Memasuki usia kandungan 40 minggu dan dijangka bersalin bila-bila masa sahaja, pelakon Dynas Mokhtar dinasihati doktor untuk memakan durian dengan banyak bagi memudahkan proses kontraksinya.
Perkara itu dikongsi Dynas menerusi entri di akaun instagramnya dengan menunjukkan dia memegang sebiji durian.
“My doctor ask me to go eat durian banyak-banyak because it helps with the contraction bila dah 40 weeks.
“So apa lagi tunggu? Belasah lah!” tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai respon dan mendoakan Dyas agar dipermudahkan urusannya untuk bersalin.
Dynas aktif buat senaman
Bukan itu sahaja, sepanjang kehamilan kali ini, Dynas sangat aktif walaupun sewaktu di awal kehamilan dia turt mengalami alahan teruk seperti tak boleh bangun dan makan.
Namun selepas trimester kedua semuanya dah kembali ok dan Dynas rajin melakukan senaman khusus untuk ibu hamil.
Senaman ini bukan sahaja untuk mempermudahkan urusan bersalinnya tetapi bagi mengekalkan staminanya sepanjang mengandung.
Dia juga selalu berkongsi video cara senaman yang sesuai untuk ibu hamil dan boleh dilakukan sendiri di rumah.
Dynas mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Syazrik Din pada 21 April tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.
Sumber: ig Dynas Mokhtar