Impian Tasha Manshahar untuk melahirkan bayi keduanya secara normal mungkin tidak kesampaian bila mana posisi bayinya masih berada dalam kedudukan songsang.
Tasha sebelum ini memaklumkan perihal bayinya menerusi Instagram yang tidak berada
dalam kedudukan yang normal malah mengharapkan agar bayinya kembali berada pada posisi yang sepatutnya menjelang kelahirannya nanti.
Menerusi Instagram, suami penyanyi itu, Raqib Majib berkongsi cerita selepas menjalani pemeriksaan bulanan sekali lagi.
Kata Raqib lagi, dia dan Tasha diminta untuk memberikan tarikh sesuai untuk menyambut kelahiran bayi kedua mereka secara pembedahan. Akur dengan keputusan doktor, kata bapa kepada Muammar Rafiqi ini, dia yakin Allah menyusun yang terbaik buatnya dan isteri.
“Harini for the first time Muammar ikut dedi bawa mommy check up. Lain rasanya bila ada anak lelaki sulung teman.
“Dapat jugak Muammar tengok adik sebelum adik keluar tak lama lagi. Sebagai seorang suami dan ayah, walau sesibuk mana tetap saya cuba adakan masa untuk tak terlepas teman Tasha check up since Tasha mengandungkan Muammar lagi.
“Alhamdulillah ALLAH bagi rezeki waktu. Kalini Tasha tanya boleh ke dia nak pilih hospital yang dia nak, jadi saya tunaikan. Tok guru saya pesan, kalau nak murah rezeki jangan berkira dengan isteri, anak-anak dan keluarga. Doakan saya ye.
“Cuma Tasha sedih sikit harini sebab doktor kata baby tak pusing ke posisi yang sepatutnya. Jadi doktor cadangkan untuk set tarikh.
“Saya tahu jauh disudut hati Tasha nak cuba untuk bersalin normal sebab dia dah ada pengalaman czer masa melahirkan Muammar.
“Tapi, saya pesan pada dia Allah tahu yang terbaik. Yang penting mommy dan baby selamat. Minta doa semua agar dipermudahkan urusan kami sekeluarga,” tulisnya berkongsi.
Doktor sarankan posisi sujud
Terdahulu, Tasha turut meminta pandangan dan tip untuk mengembalikan kedudukan bayinya pada kedudukan normal agar bayi keduanya itu dapat dilahirkan tanpa pembedahan.
Malah doktor turut menyarankan untuk memperbanyakkan posisi sujud dan terus berdoa moga bayi dalam kandungannya itu kembali berpusing pada kedudukan normal.
Semoga kelahiran bayi kedua ini dipermudahkan. Biar apa pun cara dan proses kelahiran, apa yang penting adalah bayi dan ibu selamat.
Terdahulu pada Syawal tahun ini, Tasha dan suami, Raqib Majid mengumumkan kehamilan anak kedua mereka. Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata, Muammar Rafiqi.
Menarik: Ingat Senaman Biasa, Rupanya Aktiviti Lompat Bintang Bantu Otak Anak Hebat, Power Sungguh!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)