Bakal bersalin tidak berapa lama lagi, penyanyi dan pelakon, Hetty Sarlene memohon agar seluruh peminatnya mendoakan proses kelahiran anak pertamanya dipermudahkan.
Menerusi instagramnya, Hetty memaklumkan bakal berehat lama untuk fokus kepada bayinya selepas bersalin kelak.
Bercerita mengenai perkembangan bayinya, kata Hetty lagi, bayi kecil di dalam kandungannya juga sihat dan semakin aktif.
” Proses pengimbasan bayi berjalan dengan baik hari ini. Semuanya baik-baik saja. BabyL pun sihat dan makin aktif seperti bapanya.
“Alhamdulillah beratnya juga sempurna tapi sayangnya dia tak tunjukkan muka kerana sibuk hisap ibu hari,” kongsinya di instagram.
Ads
Dalam pada itu, Hetty yang bakal melahirkan bayinya tidak berapa lama lagi turut memohon doa semua agar kelahiran bayinya kelak dipermudahkan.
Malah kata Hetty lagi, demi memberi perhatian kepada bayi dan kesihatan dirinya kelak selepas bersalin, dia bakal berehat panjang.
Ads
” Bayi dalam kandungan bakal membuat kemunculannya sedikit masa lagi. Jadi doakan saya dalam setiap doa anda. Saya bakal berehat dan mengambil cuti panjang untuk memberi fokus kepada keluarga kecil saya kelak.
“Pun begitu, saya dan suami akan berkongsi kegembiraan bersama anda sebaik sahaja bersalin kelak.Terima kasih buat semua. Teks dan mesej anda semua sangat bermakna untuk saya dan suami, tulisnya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @hettysarlene_oakes
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini, isteri kepada penyanyi rap iaitu Yonnyboi mengidam kuih akok dari kelantan sahaja. Episod mengidam Nik Nazira belum lagi berakhir dan kini masih lagi teringin beberapa makanan manis dan makanan ‘authentic’ yang lain. Malah kata Yonny lagi, isterinya hanya inginkan makan makanan yang dari khusus dari tempat asal seperti mee kolo di sarawak, akok dari kelantan dan pan mee dari penang.
Nik Nazira berkata kandungan yang kini sudah pun berusia 7 bulan namun sukar buatnya kerana mabuk selalu muntah walaupun sudah memasuki trimester 3 kehamilan.
“Sekarang saya banyak teringin benda manis macam kek”
Menjawab persoalan adakah sudah berjaya menunaikan mengidam isteri sebelum ini, Yonnyboii menjawab sudah.
“Tak mudah bila dia mengidam, sebab dia tak mahu kuih akok yang dijual di sini. Tapi, dia nak kuih akok dari Kelantan,” kongsi Yonny lagi.
Namun dia bersyukur bila mana saudaranya sudi membantu mencarikan kuih akok yang diingini isterinya.
“Mujurlah ada sepupu dan bapa saudaranya yang sanggup terbang ke Kota Bharu untuk membeli kuih itu dan kembali ke Kuala Lumpur untuknya,” katanya.
Ameera Zaini, pengacara CJ Wow Shop berkongsi amalan yang dilakukan ketika hamil anaknya, Mateen Hasnor yang kini sudah berusia 1 tahun 8 bulan menerusi posting di instagram beliau. Antara 13 amalanya ialah makan tembikai untuk tambah air ketuban.
Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam.
Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu2 yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu2 lain juga.
Masa awal2 pregnant dulu, Meera morning sickness yg teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well.
Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.
1. Doctor bagi injection untuk kuatkan rahim. 2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk. 3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu 4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi 5. Minum susu kambing 6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya 7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis 8. Banyak makan fruits — sukaaaa sangat fruits masa pregnant and now mateen pun camtu 9. Suka buah tembikai — untuk tambah air ketuban tp kalau banyak sangat takut diabetic pulak. 10. Mibum air kelapa setiap hari masa 3rd trimester 11. Baca / dengar Surah Maryam Surah Yusuf & Surah Al Baqarah. 12. Doa secara spesifik permintaan kita dekat Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa, etc 13. Masa belum ada nama meera panggil baby dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy dah bangun ke? Sebab itu pun satu doa kan.
