Kehamilan

“Baby Tendang Perut Time Solat” Dah Masuk Trimester Ke-3, Isteri Fad Bocey Seronok Besarkan Anak Ramai!

Share

Perjalanan membesarkan anak sememangnya satu pengalaman yang cukup indah. Fad Bocey dan isterinya Syaheera Rahman juga mengakui seronok melalui tempoh membesarkan anak-anak.

Isteri kesayangan Fad, Syaheera yang kini sarat hamil anak kelima itu mengakui kehamilan kali ini adalah yang terakhir baginya dan suami.

Menerusi Instagramnya, ibu cantik manis ini turut berkongsi kisah kehamilannya.

“Daddy cakap last nak tutup kilang dah. Mommy kena simpan banyak memori ni. Rindu kemana mana bawak perut.

“Bila masuk third trimester baby tendang-tendang perut tak kira masa dah especially time solat.

“Dia suka agaknya dengar kita baca doa. Sejuk hati mommy moga anak mommy semua membesar jadi anak yang soleh dan solehah,” luahnya berkongsi.

Bahkan ibu kepada empat cahaya mata ini juga turut berkongsi pengalamannya ketika melahirkan anak-anak.

“Hebat kan jadi ibu ni. Masa first lahirkan twins kena czer. Masa tu dah cakap seriknya tak nak dah sakit macam tu tapi sanggup lagi lalu fasa mengandung dan rezeki dapat bersalin normal.

“Bila normal sakit meneran, sakit kena jahit, sakit kena rengat ish macam-macam lagi la.

“Mulut tetap cakap dah la nak rest lama kalini. Belum kira seksanya morning sickness sampaikan lembik muntah ja selama 3 bulan. Tapi kesudahannya ada lagi Ibrahim dan sekarang adik Ibrahim pulak.

“Tapi itulah indahnya perjalanan dari mengandung sampai la melahirkan. Istilah penat tu anak sorang pun kita akan penat apatah lagi anak ramai tapi Alhamdulillah kami sentiasa enjoy moments kami besarkan anak-anak.

“Mommy selalu doa anak-anak mommy jadi anak-anak yang baik pekertinya tapi yang paling mommy dahulukan adalah doa supaya mommy dengan daddy berjaya didik anak-anak dengan sebaiknya,” katanya berkongsi.

Tak lupa juga buat bakal-bakal ibu yang sedang berjuang untuk hamil, Syaheera juga turut menitipkan doa buat semua.

“Tak pernah lekang doa buat ibu-ibu yang menantikan zuriat. Sepanjang mommy pregnant selalu dapat DM sis doakan saya dapat zuriat ya.

“Sentiasa ada doa buat kalian sebab betapa indahnya perjalanan menjadi seorang ibu. Moga suatu masa Allah kurniakan zuriat yang soleh solehah buat kalian,” kongsinya.

 

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Nak lindungi anak, mama kena sihat dulu kan? Jom, sama -sama belajar jadi ibu terbaik! Pendaftaran PERCUMA, dapat goodies best dan berpeluang menang lucky draw. Daftar sini 👉🏼 https://toko.ideaktiv.com/product/nak-lindungi-anak-mama-perlu-sihat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM