester kedua semuanya dah kembali ok dan Dynas rajin melakukan senaman khusus untuk ibu hamil.
Ads
Senaman ini bukan sahaja untuk mempermudahkan urusan bersalinnya tetapi bagi mengekalkan staminanya sepanjang mengandung.
Dia juga selalu berkongsi video cara senaman yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh dilakukan sendiri di rumah.
Ibu yang sedang mengalami masalah uri di bawah atau plasenta previa memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup antara yang disyorkan. Pun begitu jom ketahui, posisi tidur bagaimana yang disyorkan untuk ibu hamil dengan plasenta previa.
Plasenta atau uri adalah satu struktur yang berkembang di dalam rahim sepanjang tempoh kehamilan berlangsung. Plasenta ini bersambung dengan bayi melalui tali pusat.
Uri berfungsi membekalkan oksigen dan nutrisi selain mengeluarkan bahan buangan daripada bayi dalam kandungan.
Dalam kebanyakan kehamilan, plasenta akan melekat pada bahagian atas atau sisi rahim.
Manakala situasi uri bawah pula berlaku apabila plasenta menutup sebahagian atau keseluruhan serviks ibu – merupakan saluran keluar untuk rahim.
Jenis-jenis uri bawah:
Previa lengkap – Bukaan serviks ditutup sepenuhnya
Previa separa – Sebahagian daripada serviks ditutup dengan uri
Previa sisi – Memanjang hanya ke tepi serviks
Bagi wanita dengan isu mengandung uri bawah, anda mungkin akan mengalami pendarahan sepanjang kehamilan dan juga semasa bersalin.
Doktor biasanya akan menyarankan untuk anda mengelakkan aktiviti yang mungkin menyebabkan kontraksi seperti melakukan hubungan seks atau menggunakan tampon.
Di samping itu, anda juga akan dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan risiko pendarahan seperti berlari, mencangkung dan melompat.
Jika keadaan plasenta previa ini tidak sembuh, anda mungkin akan bersalin melalui pembedahan.
Risiko komplikasi uri bawah
Terdapat beberapa risiko komplikasi serius yang boleh berlaku kepada wanita hamil dengan masalah plasenta previa ini, antaranya:
* Pendarahan utama atau hemorrhage kepada ibu
* Kejutan akibat kehilangan darah
* Tekanan pada janin akibat kekurangan oksigen
* Kelahiran pramatang
* Risiko kesihatan kepada bayi – jika dilahirkan pramatang
* Bersalin caesarean kecemasan
* Histerektomi (buang rahim) – jika plasenta gagal keluar daripada lapisan rahim
* Kehilangan darah pada bayi
* Spektrum plasenta akreta – plasenta tumbuh ke dalam atau melalui dinding rahim. Risiko pendarahan yang tinggi semasa mengandung atau semasa dan selepas bersalin
* Kematian
Posisi tidur ibu hamil
Berikut antara posisi yang disarankan buat wanita hamil dengan masalah uri bawah:
1. Berbaring mengiring
Wanita hamil dengan plasenta previa sangat dinasihatkan untuk tidur berbaring mengiring ke kiri. Kedudukan dipercayai dapat mengurangkan tekanan pada rahim supaya aliran darah dan nutrien untuk janin serta plasenta lebih lancar. Di samping itu, mengiring ke kiri tidak akan memberi tekanan kepada jantung.
2. Tidur dengan sokongan
Satu lagi posisi tidur untuk wanita hamil dengan plasenta previa ialah berbaring dengan meletakkan bantal sebagai sokongan.
Letakkan beberapa bantal di kepala dan belakang badan supaya kedudukannya seperti separuh duduk. kedudukan ini boleh membuatkan ibu hamil berasa lebih selesa.
Bukan itu sahaja, posisi separuh duduk juga boleh mengurangkan risiko mengalami pedih ulu hati pada waktu malam.
Benarkah masalah kekejangan terutamanya di bahagian kaki yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan boleh diatasi dengan mengambil suplemen kalsium? Bagaimana suplemen ini boleh membantu mengatasi masalah ini?
Rasa kejang di kaki memang sering terjadi ketika hamil. Rahim yang semakin membesar menyebabkan saluran darah tertekan. Ini menyebabkan darah sukar untuk mengalir ke atas (dari kaki ke jantung). Pengaliran darah yang semakin sukar ini menyebabkan kaki terasa kejang.
Suplemen kalsium sering digunakan untuk merawat kekejangan kaki tetapi ia tidak banyak membantu.
Sebaliknya, anda dinasihatkan untuk:
Suplemen kalsium penting untuk pembentukan tulang dan gigi bayi. Jika anda tidak mengambil suplemen kalsium secukupnya, bayi akan “mencuri” kalsium daripada anda. Ini menyebabkan tulang anda mengalami kehausan kalsium.
Anda perlu terus mengambil suplemen kalsium sewaktu berpantang dan ketika menyusukan bayi kelak. Vitamin D pula penting untuk memastikan pil kalsium yang dimakan boleh diserap ke dalam badan.
Wanita yang kekurangan kalsium akan mendapat risiko osteoporosis di masa hadapan. Wanita hamil dan menyusukan anak memerlukan 1000 – 1200 mg kalsium sehari. Tetapi jangan makan kalsium berlebihan kerana ia boleh menyebabkan masalah sembelit dan batu karang.
5 ubat perlu dielakkan
Ia berupaya menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit. Lalu, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
Ubat ini berkesan untuk merawat masalah mood tidak menentu tetapi ia boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
Ia merupakan sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
Ubat ini boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
Ada beberapa jenis antibiotik yang tidak selamat untuk wanita hamil ialah tetracyclines (doxycycline dan minocycline). Begitu juga dengan Bactrim dan Septra.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu mengandung bertanyakan keperluan untuk mengambil dos penggalak (booster) vaksin covid. Perlu atau tidak?
Menurut Dr Muhammad Izzat, dengan bertambahnya pelbagai varian baru Covid, YES, dengan mengambil dos booster, maka kita tingkatkan antibody yang sedia ada untuk mencegah jangkitan covid, dan jika terkena jangkitan covid, severity atau keterukkan jangkitan dapat dikurangkan.
Maka kalau ibu mengandung atau mereka yang sedang cuba untuk mengandung (TTC) saya galakkan semuanya untuk mendapatkan booster dose sejurus sahaja anda layak untuk dapatkannya – at least 3 months from your 2nd dose.
Bila nak ambil Covid vaccine/ booster?
Vaksin Covid mahupun booster SELAMAT diberikan at any point in pregnancy, pada SEMUA trimester kehamilan. Jangan berlengah jika ibu mengandung telah diberikan tarikh untuk mengambil vaksin/booster
Perlu ke tunggu bersalin dulu baru amek booster?
Bukan sahaja vaksin selamat in pregnancy, antibody yang dihasilkan bila si ibu dapatkan vaksin ketika mengandung akan diturunkan pada baby yang belum dilahirkan, so ur baby had some amount of protection against covid bila lahir
Covid booster is VERY SAFE to be given at ALL POINT of pregnancy. Bukan sahaja protect mother, vaksin turut melindungi your baby.
Jangan tangguhkan dan tunggu selepas beranak. Get it as soon as you being offered yaa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!