Diam tak diam, anak selebriti, Ayda Jebat dan Nabil Mahir, Ana Nayla kini sudah pun berusia 10 bulan.
Berkongsi perkembangan terbaru anaknya kata Ayda, dia kini bimbangnya Ana Nayla yang kini susah untuk tidur.
Malah kata Ayda lagi, bagi menidurkan anaknya dia terpaksa mengendong Nayla sehingga tidur. Berkemungkinan hendak tumbuh gigi kata Ayda.
“Since malam semalam, baby susah nak tidur. She will just tidur bila saya pegang and tidur on me.
“Maybe dia nak tumbuh gigi ke? Gigi atas and bawah memang dah nampak nak keluar dah. Sakit ke?,” tulis Ayda berkongsi di Insta Storynya.
Ads
Bahkan kata Ayda, disebabkan itu Ana Nayla kini lebih manja dan menangis hingga membuatkan dia bimbang. Tambah pula Ayda kini begitu sibuk dengan jadualnya yang padat.
“Perangai dia lain sikit. More clingy and nangis. Kalau baby sakit, cepat sembuh ya sayang,” kongsinya lagi.
Ayda juga turut memohon doa semua agar keadaan anak kesayangannya itu bertambah baik dari hari ke hari.
Ads
“Mohon semua doakan Ana Nayla sihat! Or.. maybe dia rindu saya? Hari-hari Mommy pergi kerja this week, i even jarang tidur with baby.
“Ni belum start shoot drama lagi. Macam mana ni.. ni lah sebab saya tak terima shooting drama lagi. Tak shoot pun dah busy. I wonder macam mana mommies lain can do it,” kata Ayda lagi.
Terdahulu, Ana Nayla buah hati tersayang Ayda Jebat dan Nabil Mahir ini dilahirkan pada 21 September 2022.
Keluarga bahagia, anak-anak yang sihat itulah nikmat rezeki. Bukan hanya pada wang yang kita dapat pada setiap bulan kerana bekerja semata-mata.
Perlu ingat rezeki yang suami atau isteri dapat tu sebenarnya kita menumpang rezeki anak. Sebab itulah dalam rumah tangga kena ada persefahaman yang baik agar keharmonian hubungan itu berterusan dan rezeki pun senang nak masuk.
Bagaimana nak pastikan rezeki sentiasa dekat dengan kita, saudara Firdaus Shakirin berkongsi panduan yang boleh diamalkan bersama.
Suami isteri nak murah rezeki, ini kena buat selalu:
1. Makan sama-sama. Ini yang kita kena buat selalu. Lagi-lagi pasangan yang suami isteri bekerja. Masa yang ada cuma masa balik daripada kerja dan dua-dua dah penat.
Balik dengan emosi. Balik dengan masalah tempat kerja dan kerja yang tidak selesai. Apa pun berlaku, cari masa untuk makan bersama. Walau pun cuma makan biskut kering bersama. Huhu.
Kalau tak larat nak masak lepas balik kerja, ajaklah pasangan keluar makan di luar. Itu pun dah ada waktu makan bersama.
2. Layani anak-anak dengan penuh kemesraan. Bila dah ramai anak, biasalah ragam mereka juga berbagai-bagai. Seorang macam ini, seorang macam itu. Yang pertama ajak main, yang kedua ajak makan, yang paling kecil ajak tidur. Serentak semuanya. Kahkah.
Ini normal. Santuni anak-anak elok-elok. Banyakkan bercakap dengan mereka. Bagi logik supaya mereka belajar untuk berfikir.
“Adik tu dah lama jaga, lama juga dia main tadi. Adik dah penat tu bagi ayah tidurkan adik dulu ya. Abang Ngah baru bangun tidur ada tenaga banyak lagi. Pergi tolong mak sekejap. Adik tidur nanti ayah tolong abang Ngah buat kerja tu.”
Kena sangat-sangat sabar. Mereka tak tahu apa lagi.
3. Beri panggilan yang baik untuk suami dan isteri. Dalam situasi apa sekali pun, tenang atau pun konflik. Kemesraan panggilan kena kekalkan.
Dan bila isteri panggil, suami jawablah elok-elok. Pandang muka isteri dan senyum. Hah, begitu.
4. Beri isteri duit belanja sekali pun isteri ada pekerjaan dan ada gaji sendiri. Benar zaman ini zaman suami isteri bekerja. Suami ada pendapatan, isteri juga sama. Banyak juga berlaku gaji isteri lebih besar.
Tak kisah hal itu, ambil berkat beri isteri sedikit duit belanja. Sekali pun cuma RM10.
Yang isteri bila dapat duit daripada suami ucapkan terima kasih. Ambil cara elok dan senyum juga. Iya sama, sekali pun cuma RM10. Huhu.
5. Selalu tenangkan hati pasangan ketika resah. Seorang suami pasti faham dan tahu emosi isteri yang sedang resah. Begitu juga bagi seorang isteri.