Apapun kesimpulannya Every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yg terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua.
Ibu mana yang tidak merasa sedih, sudah disahkan hamil kemudian gugur pula. Biarpun sudah menjaga kandungan sebaik mungkin, tahu-tahu saja ada ketulan darah keluar. Ada juga sesetengah kes, si ibu tidak perasan yang dia sedang mengandung kemudian aktif membuat kerja-kerja berat. Sebaik tahu diri hamil, kandungan sudah tidak kuat dan gugur.
Apabila berlaku hal seperti ini, ibu akan menyalahkan diri sendiri dan merasa tertekan. sebenarnya keguguran yang berlaku bukanlah sesuatu yang kita minta, ia adalah dugaan dari Allah SWT dan mungkin ada ganjaran yang lebih baik menanti selepas itu.
Keguguran adalah perkara biasa dan dialami oleh kebanyakan wanita. Ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tetapi jika berlaku tiga kali berturut-turut keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage. Ia adalah satu situasi yang tidak normal. Melalui penulisannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menjelaskan tentang hal keguguran ini.
Keguguran di awal kehamilan sering berlaku pada wanita yang hamil, dan ia bukanlah suatu hal yang merisaukan. Tetapi keguguran berlaku sebanyak tiga kali berturut-turut, maka ia adalah suatu yang tidak normal. Keadaan ini dikenali sebagai habitual miscarriage.
Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan dan ujian yang lebih lengkap bagi mengetahui punca keguguran berulang. Walaubagaimana pun tidak semua punca keguguran dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan yang dilakukan.
Kebiasaannya punca keguguran di awal kehamilan ialah akibat “janin yang lemah”, ini bermakna janin itu mempunyai masalah genetik atau kromosom yang mengakibatkan janin tersebut tidak dapat membesar dengan baik dan akhirnya tidak dapat hidup dan dikeluarkan dalam proses keguguran.
Selain itu ia mungkin berpunca dari dari penyakit seperti endometriosis dan fibroid. Jangkitan kuman pada wanita yang hamil seperti jangkitan cytomegalo virus (CMV), herpes simplex (HSV) dan rubella boleh menyebabkan kerosakan pada janin dalam rahim sehingga menyebabkan keguguran.
Selain itu sejenis parasit toksoplasmosis yang biasa terdapat pada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-hati. Pastikan kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih.
Penyakit seperti darah yang pekat, diabetes dan tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, pada setiap kali kehamilan juga boleh menyebabkan keguguran berulang di awal kehamilan.
Oleh itu saya menggalakkan supaya dapat menjalani pemeriksaan yang lebih terperinci bagi mengesan masalah yang dihadapi. Seseorang wanita yang ingin hamil sepatutnya mengamalkan pemakanan berkhasiat dari peringkat awal lagi, mengambil juga asid folik dan vitamin.
Jika berkemampuan, ambillah cuti rehat pada peringkat awal kehamilan. Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Kurangkan stress dari segi fizikal dan mental. Doktor selalunya akan memberikan ubat hormon progesteron untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kuatkan semangat dan jangan melayani pemikiran negatif. Banyak berdoa, solat hajat dan bersedekah. Insha ALLAH, ALLAH akan membantu hambaNYA yang berusaha.
Ketika isteri mengalami keguguran, jelas sekali emosinya terjejas. Sebagai suami, pastikan anda sentiasa dengannya dan terus memberi isteri semangat. Setiap pasangan pasti menginginkan zuriat, tetapi jika si isteri mengalami keguguran dan kalian masih belum mempunyai anak, teruskan berusaha dan kuat menghadapi ujian ini.
Semoga dengan semangat dan usaha tanpa henti itu akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan suatu hari nanti.