Baby Susah Lena, Kena Caranya Ibu Pun Tak Penat. Ini Yang Kena Buat!

Share

Tiga bulan pertama menjaga bayi yang baru lahir banyak cabarannya. Salah satunya adalah kemungkinan si kecil mama kerap berjaga malam dan tidurnya yang kurang lena. Bukan sahaja perlu bangun untuk menyusukan bayi, malah berdepan pula dengan bayi yang tidurnya tak nyenyak.

menurut Konsultan Tangisan dan TIdur Bayi, Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib, kaedah, corak dan proses tidur bayi yang berusia 3 bulan ke bawah adalah berbeza daripada bayi yang berusia 4 bulan ke atas. baru sahaja mengenali dunia, pasti sahaja bayi mama juga sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Nak tahu bagaimana caranya untuk tidur baby 0-3 bulan yang lena, ikuti perkongsian Pn Uswatun ini:

Kaedah, corak dan proses tidur bayi newborn 0-3 bulan BERBEZA dengan bayi 4 bulan ke atas.

Ya BERBEZA ya !

Kita tengok bayi newborn pun tak sama dalam banyak hal bila dibandingkan dengan bayi yang lebih berusia.

Jadi, tentulah cara tenangkan dan tidurkan mereka juga lain dan ada cara khasnya.

Berita baiknya, kaedah tidur kan bayi newborn LEBIH straight forward berbanding bayi lebih berusia!

Ini kerana bayi newborn BELUM ada kematangan otak untuk ‘sabotaj’ tidur, buat drama dan tantrum elak masuk tidur, belum lasak : memanjat, naik turun katil serta keluar masuk bilik, serta belum mudah terganggu atau excited dengan suasana sekeliling.

Tapi, bila ibubapa tak tahu cara, 3 bulan pertama boleh jadi tempoh paling sukar mengurus anak

…kerana dalam masa yang sama, ibubapa perlu beradaptasi dengan jadual bangun menyusu hampir setiap 2 jam sekali, badan yang belum pulih sepenuhnya dari proses hamil dan melahirkan serta ibu masih dalam proses membiasakan diri dengan amalan penyusuan ibu.

Kredit: Baby Language

Follow dan subscribe Youtube Channel @bintangkecilmy

Published by
SAHR