Rupa kerut dahi yang mencantumkan kening suami itu pasti dia tahu sebab apa. Punyalah hebat isteri ini. Maka, tenangkan. Ajak bersembang dan mungkin berjalan.
Kalian, semua ini adalah perkara yang merapatkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Dan memang itulah rahsianya. Kalau kalian nak rumah tangga kalian murah rezeki, kena tingkatkan kasih sayang antara tonggak utama rumah tangga itu.
Suami dan isteri kena sangat menzahirkan kasih sayang. Maka dengan itu rezeki akan datang sebanyak-banyaknya.
Namun ingat juga ya, rezeki bukan soal duit semata-mata. Anak yang baik, mertua yang memahami, jiran yang selalu membantu, kereta yang tak pernah rosak, dapat solat jemaah sama-sama, makan yang tak pernah putus dan paling tidak masih dapat melihat suami dan isteri itu hidup bersama juga adalah rezeki.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi, Wany Hasrita berkongsi tentang tempoh awal kehamilan yang dialami olehnya.
“Saya tak boleh ambil sesetengah ubat. Kalau makan ubat saya akan muntah.
“Selain itu saya juga tidak suka dengan makanan berkuah sedangkan sebelum ini sangat suka. Sekarang ini dah masuk 8 bulan semuanya okay sahaja.
Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, turut berdebar menanti kelahiran cahaya mata pertamanya yang dijangka pada pertengahan julai ini.
“Kita tak dapat lari dari perasaan berdebar tu. Banyak perkara yang saya fikirkan dan selalu fikirkan perkara buruk boleh berlaku.
Tambah Wany, hidup berjauhan dengan suami yang bekerja di Kuching, Sarawak juga merupakan satu cabaran besar.
“Semua wanita yang hamil pasti akan lalui fasa emosi tidak stabil. Saya cuba normalkan diri untuk tak menyusahkan orang lain.
“Dari tempoh awal hamil ibu saya dah terapkan supaya sentiasa kuat. Semuanya kena bergantung kepada diri sendiri. Kalau ada apa-apa berlaku saya cuba pujuk diri sendiri.
Untung ibu ayah kalau ada anak perempuan yang rajin dan pandai memasak.
Demikian antara pujian yang diberikan kepada Qadejah El Zahra, anak dara usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, anak kedua daripada enam beradik itu diminta ibunya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid memasak di dapur.
Menurut Shahida yang sedang hamil anak ketujuh, beliau teringin untuk makan maggi goreng yang dimasak bersama sambal.
Lantas, meminta bantuan anak perempuannya yang mesra di sapa Cess.
“Tengah tak berapa sihat ni lah nak minta tolong anak dara masakkan. Lepas itu, hujan pula. Petang-petang begini, terus teringin nak makan maggi goreng sambal onyet,” ujar Shahida menerusi kapsennya.
Biarpun baru berumur 12 tahun, namun Cess tidak kekok beraksi di dapur dan kemahiran memasaknya pun boleh tahan.
Lihat sahaja hasil masakan maggi goreng tersebut, bukan sahaja dipuji ibunya, bahkan warga maya turut berkongsi rasa teruja untuk mencuba resipi tersebut.
Pandai Didik Anak
Berikut antara komen yang dikongsikan warga maya:
“Anak dara sudah pandai masak. Makin lawa dan bijak pula tu. Untungnya datin.”
“Pandainya datin didik anak buat kerja rumah tak harapkan bibik.”
“Baguslah Cess, boleh diharap anak dara sudah besar memang kena bagi tunjuk ajar masak.”
“Alhamdulillah anak dara sudah besar, boleh diharap walaupun ada bibik di rumah.
“Cara kacau tu pun sudah tahu anak yang jenis prihatin atau tidak. Semoga jadi contoh terbaik untuk adik-adik dan menjadi anak solehah untuk ibu dan ayah.”
“Contoh yang baik. Walaupun kaya, anak-anak datin pandai buat kerja dapur dan sederhana. Moga Datin sihat selalu.”
“Pandai Cess masak. Nampak tidak kekok di dapur. Bagus didikan mama.”
“Kecur liur tengok maggie Qadejah buat. Nak kena cuba ni.”
Video yang dimuat naik tersebut menunjukkan Shahida berada di kerusi roda bagi menjaga kandungannya setelah doktor menasihatkan beliau berehat untuk tempoh 3-5 bulan.
Justeru, ramai yang menitipkan doa semoga dipermudahkan urusan Shahida sepanjang tempoh kehamilannya sehingga selamat bersalin kelak.
Bahkan, ada yang memintanya supaya menjaga pemakanan serta sentiasa kuat dalam menghadapi dugaan yang dialaminya.
Sedar akan ketidakmampuan si ibu untuk memasak, membuatkan Qadejah mengambil alih tugas menguruskan kerja rumah, termasuklah menjaga ibunya yang memerlukan rehat yang panjang.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.